Wednesday, December 26, 2018

UMRAH - ZIARAH THAIF IMPIAN YANG KESAMPAIAN

Throwback Ziarah Thaif, saya memang nak datang kemari syukur Alhamdulillah, tiada dalam itineraries pun. Lebih kurang 67 km dari Makkah, sebahagian sahaja ahli grup yang nak pergi jadi kami menakki coaster sahaja. Alhamdulillah grup kecik perjalanan lebih mudah.

Menghayati sirah perjalanan Baginda Rasulullah untuk dakwah Thaif. Menaikki unta sahaja ke kawasan tanah tinggi yang sejuk. Sampai disini dakwah di tolak. Dibaling batu Hingga berdarah mengalir ke kaki. Hingga malaikat offer nak terbalikkan gunung. Orang berhati mulia menolak tawaran sebaliknya Baginda mendoakan Thaif.Ibrah sirah Nabi, orang dizalimi doanya makbul tetapi Doakan Yang baik sahaja. Rasulullah Doakan keturunan orang Thaif akan jadi orang Islam yang baik.

Bumi Thaif terus subur, sampai disini seolah kita berapa di se buah negara yang lain. Geography dan cuaca Yang berbeza, tasbih atas kebesaran Allah swt.

Nak tengok kaya ke tak pak arab ni siap ada resort dan theme sendiri. Cuma tak boleh berhenti ambik gambar jer.

Perjalanan kami jam 8.30 pagi dari Makkah sampai ke Thaif sebelum pukul 10.00 pagi. Perjalanan sangat selesa Kereta tak banyak jalan luas Tu yang best kat tanah arab Nie. Tak der jamned.

Cuaca berkabus tebal dan hujan gerimis tak nampak jalan tapi driver kami sangat ber pengalaman.

Ziarah Masjid Saidina Abbas di Thoif, waktu Melawat pukul 10.00 pagi. Kat luar ni ada orang menjual dikaki lima harga boleh tawar dan berpatutan boleh beli jualan barang kat sini. Boleh tawar harga memang baik. 

Bandar Thaif


Masjid Saidina Abas r,a


Pasar buah Thaif memang sedap yummy. Bawak balik sekotak delima Thaif ke Malaysia harga riyal 25. Memang sweet. Hadiah kat jiran dan adik beradik. Semalam tengok kat R n R kita sebijik Rm20.

Tips pilih delima jangan beli yang merah, kulit cantik tak berapa manis. Beli Yang kulit cerah tak berapa lawa macam saya tapi hhmm manis berseri. Huhu Ada yang muntah baca ayat Aku nih.

Buah strawberry 🍓 macam Camerons jugak lah bawah Turun masam.

Tak lupa kilang air rose, tetamu dijamu dengan teh rose yang aromanya wow harum. Kat sini dapat tengok uniknya cara proses air roses. Sempat beli lotion rose yang terlajak wangi!



Pemprosesan Air Rose

Simpanan Air Rose Asli

Lotion Rose


umrah syukur 2018
hak cipta telekungmusleema

Next destinasi seterusnya di bumi Thaif

UMRAH SYUKUR 2018 - SYUKUR DI JEMPUT LAGI

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Syukur terima kasih ya Allah swt diizinkan lagi datang kemari ziarah bumi Madinah dan Tanah Suci Makkah.

 Dah lama nak pergi tapi selalu bertangguh.  Sampailah ke bulan October baru berani muktamadkan untuk bertamu ke Tanah Suci, banyak dah buat survey pakej-pakej umrah tapi macam ada jer lah yang tak kena. Tarikh tu sibuklah, banyak urusan keluarga dan sebagainya lagi lah.

Lastly teringat sahabat yang pergi hujung tahun dengan keluarganya. So Kak Hajjah rasa masa tu sesuai sebab belum sibuk sangat lagi. Kita pun minta contact no. travel agen dia orang tu.

Pendek citer pada 28hb November 2018 kami pun berangkat ke Tanah Suci Madinah dengan pesawat MAS, direct flight ke Madinah.  Penerbangan lebih 8 jam, dari Malaysia 5.50 pm tiba di Madinah dah pukul 9.

UMRAH SYUKUR 2018


Kursus Umrah di KL

CUKUPLAH DULU YA NANTI KITA SHARE DETAIL TAU.

Copywright - Designmusleema ya

Tuesday, December 18, 2018

KAMI DAH BEROPERASI SEMULA

Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan operasi seperti biasa kerana Allah taala.

Selepas seminggu balik ke tanah air dari tanah suci kita kembali bersiaran, walaupun masih batuk dan selsema lagi. Ditambah pulak line internet U Mobile dah terjun ke laut. Kat kawasan rumah ni dah susah nak dapat line ya.

Anda boleh hubungi kami wassap ker 013-488 3145.  No lama masih wujud tapi agak lambat untuk reply ya

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA