Isnin, 27 November 2017

CARA PAKAI PAKAIAN IHRAM

MEMAKAI PAKAIAN IHRAM LELAKI DUA HELAI KAIN LEPAS (TIDAK BERCANTUM) SEHELAI DI PAKAI UNTUK MENUTUP AURATNYA DIANTARA PUSAT DAN LUTUT DAN SEHELAI LAGI DIBUAT SELENDANG. DISUNATKAN BERWARNA PUTIH


Di anjurkan juga membawa kain ihram ni satu set setengah.. Cari geng untuk beli 3 set, tiap sorang ambiklah 3 helai kain ihram tu.

Kain ihram ini dari jenis cotton, macam kain tuala tebal tu. Lelaki tidak buleh pakai pakaian yang berjahit no jarang-jarang k nanti telus mata susah hati mak haji kat belakang.

Dipakai dengan tali pinggang haji yang keras tu putih atau hijau tu

Sebab jika kotor boleh berganti.


Khamis, 23 November 2017

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MINI JUBAH

Mini Jubah Haji Cotton
STATUS STOK - PRE-ORDER
ADA WARNA HITAM DAN PUTIH
Saiz M hingga 3xl

RM200.00 SAHAJA

TETAPI

HARGA PENGENALAN
OFFER PRICE RM180.00
SEPASANG DENGAN SELUAR

Seluar Haji Cotton
Warna Hitam dan Putih sahaja
Saiz  L hinggal 3XL


RM49.00


BERMINAT WASSAP JER KAK HAJJAH

Assalamualaikum dan very good morning kat semua.

Tak sabor lah nak share dengan you all semua kita dah ada stok mini jubah cotton sekarang tau

Ada permintaan adik kakak kata demo nak comel lagi nak ado sulam-sulam sikit kat baju tu so kain pun nak cuba memenuhi permintaan semua.

Ada jugak yang takut nau nak pakai kain cotton tshirt katanya lekat kat badan. 

So pada yang nak mini jubah yang comel ada renda kerawang-kerawang buleh cuba nie tau ya. Kain pun sedap pakai. Seluar jenis pinggang getah buleh masuk sampai saiz 2xl ya. Nanti kita provide saiz sebenar ya sebab ni bukan kain tshirt jadi tak memeri.

Mini jubah kain cotton ni anda kena pakai dengan inner poket tu jika nak pakai dalam cuaca sejuk. Sebab kain cotton tak tebal macam kain cotton tshirt ya. Nanti nampak jarang dan nampak bayang ala manja-manja gitu.

Sekarang kita belanja satu gambar dulu ya.Orang putih kata teaser biar korang buleh budget dan berangan-angan dulu tawaf pakai set mini jubah cotton ni ya. Bayangkan lah korang tengah duduk kat Raudhah ker tengah tawaf kat Dataran Kaabah ker, tak salah berangan benda yang baik-baik ya.

SELUAR HAJI COTTON WARNA HITAM DAN PUTIH READY STOK BOLEH ADA KALAU ANDA MUAT UKURAN YANG SAYA PROVIDE KAT BAWAH YA.

Seluar Haji Cotton
Warna Hitam dan Putih sahaja
Saiz L hinggal 3XL

RM49.00
pre - order only
Kain PradaKing

KITA JAHIT IKUT SAIZ BADAN ANDA
BERMINAT WASSAP JER KAK HAJJAH

UKURAN SELUAR

Saiz 3xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 46-48 inci
Peha - 28 inci
Labuh - 37 inci

Saiz 2xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 44 - 46 inci 
Peha - 26 inci
Labuh - 37 inci

Saiz xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 44 inci
Peha - 25 inci
Labuh - 36 inci

saiz l
PINGGANG strecth sampai 34 inci.
Pinggul - 42 inci
Peha - 24 inci
Labuh - 36 inci


Rabu, 22 November 2017

KURSUS HAJI 1439 HIJRAH BERSAMAAN 2018

Minggu kursus haji dah mula, dah daftar ke belum?

Secara rambang dari pemerhatian kami, kursus haji banyak dijalankan serentak pada hari Sabtu, jadi kepada yang bekerja cuba check Kursus Haji yang dikelolakan oleh Masjid sendiri yang bukan diuruskan oleh Tabung Haji.

Selalunya Kursus Haji Swasta pada hari Ahad.  Kursus dijalankan sebanyak 17 siri.

Cuba pusing kelilling tengok banner dikawasan tuan puan. Di mana yang lebih selesa nak berkursus haji.

Di kawasan kami area Setiawangsa/Keramat dan Hulu Klang. Boleh pergi kursus kat:-

Masjid Muaz bin Jabal - Di bawah Tabung Haji
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah - Di bawah Tabung Haji
Masjid Al Ansar- Di bawah Tabung Haji
Masjid Usamah Zaid - Swasta
Masjid Al Hidayah Baru - Swasta
Masjid Assobirin - Swasta

Ada sedikit bayaran dikenakan untuk refreshment, bakal jemaah haji kena check dengan pengurusan berapa bayaran yang dikenakan itu.

Semoga bermanafaat untuk semua. Selamat Berkursus dari Kak Hajjah, bila dah pergi kursus haji, niat anda dah tertulis hanya menunggu tarikh sahaja.

Kepada yang nak merayu sudah boleh submit rayuan anda tu kepada Pengurusan Tabung Haji, ada yang dah dapat surat Kak Hajjah ucap tahniah. Semoga niat anda untuk menunaikan haji kesampaian.

Jumaat, 3 November 2017

JUALAN KASUT TAWAF HARGA RUNTUH

Jualan Harga Runtuh Kasut Tawaf Sempena Annivesary Boss Sehingga 5/11/2017


"Sedap dan Selesa sangat pakai kasut tawaf nie. InsyaAllah nak order" Komen pelanggan

Bila nak pakai? Apa kebaikan nya.
✅Untuk Kesihatan
✅Untuk kegunaan bila masuk surau dan masjid
✅Untuk kesihatan bagi orang yang sakit tumit
✅Untuk orang yang tak tahan pijak lantai simen @ marble

✅Untuk ibadah
Untuk tawaf dan saie - highly recommended berjalan dalam masa yang lama dan jauh.
✅Untuk solat -
bila stokin Anda jarang dan kain telekung anda tu pendek
✅Akak selalu perasan orang solat nampak tapak kaki dan tumit.

Anda bila Lagi tak nak join keselesaan stokin kasut tawaf Kami. Kami Ada pilihan velvet dan poly

Warna hijau tua, hitam, biru, skin colur dan  dark chocolate.

Rm15 Sepasang shj - velvet
RM12 sepasang shj - poly

Pos laju rm7 sahaja Semenanjung - 1st 500 gm
Pos laju rm10.00 Sabah dan Sarawak - 1st 500 gm

Untuk minggu ini sahaja Kami offer sehingga 5/11/2017

2 Pasang kasut tawaf velvet RM24.00 sahaja
6 Pasang kasut tawaf velvet RM72.00 dan free pos Semenanjung.
Sabah n Sarawak pos RM5.00 

Anda buleh mix order dengan kasut tawaf velvet dan poly.

warna coklat dan hijau

warna skin, hitam dan biru



Buleh wAssap Kak Hajjah at 0192883235



TELAGA ZAM ZAM DIUBAH SUAI

Mekah 30 Okt. – Ketua Hal Ehwal Dua Kota Suci Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman al-Sudais meng­u­mum­kan permulaan projek pe­ngu­bahsuaian telaga zamzam se­­lama tujuh bulan dan dijangka siap sebelum Ramadan.

Lapor Arab News, projek itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama melibatkan pembinaan lima jambatan selebar lapan meter serta 120 meter panjang ke tela­ga dari arah timur kawasan mataf.

Bahagian kedua projek pula merangkumi persiapan fasa ter­akhir pensterilan dan pengendalian persekitaran yang mengeli­lingi telaga zamzam.

Sisa konkrit serta peti besi lama di Masjidilharam akan dibuang bagi mengurangkan kadar bahan tercemar dalam air zamzam de­ngan sebanyak mungkin.

Selain itu, Arab Saudi juga akan membangunkan sistem kerikil ste­ril berkualiti khas dengan daya telapan air yang tinggi di sekitar telaga, bagi membolehkan aliran air zamzam lebih baik.

Terletak kira-kira 20 meter dari Kaabah, telaga zamzam dipercayai merupakan telaga tertua di dunia iaitu berusia 5,000 tahun.

Telaga berkenaan mengepam air sehingga 18.5 liter sesaat dan mempunyai kedalaman 30 meter.

Kira-kira 120 tan air zamzam diangkut setiap hari ke Masjid Nabawi menggunakan lori tangki khas bagi mengelakkan air tersebut daripada tercemar.


Ihsan fb Najmi Farisham


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/telaga-zamzam-diubah-suai-sebelum-ramadan-1.545111#ixzz4xHNQeG9y
© Utusan Melayu (M) Bhd

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA