Thursday, November 15, 2018

KAK WAJIB KER PAKAI KASUT TAWAF?

Wajib ker pakai kasut tawaf akak cuma jawab sunat muakkad jer lah?

Nape, jangan kecam akak jer tak pakai pun boleh jer muslimat pakai stokin, muslimim berkaki ayam jer.  Melanggar larangan ihram kalau orang lelaki pakai stokin atau kasut yang bertutup semua ya.

Bila kaki you berlapik kuranglah tekanan kat tapak kaki tu, kalau stokin you nipis dah tutuplah dengan elok tu. Terutama kalau tumit you pecah, tapak kaki you sakit ker atau lutut you sakit sangat membantu ketika you bertawaf dan bersaie ya.

Untuk pakai solat pun boleh tau. Lagi satu syaratnya tolong pakai sekali dengan stokin ya.

Kita ada banyak design kasut tawaf nak beli yang mana satu. Ramai orang konpius sangat nieh. Kasut ni tak der saiz ya cuma free size jer. Tapi kita boleh bagi tips sebab kita dah pakai kasut nie.

Kalau kaki jenis kecik 4 - 6 pilih yang velvet 



untuk kasut saiz sehingga saiz 7 sahaja




Untuk Kasut sehingga saiz 7 sahaja


Kasut sehingga saiz 8


Kasut sehingga saiz 10 sahaja


BELIAN DAN PERTANYAAN WASSAP
HAJJAH BARIAH - 0192883235


NOTA : TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN KEMBALI SEBARANG ARTIKEL DARI BLOG INI KEMANA-MANA MEDIA YA.






Tuesday, November 13, 2018

1 HARI 1 HADIS

Dari Abu Malik Al- Asy'ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

'Berwudhu' itu separuh daripada solat.  Ucapan 'Alhamdulillah' memenuhi timbangan, ucapan 'Subhanallah' dan 'Alhamdulillah' keduanya memenuhi antara langit dan bumi.  Solat itu cahaya, sedekah itu bukti, kesabaran itu sinaran, Al-Quran  itu hujah untukmu atau ke atasmu.  Setiap manusia keluar dari rumah ibarat menjual dirinya, maka ada yang membebaskannya dari siksaan danada yang menjatuhkannya ke dalam kebinasaan.

Sunday, November 11, 2018

ORANG LELAKI BOLEH PAKAI STOKIN KER?

Cuti sekolah dah dekat, ramai yang merancang nak bawa family pergi umrah musim cuti sekolah. Kak Hajjah tengok masa kursus umrah ramai yang datang bawa anak-anak. Berkenalan dengan satu keluarga dari Manjung masa kursus umrah di Kuala Lumpur nie. Mereka nak pergi satu keluarga. Anak lelakinya so excited tengok barang-barang umrah. Kak Hajjah pun jadi seronok jugak.

Setelah menilik barang-barang yang kami pamerkan keluarga ni beli tudung labuh, kasut tawaf, handsock, stokin, spray wuduk dan seluar untuk lelaki. Sebab suami ada sikit pengetahuan mengenai cuaca musim ni mereka minta Kain Ihram yang extra tebal sikit untuk dua beranak nie denga.

Umrah masa cuti sekolah ni cuaca agak sejuk sikit, pak ustaz dan ustazah mutawif nasihatkan jemaah bawa sama losyen dan lip balm paling minima ya. Sebab cuaca yang kering bibir mengelupas dan tumit pun kering senang pecah.  Jemaah dinasihatkan sapu losyen sebelum kulit pecah dan kering tiap2 



Orang lelaki paling terdedah ya sebab mereka tak boleh pakai stokin atau kasut. Orang perempuan boleh pakai kasut tawaf dan stokin. Lantai disana dicuci dengan bahan pencuci tak ada pun dibilas. Kita nasihatkan orang lelaki pun pakai stokin diluar waktu ihram ya jangan tunggu kaki tu kering dan pecah.

Kami ada sediakan stokin dan handsock dari bahan yang tebal untuk lelaki dan wanita sesuai dipakai masa cuaca sejuk nie.  Stongan dari bahan rajut.

Add caption




Sunday, November 4, 2018

tips MASUK RAUDHAH




  • Masuk ke Raudhah hanya melalui pintu 25
  • Masa untuk masuk selepas Subuh, selepas Zohor dan selepas Isyak
  • Pastikan solat berjemaah di pintu 25 selesai solat terus masuk ke Raudhah
  • Pakai tudung hitam dan jubah hitam jika bergerak sendiri-sendiri.





Friday, October 26, 2018

APA NAK BUAT JIKA DATANG HAID MASA UMRAH



Inilah yang selalu menghantui jemaah wanita semasa ke Tanah Suci. Dan pelan cantik-cantik tak dapat nak buat umrah.  Betul-betul memerlukan kekuatan mental tu nak menghadapinya.

Nak ambik ubat pun takut nanti bertambah tak betul circle haid tu, haru biru dibuatnya.

Tuesday, October 16, 2018

PERLU BAWA SEJADAH MASA UMRAH KER?


Soalan yang common ditanya pada Kak Hajjah nak bawa sejadah ker. Jawapan saya kena ada sejadah kalau tak bawak beli kat sana nanti.

Hujung tahun cuaca agak sejuk jadi elok ada sejadah untuk sujud dan lapik duduk kita, tak semestinya baru yang ada kat rumah pun boleh bawak kalau cantik lagi. Paling mudah bawak jer sejadah putih yang ringan boleh lipat kecik-kecik tu.

SEJADAH SATIN
RM25.00

SEJADAH PREMIUM
RM35.00

Berminat wassap Kak Hajjah
0192883235




Saturday, October 13, 2018

MUDAHNYA BERMINI JUBAH


PENGALAMAN MINI JUBAH UMRAH DAN HAJI - APA KATA PELANGGAN

Assalamualaikum, malam ni kita nak share apa customer kita kata tentang mini jubah kami.

Dah lama berada di pasaran mini jubah ini, kami utamakan keselesaan kepada pelanggan kami. Mini Jubah kami mampu milik sesangat dari RM90.00 SAHAJA sepasang hingga rm150.00 sepasang

Lagi satu tahan lasak pulak tu..buleh pakai sampai lunyai..InsyaAllah. Kain berkualiti jahitan yang memang bagus.



Kami pun tak ada buat photo shoot dengan adik-adik manis cuma share beberapa keping gambar customer yang sudi nak sharing dengan kami. Sebab maklum sangat bukan semua orang setuju gambarnya di upload kat online.


Kali ini kami nak share apa kata pelanggan kami mengenai produk ni ya. Then anda boleh kat link kat bawah untuk lihat keseluruhan produk mini jubah kami nanti ya.




Kami dah ada  koleksi Mini Jubah Kain Cotton Jepun ekk. Ada kastemer tak berapa gemar kain tshirt takut melekat katanya. Sebagai menghormati permintaan mereka kami bawa pulak jenis benang cotton ni masuk.





Saiz ada S HINGGA 3XL, ni memang dijahit ikut saiz orang Malaysia tiada masalah lah nak pilih.

Kalau ada biasa beli baju online ikut sahaja saiz yang sedia ada tu, dah ramai yang bawak gi haji masa musim haji baru lepas nie yer.

Comel sebab anda boleh gayakan sepasang dengan mini telekung cotton jepun tu, mini jubah ada kocek luar  dan seluar pun ada kocek. Cutting di potong kat pinggang supaya lebih kembang sedikit selesa nak  memakainya.






Friday, October 12, 2018

JABAL RAHMAH PERTEMUAN CINTA ADAM DAN HAWA

Tips untuk ziarah ke Jabal Rahmah

Apa yang kita perlukan ketika berziarah ke Jabal Rahmah.

1. Sediakan niqab, kerana berjalan di daerah berpasir, anginnya sangat kencang dan menerbangkan pasirnya kemana-mana. Dan menerbangkan pasirnya kemana-mana, jadi usahakan gunakan niqab untuk melindungi wajah anda.

2. Gunakan kaca mata hitam ataupun sejenisnya, ini penting karena saat mendaki wajah kita akan menengadah ke atas, sehingga silau matahari akan membuat mata kita sakit bila tidak menggunakan kacamata ini.

3. Gunakan penutup kepala atau payung, cuacanya yang panas membuat kita akan terkena kepanasan matahari. Usahakan agar menggunakan sejenis topi ala orang arab ataupun payung untuk menghindari kepala sobat dari panas matahari.

4. Bawalah minuman dingin / air putih. Jangan tidak bawa minum, meski disana juga ada jual minum, tapi kan lebih jimat, tidak perlu keluar biaya lagi.

5. Tugu hanyalah simbol dan penanda. Inilah tips yang paling penting. 

Tidak perlu berdoa dengan sengaja mengahadap sekitar tugu, kalau hanya foto-foto boleh, buat eksis saja. 

Jgn solat sengaja menghadap tugu, ingat kita harus waspada jgn sampai hawa nafsu membuat kita berbuat dosa ya.



wassap/sms 0192883235

UNTUK mendapatkan keperluan Haji dan Umrah anda

Thursday, October 11, 2018

Seminar Umrah - Ustaz Jafri Abu Bakar - Jadual Ibadah Ketika Menunaikan ...


Persediaan Padu Sebelum Menunaikan Umrah

1.  Persediaan fizikal

Kesihatan - sebulan sebelum pergi Umrah mula exercise supaya kaki tak kejang sebab banyak menggunakan tenaga untuk berjalan. Mula dari keluar bilik hotel hingga ke dalam kawasan Masjid untuk solat atau mengerjakan umrah.

2. Persediaan Ibadah

Banyakkan solat sunat dan berzikir dari Malaysia lagi. Jika ibadah tidak menjadi kebiasaan sukar sangat nak lekat dalam hati.  Sukar nak buat ketika umrah nanti jika tak jadi kebiasaan.

Banyakkan baca Quran mulakan dari rumah, bukan di Tanah Suci baru nak buka Quran.

3.  Persediaan Ekonomi

Kewangan yang mencukupi untuk orang yang ditinggalkan dan untuk sebagai perbelanjaan ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Sediakan duit untuk bersedekah semasa di Makkah dan Madinah, boleh disalurkan kepada pekerja-pekerja masjid dan orang-orang miskin.

4. Persediaan Ilmu

Sediakan check list ibadah kita, mulakan hari kita dengan Solat Tahajjud, ingat mulakan dirumah kita.

Buat Sunat Taubat dan Solat Hajat

5. Persediaan Pakaian boleh wassap Kak Hajjah dan klik  PAKAIAN UMRAH DAN HAJI

wassap - 0192883235

Thursday, October 4, 2018

Cara Tawaf Dalam Bangunan Masjidil Haram Oleh Ustaz Don Daniyal

Cara Tawaf Dalam Bangunan Masjidil Haram Oleh Ustaz Don Daniyal.

Alhamdulillah boleh digunakan sebagai panduan. Semoga bermanafaat.



Untuk Kelengkapan Haji dan Umrah sila klik ya.

Nak tawaf kena ada wuduk ya. Kalau terbatal hanya mula dari pusingan yang kita batal sahaja.

Pertanyaan dan belian boleh lah wassap saya kat 019-2883235

Barang Yang Perlu Dibawa Ke Tanah Suci




Nak tengok senarai lengkap boleh visit kat Telekungmusleema.com atau klik jer link kat bawah ni ya.

Monday, October 1, 2018

KURSUS UMRAH DAH MULA DAH

Sana sini Travel Agent dah mula mengadakan Kursus Umrah percuma so kepada anda yang nak cari ilmu boleh jer duduk kat dalam tu dengar percuma jer. Walaupun belum ada tarikh nak gi umrah tu pergi jer lah Kursus Umrah dulu. InsyaAllah niat dah ada tak lama lagi sampailah ke Tanah Suci tu Last week kami gi Kursus Umrah sambil niaga santai-santai jer. Yang hadir pun tak ramai sangat anjuran RNS Holidays.

Sempatlah ambik video Ustaz ajar pakai Kain Ihram tu. Ustaz pun ala-ala bam bam jugak tapi best dia pun santai jer mengajar. Ustaz muda lah lagi pun.


  • Kalau abang bam-bam nak kain ihram Jumbo kami ada stok jangan tau.
  • Kain fabrik cotton yang tebal dan lembut tau. Tak der gatal kulit kalau pakainya
  • Saiz lebih lebar dari kain ihram biasa





Friday, September 14, 2018

TUTUP AURAT ATAU BERTUDUNG

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” [HR. Muslim no. 2128]

“Kepala-kepala mereka seperti punuk-punuk unta”, maknanya adalah mereka membuat kepala mereka menjadi nampak besar dengan menggunakan kain kerudung atau selempang dan lainnya yang digulung di atas kepala sehingga mirip dengan punuk-punuk unta. Maksud dari hadits “kepala mereka seperti punuk onta”, adalah wanita yang menguncir atau menggulung rambutnya sehingga tampak sebuah benjolan di bagian belakang kepala dan tampak dari balik hijabnya .

Ancaman yang sangat keras bagi setiap wanita yang keluar rumah menonjolkan rambut yang tersembunyi di balik hijabnnya dengan ancaman tidak dapat mencium bau wangi surga, padahal bau wangi surga bisa dicium dari jarak yang sangat jauh. Itu dalam perkara menonjolkan rambut saja keras ancamannya. Jika kita lihat sekarang, cara berjilbab kebanyakan kaum muslimah masih membentuk lengan, pinggang, kaki, leher, dll. Seperti hanya melilitkan kain ditubuhnya, tidak menutupi. Berpakaian tetapi telanjang.

Ketahuilah saudariku, industri fashion yang mengklaim diri mereka sebagai trendsetter pakaian muslimah itu tidak peduli apakah engkau masuk surga atau neraka karena produk mereka. Mereka hanya peduli bagaimana engkau mengeluarkan uang untuk mereka.
Setiap manusia butuh proses. Mari berproses menjadi lebih baik. Bukan berproses justru semakin menjauhi syari’at Allah dan Rasulnya.

“Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” [QS. Al-Ahzab: 36 ]
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu ..” [Q.S. Al Hujaraat : 15]
Sebarkan agar kaum muslimah tahu, sehingga bisa mawas diri akan hal in

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/05/13/cara-bertudung-yang-betul/

Kan Ayu Pakai Tudung Ikut Syariat


klik jer

Tuesday, September 11, 2018

SESUAI KER MINI JUBAH PAKAI UNTUK IBADAH UMRAH DAN HAJI?

Tengok apa kata pelanggan kami yang memakai mini jubah ke tanah suci, Sesuai ke tak? Kita tanya geng yang baru balik haji baru-baru ini,


At KLIA

Hadiah anak untuk ibu gi menunaikan haji, Puan ni memakai mini jubah untuk berangkat ke Tanah Suci, kemas dan ringkas katanya.

At MakkaH

Puan Hazneeza pergi haji musim 2018 "beliau memang selesa dengan mini jubah semasa musim haji beliau memang memakai mini jubah setiap hari"

Puan Suraya pergi haji tahun 2017 dengan kuota International sangat berpuashati dengan mini jubah ini, "memang best" kata beliau. Semasa disana beliau tinggal di kawasan pinggiran Aziziyah setiap hari perlu banyak berjalan dan menaikki bas bersama kumpulannya.

Tengok testimoni kami ya memang sukakannya. Kami menggunakan bahan yang simple comb cotton, prada dan material cotton jepun. Sekiranya ada yang berminat dengan material lain boleh propose kami akan usahakan InsyaAllah.




Yang paling best sekali kami akan buat mengikut saiz anda sendiri sekiranya saiz yang sedia ada tidak sesuai dengan bentuk tubuh anda. Alhamdulillah kami dah berjaya tailormade pakaian haji untuk kakak dan adik yang plus saiz dan extra small saiz ya. InsyaAllah anda akan puas hati.






Kalau anda ada masalah untuk dapatkan saiz jangan segan silu untuk 
wassap Kak Hajjah 
019-2883235



Mini Jubah kami memberi kemudahan kepada pemakainya untuk beribadah. Semasa melakukan ibadah umrah dan haji orang sangat ramai dan bersesak oleh itu lebih mudah memakai mini jubah kerana ia sangat ringkas dibandingkan dengan jubah labuh yang berjela-jela.

Pergerakan lebih selesa dengan memakai mini jubah terutama untuk bertawaf dan bersaie dan berjalan dan melontar di Jamrah.

Jemaah yang memakai mini jubah ini mengambil ruang yang sedikit ketika bersolat dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dalam keadaan sesak anda tidak menganggu orang lain dan pakaian anda selamat dari dipijak oleh orang yang lalu lalang.

Kami menyediakan saiz untuk semua dari saiz S hingga Saiz 3XL. Kebanyakan pelanggan yang berbadan besar menempah mini jubah ikut saiz mereka sendiri termasuk juga yang agak rendah. Tempahan mengambil masa 14 hari bekerja.

Fabrik dari jenis cotton comb yang sangat serap peluh selesa sangat-sangat dipakai.
Mementingkan ciri-ciri keselamatan dengan menyediakan baju yang berpoket di dada untuk simpan barang penting. Mudah-mudahan terselamat dari pick pocket


Kalau anda ada masalah untuk dapatkan saiz jangan segan silu untuk 
wassap Kak Hajjah 
019-2883235


Copywriting by Telekungmusleema

Tuesday, September 4, 2018

UMRAH CUTI SEKOLAH 2018

Jemaah Haji sudah beransur pulang-pulang sehingga hari ini sudah ada 8 penerbangan kembali ke tanah air. Tahniah kepada semua duyufur rahman, semoga perolehi haji yang mabrur.

Jemaah yang baru pulang sudah pasti membawa bersama rindu untuk berkunjung lagi. Sudah jadi adat lah tu, tempat lain kita tak rindu sangat seperti mana kira rindu pada Makkah dan Madinah.

Bakal jemaah umrah sudah mula sibuk mengatur langkah untuk menunaikan umrah pulak. Ada yang seawal bulan October 2018 sudah berangkat untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah. Menurut mutawif bulan October masih panas tetapi kearah fasa suhu menurun menuju musim sejuk pada hujung tahun dan cuti sekolah.

Travel agensi juga menawarkan pakej yang menarik untuk Umrah Cuti Sekolah tahun ini. Kalau anda dapatkan lower rate sikit pergilah sebelum cuti sekolah bermula ataupun Tahun Baru 2019. Saya kongsikan dua travel agent umrah ni jka berminat. Sila hubungi mereka terus ya, Kak Hajjah belum jadi wakil mereka lagi.




Kedua-duanya boleh dipercayai dan Kak Hajjah dah hadir kursus dia orang sebelum ini.
Ada banyak lagi syarikat yang menganjurkan Umrah sila lihat prestasi syarikat berkenaan dan pendaftaran mereka dengan Kementerian Pelancungan dan Tabung Haji.

Mencari barang kelengkapan haji dan umrah boleh klik kami TELEKUNGMUSLEEMA.COM

Telekungmusleema.com adalah shopping cart yang kami dah simplified kan untuk anda memilih barangan yang dikehendaki.

Wassap me at 019-2883235 Kak Hajjah (9.00 am - 9.00 pm)



Saturday, August 25, 2018

JEMAAH HAJI MALAYSIA KEMALANGAN DI MINA

MAKKAH: Sembilan jemaah Malaysia cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.  Mereka yang cedera terdiri daripada tiga jemaah lelaki dan enam jemaah wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.

"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.

"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini pada Khamis.

Sebahagian jemaah Malaysia yang terlibat nahas.
Sembilan yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.

Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.



Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/24/jemaah-malaysia-kemalangan/#BBqvWZqASvz2it4T.99



Tuesday, August 14, 2018

PERSEDIAAN JEMAAH HAJI KE ARAFAH

Apa yang patut anda bawa dalam hand luggage tu, pandangan saya jangan membimbit banyak sangat beg. So tahun ni camane naik bas ker naik train. Dalam tv kata naik tren, syukur alhamdulilah, lebih cepat dan mudah InsyaAllah.

  1. Telekung anda - 2 helai dah cukup
  2. Pakaian anda jubah solat, jubah tidur dan jubah harian - 3 dah cukup
  3. Pakaian untuk pergi melontar yang sesuai - saya suka mini jubah jer mudah 
  4. Tudung labuh kena pakai kecuali tidur jer pakai anak tudung.
  5. Pakaian dalam secukupnya - prefer disposable panties 
  6. stokin dan sarung tangan - always cover aurat properly
  7. Uncang Batu
  8. Back Pack 
  9. Spray Wudhuk
  10. Selipar
  11. Lapik Tidur Plastik
  12. Tuala
  13. Kain Batik
  14. Buku Doa dan Al-Quran - senaraikan doa-doa yang hendak dibaca tu.
  15. Bawa plaster i,e handyplast takut kaki melecet jalan jauh.

Terowong ke Jamrat

Ke Arafah

Lautan manusia ke Arafah

  • Pesanan Kak Hajjah masa kat Arafah jangan banyak sembang dan membawang fokus pada solat, baca Quran, Zikr dan berdoa.
  • Jaga aurat betul-betul terutama masa dalam khemah dan ambik wuduk jangan buat macam kat rumah atau sungai tu pakai anak tudung jer ya. Stokin dan tudung 24 jam pakai.
  • Bilik air bertabahlah anda untuk jangka masa 5-6 hari tu. Tiada keistimewaan sila berbaris jangan potong barisan.
  • Jangan basuh baju dalam toilet. Tolonglah sangat-sangat nanti ada yang terkincit kat luar tu.
  • Mulut jaga jangan sindir menyindir. 
  • Jaga kesihatan banyak minum air ya..
  • Beg bawa yang 5kg Tabung Haji bagi jangan bawak lebih-lebih, makanan cukup jangan risau jangan bawak bekal banyak sangat.

Khemah-khema di Mia


Laluan ke Jamrat bertingkat-tingkat


NIKMATI KEGEMBIRAAN MENJADI DUYUFUR RAHMAN esok entah ada peluang lagi ke tidak.

copywriting by Kak Hajjah telekungmusleema


Tuesday, August 7, 2018

TUDUNG LABUH SAYA KETIKA HAJI DAN UMRAH

Saya nak share apa product yang saya rasa selesa sangat pakai masa gi haji. Memang ni produk sendiri kalau nak kata masuk bakul pun tak apa. Yang penting saya dah guna sendiri masa pergi haji selalunya pakai kat Malaysia sahaja. Feedback saya dapat dari pelanggan yang pakai untuk pergi haji pun sangat memberangsangkan. 



Tudung Labuh kami ada XL, 2XL dan 3XL tapi saya sangat selesa dengan saiz xl dan 2xl sahaja. 

Material yang saya bawa pergi adalah denim dan embossed lycra.

Denim saya pakai ketika cuaca panas sebab dia serap peluh dan lasak dah pakai gantung kena angin baupun hilang. Terutama ketika di Mina tiap2 hari gi melontar pakai tudung yang sama tak boleh nak basuh pun tak der tempat nak menjemur.


Sampai room mate saya komen senang nak cari kalau saya hilang dari pandangannya sebab kebanyakan jemaah pakai telekung ataupun tudung lip lap yang di beli di sana. Saya pakai tudung warna maroon.

Tudung kami patuh syariah sebab dia labuh dan tutup dagu. Kalau nak terus ajer bersolat dengan tudung labuh tu.


anda mencari tudung labuh untuk bawak pergi umrah musim sejuk dan umrah hujung tahun

jom cari kat TUDUNG UMRAH HAJI

STOK TERKINI 

Sunday, August 5, 2018

KASUT TAWAF MULTIPURPOSE


Ada orang tanya kasut tawaf tu untuk umrah dan haji sahaja ke? Awak rasa apakah jawapan saya?

Cubalah teka. Kasut Tawaf kita ni boleh dikreativitikan penggunaannya ikut keperluan anda semua yang penting gunakan dalam bangunan sahaja. Jangan gi jalan-jalan pakai kasut tawaf jer tak pakai kasut lain sebagai alas.

Masa tu ko jawab ler sendiri ya, kalau hujan berenanglah kaki kalau panas pulak alamat cepatlah terkoyak tapaknya kena kerikil dijalanan.

Baru-baru saya ada terima pertanyaan dari seorang customer yang beli kasut tawaf ini untuk kakaknya yang baru di operate kaki asbab kencing manis. Menurut doktor kakinya tak boleh pakai stokin yang ketat sebab masih lagi belum pulih sepenuhnya. Kak Hajjah cadangkan beliau ambil kasut tawaf velvet sebabt lebih strecthy dan bentuknya bulat sikit.

Kak Hajjah tunjukkan gambar-gambar close up dekat dan tanyakan saiz kaki kakaknya, bolehlah masuk kasut tawaf velvet plus size ni. Sebab tawaf velvet plain ni boleh masuk sampai kaki saiz 9.

Kalau ada sakit kaki pakai bahagia tapak tu pakailah dalam rumah amat selesa yakmat. Ni testimony diri sendiri jer, buat tidur pun best jugak kaki tak masuk angin tau.


Had tumit - RM10.00

BOOT CUT - RM16.00

HAD BUKU LALI - RM15.00

HAD BUKU LALI - RM12,00
WHATSSAP KAK HAJJAH
019-2883235




Tuesday, July 31, 2018

BERITA SEDIH UNTUK JEMAAH HAJI TAJAAN 1MDB



Tak minat sangat nak komen, tapi kalau dah bagi tawaran kenapa tak di teruskan sahaja dengan perbelanjaan sendiri. Sedih pilu dihati mereka, bila persediaan dah dibua tiba-tiba tawaran ditarik balik. Mungkin tahun ini bukan rezeki mereka nak jadi tetamu Allah.

Rezeki itu datang dari berbagai jalan hanya Allah yang mengetahui.

Soal mabrur itu bukan atas ukuran kita manusia. Allahu 'aklam.


Wednesday, July 25, 2018

STOKIN TERAPI IKHTIAR UNTUK ANDA YANG SAKIT KAKI

Kebanyakan jemaah yang berusia dan yang pertengahan usia 30-an mengalami sakit kaki dari lutut hingga ke hujung kaki. Faktor utama samada berat badan ataupun kecederaan yang dialami. 

Ramai yang melakukan berbagai ikhtiar dengan mencari supplement, ubat tahan sakit dan juga dapatkan rawatan physioteraphy untuk melegakan kesakitan. 

Semua maklum sangat yang sepanjang mengerjakan haji dan umrah sangat memerlukan tenaga dan kekuatan kaki untuk melakukan ibadah dan bergerak dari hotel ke masjid dan kawasan sekitarnya.

Apakata cuba compressions socks pula. Pengalaman saya memakainya sendiri alhamdulillah telah mengurangkan sakit tapak kaki dan tumit apabila bangun dari tidur.



Stokin ini adalah sejenis compression socks.

Compression socks digunakan untuk tujuan membantu melancarkan aliran darah.
Kaki bengkak, sembab, sakit kaki, fatigue leg (lenguh kaki), sakit tumit dan lain2 dapat dibantu menggunakan stokin ini.


Siapa yang sesuai untuk gunakan stokin ni?

Sesiapa sahaja, ibu mengandung, mereka yang kerap travel/outstation, pekerjaan yang banyak berdiri (seperti cikgu, nurse, doktor, polis trafik dan lain2), orang2 tua dan lain2.

Boleh Wassap saya kat 0192883235


Saiz ikut saiz kasut,

Ada :-
Free size - bawah 11
Extra size - 11 ke atas

Penggunaan ;

Minimum 2 jam sehari
Maksimum 10 jam. Lepas 1 jam, boleh sambung pakai balik.

Pakai waktu berdiri, berjalan atau nak tidur.
Siang atau malam


Cara jaga;-
Cuci dgn air biasa, Jangan Guna dryer atau spin.

Boleh Wassap saya kat 0192883235

Monday, July 23, 2018

JEMAAH HAJI DAPAT KHEMAH AIR COND KAT MINA


TAHNIAH kat Luth yang sentiasa bekerja keras menambah baikkan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia.

Selepas berjaya dengan prapelepasan di imigresen tanah air, jemaah haji Malaysia bakal menikmati satu lagi kemudahan baharu iaitu khemah berhawa dingin di Padang Arafah semasa wukuf bagi musim haji 1439H ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara Muhammad Amin Hassan Andarqiri berkata Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan khemah berhawa dingin ketika wukuf.

"(Pada mulanya) bagi tahun ini, kita telah membuat perjanjian dengan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan kipas wap air kepada kipas penyejuk udara.

"Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada pendingin hawa, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya," katanya selepas majlis taaruf bersama pengurus 12 maktab penginapan jemaah Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ketua rombongan haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Abdul Rahman.

Muhammad Amin berkata pihaknya mengambil inisiatif memasang alat pendingin hawa berikutan cuaca panas yang dijangka mencecah 50 darjah Celcius di Arafah tahun ini semasa wukuf.

"Saya sudah memaklumkan kepada Datuk Seri (Syed Salleh) untuk menasihati jemaah haji Malaysia membawa kain ihram tambahan (semasa di Arafah) kerana suhu di dalam khemah sangat sejuk, antara 24-25 darjah Celcius," katanya.

Malaysia dipilih bagi menjayakan projek perintis itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Tabung Haji untuk menaik taraf kemudahan muassasah Malaysia di Padang Arafah.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan itu jemaah Malaysia akan lebih selesa beribadah ketika wukuf di Arafah yang juga kemuncak kepada Rukun Islam kelima itu.

Muhammad Amin turut memuji disiplin tinggi yang dipamerkan oleh jemaah muassasah Malaysia sepanjang musim haji tahun lalu.

Katanya, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan Tabung Haji dan Malaysia, tetapi turut diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah yang wajar dicontohi oleh negara lain di dunia.

Sementara itu, Syed Salleh berkata majlis pada hari ini merupakan satu majlis bagi pengurus-pengurus maktab di Makkah berkenalan dengan lebih rapat sesama Muassasah Asia Tenggara sebelum operasi haji di sini bermula.

"Pada Ahad malam, kumpulan jemaah haji Malaysia yang pertama akan tiba di Makkah dari Madinah, menandakan permulaan operasi kita di sini.

"Apabila keadaan bertambah sibuk nanti (selepas ketibaan jemaah haji), persefahaman dari segi kerjasama dan sistem operasi kedua-dua belah pihak adalah amat penting dalam memastikan kelancaran operasi kita nanti," katanya.

Melalui majlis taaruf itu, beliau berkata pengurus-pengurus maktab Tabung Haji dan anggota muassasah Asia Tenggara akan dapat saling memahami dan mengukuhkan lagi persefahaman yang sudah sedia terjalin.

Dari segi layanan team TABUNG HAJI MALAYSIA memang 1st class tahniah untuk semua kakitangan LUTH. Layanan VIP dari hari pertama melangkah pergi hingga hari kembali ke tanah air memang tidak dapat dilupakan.

Nota : Sumber Astro Awani


NAK CARI BARANG UMRAH KLIK LINK KAT BAWAH


Whatsapp Kak Hajjah 0192883235



Saturday, July 21, 2018

BADAL HAJI



SUASANA di aras bawah pusat operasi Tabung Haji (TH) di bangunan Abraj Al-Janadriyah


Kita banyak tengok iklan badal haji di tampal kat pagar masjid dan surau, tampal kat pokok dengan bermacam-macam harga dari RM1400.  Ada yang mendakwa dilakukan oleh pelajar-pelajar dan pemastautin di Arab Saudi.

Lembaga Urusan Tabung Haji juga ada membuka peluang kepada orang ramai untuk upah badal haji. Kosnya agak tinggi dibandingkan dengan pihak lain. Cumanya dalam urusan ini Tabung Haji lebih teliti dalam pemilihan pembadal haji. Sesi temuduga dilakukan untuk memastikan calon-calon berkenaan memang layak untuk jadi pembadal haji.

Sumber  harian melaporkan pusat operasi Tabung Haji (TH) di bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini, agak sesak apabila ratusan penduduk tempatan hadir menjalani temu duga untuk menjadi 'pembadal' atau pelaksana upah haji.

Ia berikutan sambutan menggalakkan penduduk Makkah yang memohon untuk menjadi pembadal haji pada musim haji kali ini, dengan proses temu duga diadakan pada Rabu dan Khamis lalu.

TH membuka peluang kepada penduduk Makkah menjadi pembadal haji kerana menghadapi kekurangan pelaksana upah haji pada tahun ini.

Khidmat badal atau upah haji adalah khidmat sokongan disediakan TH kepada umat Islam Malaysia yang ingin melakukan ibadat haji atas nama ahli keluarga atau sesiapa saja yang sudah meninggal dunia.

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Tengku Aziz Raja Abdullah, berkata pihaknya menerima 4,927 permohonan badal haji daripada umat Islam di Malaysia sejak permohonan secara atas talian diperkenalkan buat pertama kalinya pada Mei lalu.

Ia adalah permohonan paling tinggi berbanding tahun sebelum ini. Sebanyak 3,900 permohonan diterima pada tahun lalu.

Katanya, sehingga pagi Khamis lalu, pihaknya sudah menyempurnakan 3,300 permohonan badal haji dengan menyerahkan surah pelantikan kepada pembadal terpilih dan yakin baki 1,627 lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Dalam pangkalan data TH, ada 5,600 pembadal yang sudah kita temu duga dan dikenal pasti layak untuk kita serahkan amanah untuk melaksanakan badal haji.

"Bagaimanapun, ramai pembadal bukan warga Arab Saudi dan tahun ini kita ada sedikit masalah berkaitan permit mereka kerana pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan mereka tinggal lama di sini.

"Mereka kena pulang sementara ke tanah air masing-masing, sama ada Thailand atau Indonesia. Jadi, kita ada sedikit kekurangan pembadal tetapi akan pastikan semua 4,927 permohonan badal haji diterima, akan kita laksanakan tahun ini," katanya.

Tengku Aziz berkata, disebabkan kekangan untuk menyediakan pembadal, pihaknya menetapkan jumlah maksimum permohonan badal haji yang akan disempurnakan ialah 5,000.

"Jika ada permohonan lagi sehingga melebihi 5,000, ia akan dibawa ke tahun berikutnya," katanya.

Beliau berkata, upah bagi melaksanakan badal haji ialah RM3,000 atau 2,400 riyal dan bayaran itu akan diberikan kepada pembadal menerusi dua peringkat iaitu sebelum dan selepas wukuf.

"Pembayaran peringkat pertama sebanyak 1,000 riyal dilakukan ketika mereka menerima surat lantikan, manakala pembayaran kedua untuk menyelesaikan bakinya, kita akan tanya dan semak untuk sahkan yang mereka benar-benar sudah laksanakan badal haji dan badal umrah bagi si mati," katanya.

Sementara itu, pembadal haji, Yaakob Ramli, 40, berkata dia sudah lapan tahun berturut-turut menjadi pelaksana badal haji yang diamanahkan kepada TH oleh umat Islam di Malaysia.

Beliau yang dilahirkan di Makkah dan ibu bapanya berasal dari Patani, Selatan Thailand, dan statusnya sebagai 'ahli' (penduduk) Makkah, memberi kelebihan kepadanya untuk menjadi pembadal haji.

"Sebagai ahli Makkah, kami tak perlu permit tapi kalau orang luar Makkah, contohnya dari Jeddah atau Madinah, mereka dikenakan bayaran dan perlu permit untuk buat haji," katanya.

Yaakob berkata, walaupun organisasi pengurusan haji dari negara lain turut menawarkan kepada penduduk tempatan untuk menjadi pembadal haji, beliau tidak pernah menyertainya kerana lebih senang dan selesa dengan TH.

"Sistem TH menyenangkan. Semua urusan cepat dan lancar. Bayaran yang diberi kepada kami juga amat memuaskan," katanya.

Kredit Berita Harian - 21st Julai 2018


Klik sini untuk Kelengkapan Haji Dan Umrah Anda
whatsapp Kak Hajjah - 0192883235



Tuesday, July 17, 2018

MINI JUBAH DAN TELEKUNG POKET

Terimakasih repeat order lagi ya. Minggu lepas kita poskan mini jubah hitam, nak cuba dulu padan ker tak. Minggu ini order lagi untuk mini jubah putih. Puan Zai from Terengganu

Mini Jubah kami tak fancy sangat tapi praktikal dan jimat dan senang diurus semasa mengerjakan haji dan umrah.




"Telekung poket ada stok ker? Saya nak hadiah untuk kawan nak pergi haji" Puan Junita from Sabah.

Alhamdulillah pesanan yang ke-empat dari Puan Junita terimakasih ya.



NAK DAPATKAN KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH ANDA MARI KLIK

PAKAIAN HAJI DAN UMRAH ANDA

WASSAP 0192883235 kak hajjah

Friday, July 13, 2018

PAKAI KASUT TAWAF KURANG SAKIT KAKI

Masalah yang selalu dihadapi oleh jemaah yang berumur ialah sakit lutut dan sakit tumit.  Sakit bila berjalan banyak terutama bila naik turun tangga. Tapi jangan risau kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ada lif dan escalator.

Sekarang pun dah ada kemudahan scooter yang boleh disewa untuk saie. Tapi tak feel lah kalau tak dapat jalan kaki buat tawaf da saie kan? Kami sarankan anda pakai alas kaki yang tebal seperti kasut tawaf dan stokin yang tebal ataupun pakai stokin solat sekali.

Kasut Tawaf tapaknya ada anti slip dan dalam ada spandex, ditambah lagi dengan stokin yang tebal akan beri cushion pada tapak kaki anda. 




Berbagai kelebihan bila anda pakai kasut tawaf untuk bertawaf dan saie.:-
  • Kasut tawaf melindungi kaki dari pecah atau merekah, ramai pelanggan kami membeli kasut tawaf ini untuk kegunaan dirumah juga. 
  • Memberi support kepada hajjah yang sakit tapak kaki dan sakit lutut. Dalaman berspan memberi rasa selesa untuk berjalan dan berdiri lama dan kurang tekanan kepada lutut jugak. 
  • Kasut tawaf tinggi had buku lali tidak mudah tercabut ketika membuat aktiviti tawaf, saie dan bersolat juga. 
  • Kasut tawaf ini khas untuk kegunaan indoor sahaja tak sesuai untuk outdoor kecuali dipakai dengan kasut biasa diluarnya. 
  • Saiz kasut tawaf ini free size, tetapi setelah membuat beberapa penelitian kami dapati 
  1. kasut tawaf corak sesuai untuk muslimah hingga saiz kasut 7, 
  2. kasut tawaf velvet plain sesuai sehingga saiz kasut 10 
  3. Kasut tawaf polyester sesuai sehingga saiz kasut 10 
  • Kasut tawaf ini dari material velvet DAN polyester alas dalam pula adalah span, bila dipakai sangat selesa sebab membantu mengurangkan sedikit tekanan kepada kaki anda. 
  • Tapak pula ada anti licin, sesuai untuk tawaf dah saie kerana kasut ini mengelakkan anda dari tergelincir. 
Menjadi pilihan ramai jemaah wanita kerana kelebihan yang saya terangkan diatas.

testimony "kak hajjah sendiri bawak masa gi haji, kawan-kawan kak hajjah jugak mengakuinya"


Untuk belian/pertanyaan stok whatsapp/sms 
Kak Hajjah @ tel : +60192883235


COPY WRITING HAK CIPTA TELEKUNGMUSLEEMA

Monday, July 9, 2018

CUACA PANAS MUSIM HAJI - TERIMAKASIH PETUGAS TABUNG HAJI


SUMBER BERITA HARIAN: --

SEPANG: Jangkaan cuaca panas di Arab Saudi yang suhunya boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius antara cabaran bakal dihadapi 30,200 jemaah haji Malaysia sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata jemaah haji dinasihatkan untuk menjaga kesihatan masing-masing sepanjang berada di sana selain mematuhi arahan dikeluarkan TH.

"Cuaca panas sepanjang musim haji ini antara cabaran perlu dihadapi oleh jemaah. Alhamdulillah, TH sudah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka.

"Langkah ini bagi memastikan jemaah haji Malaysia bersedia menghadapi suasana cuaca panas selain menjaga kesihatan masing-masing, malah rombongan petugas perubatan juga berada di sana untuk memberikan bantuan dan rawatan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelepasan Kumpulan Kedua Petugas Haji ke Tanah Suci di Kompleks TH Sepang di sini, hari ini.

Syed Saleh berkata, tahun ini seramai 600 petugas haji bertugas di Tanah Suci dengan kumpulan pertama membabitkan 13 petugas teknologi maklumat (IT) berlepas pada 2 Julai lalu dan 141 orang pada hari ini, manakala kumpulan seterusnya pada 11 Julai ini.

"Kumpulan kedua pada hari ini terdiri daripada 62 petugas kebajikan, 63 petugas perubatan dan 16 petugas media berlepas jam 2.45 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines dan dijadual tiba jam 6.45 petang waktu tempatan.

"Penerbangan jemaah haji Malaysia menggunakan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Flynas, manakala tahun ini kali pertama pelepasan dibuat di Kompleks Haji Sepang selepas 36 tahun ia dilaksanakan di Kompleks Haji Kelana Jaya," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, pihaknya bersedia memberi khidmat terbaik kepada semua jemaah haji, malah petugas haji juga sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.

"Petugas haji terbabit sudah melalui persiapan bagi memantapkan ilmu selain menguatkan ketahanan fizikal dalam memberi khidmat terbaik kepada jemaah haji," katanya.

Kumpulan jemaah haji pertama Malaysia akan berlepas 14 Julai ini, manakala penerbangan ke Tanah Suci terakhir pada 15 Ogos ini.

Sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan bagi operasi haji tahun ini, menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas.

Penerbangan pulang jemaah haji Malaysia dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 September.

Kak Hajjah berterima kasih dengan petugas Tabung Haji semua yang bertugas dengan senyuman yang tak lepas dibibir menghadapi kerenah kami makcik dan pakcik nie. Yang kadang-kadang banyak songeh macam budak kecik.

Kepada bakal haji dan hajjah berikan kerjasama kepada mereka, banyakkan bersabar ya.

Semoga anda semua dapat haji mabrur. Nah hadiah korang lagi nie mesti nangis punya.


Friday, July 6, 2018

MINI JUBAH UNTUK KAK HAJJAH



Salam Jumaat sayang minggu depan dah mula penerbangan dah kunci beg ker belum.  Dah penuh kunci jer kak. Kalau tak setiap hari nanti kakak kemas beg selagi tak pergi ker KLIA tu.

Apa pun jangan berserderhana sahajalah, jangan fikir 40 hari tu nak bawa 40 helai nanti Abang haji membebel nak usung beg kakak tau. Follow jer saranan Tabung Haji dan ustaz penceramah jangan bimbang cukuplah nanti. Kat sana cuaca tak sama memang tak der hangit bau badan kak.

Kakak boleh bawa stokin lebih atau handsock lebih sikit nanti boleh hadiah kat kawan-kawan atau kak jemaah lain yang stokinnya nipis atau koyak.  Duduk sebilik jangan berkira sangat dengan kawan-kawan nanti apa-apa masalah kawan sebiliklah yang kita nak minta tolong.

Kalau kakak suka pakai seluar panjang dan blouse, Mini Jubah adalah pilihan yang tepat. Kami kat telekungmusleema menyediakan mini jubah kain cotton tshirt dan mini jubah kain cotton jepun.

Alhamdulillah dah hampir 10 tahun Mini Jubah kami jadi pilihan ramai.  Kami utamakan kualiti dan keselesaan. Jangan risau mini jubah kami tahan lasak.  Kami design pakaian simple tetapi praktikal. Mudah untuk anda urus disana. 

Kelebihan fabrik kami tak perlu digosok, kain lembut dan longgar. Saiz standard  kami S - 2XL, saiz plus size anda boleh buat tempahan dengan kami ya.Fabrik kami tahan lasak IsyaAllah tak mudah koyak. Kembali dari mengerjakan haji anda boleh simpan untuk pakai ketika umrah pula.

Mini Jubah memudahkan pergerakan kerana jemaah haji banyak berjalan sepanjang di Tanah Suci, handa dengan memadankan dengan telekung poket anda sudah boleh solat atau berziarah di sekitar Kota Makkah.

Kami tawarkan untuk dua pilihan 
 1. Kain  Cotton tshirt 




Mini Jubah Hitam
Mini Jubah Putih


Jika Puan Hajjah berminat nak pakai mini Jubah boleh wassap saya
di 0192883235

Dengan harga mampu milik, sekarang upah untuk menjahit mini jubah sahaja RM60.00 - RM80.00. Kami tawarkan harga siap jahit dari rm90.00 +++



 warna hitam dan putih
Kain Cotton Jepun

Jika Puan Hajjah berminat nak pakai mini Jubah boleh 
                         wassap saya di 0192883235 


BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA