Rabu, 30 Ogos 2017

PERSEDIAAN UNTUK WUKUF KE ARAFAH

Hari nie Jemaah Haji akan berangkat untuk wukuf ke Arafah ada rasa sebak dan sayu dalam hati teringat kenangan berhaji tahun 2015.

Masa ni berada dalam debaran, packing baju 3-4 hari sebelum entah berapa kali keluar masuk dah. Sibuk membelek buku panduan takut ada kesilapan dan terlepas pandang. Aduii rasa rindu menderu-deru menjentik tangkai hati nie. Ya Allah jemputlah kami lagi untuk ker Arafah.

Apa yang patut anda bawa dalam hand luggage tu, pandangan saya jangan membimbit banyak sangat beg. So tahun ni camane naik bas ker naik train. Dalam tv kata naik tren, syukur alhamdulilah, lebih cepat dan mudah InsyaAllah. 

  • Telekung anda - 2 helai dah cukup
  • Pakaian anda jubah solat, jubah tidur dan jubah harian - 3 dah cukup
  • Pakaian untuk pergi melontar yang sesuai - saya suka mini jubah jer mudah 
  • Tudung labuh kena pakai kecuali tidur jer pakai anak tudung.
  • Pakaian dalam secukupnya - prefer disposable panties 
  • stokin dan sarung tangan - always cover aurat properly
  • Uncang Batu
  • Back Pack 
  • Spray Wudhuk
  • Selipar
  • Lapik Tidur Plastik
  • Tuala
  • Kain Batik
  • Buku Doa dan Al-Quran - senaraikan doa-doa yang hendak dibaca tu.
KHEMAH DI ARAFAH - 2015

Bersabarlah dalam kesulitan, tunggulah kenderaan sambil berzikir dan bertalbiah. Cuba bayangkan itu hanya sebesar zarah jer kesulitan dari apa yang kita akan tempuh di mahsyar nanti.

Feel akan terasa teringat kesulitan Nabi Muhammad saw dan sahabat yang naik unta dari Madinah ker Makkah untuk haji. Bantulah orang lain yang dalam kesulitan dan kepayahan pahalanya sangat besar ihsan pada orang lain.

Isi masa dengan zikir dan baca Al-Quran elakkan dari berbual-bual kosong jer. Semoga anda sihat selalunya.


MABIT DI MUZDALIFAH - 2015
 SELAMAT BERWUKUF JEMAAH MALAYSIA untuk Mak Ngah, Intan, Achik, Hajah Suraya dan semua pelanggan telekungmusleema. Semoga mabrur haji milik anda doakan Malaysia dan semua orang muslimin dan muslimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA