Sabtu, 22 Ogos 2015

NON-MUSLIM MEMASUKI MASJID

Sebahagian orang Islam terlalu keras mencegah orang bukan Islam memasuki masjid. Malah memasuki kawasan masjid untuk meletakkan kereta pun dianggap sebagai kesalahan dalam agama. Contohnya ada individu Muslim yang marah dan bising jika ada individu non-muslim masuk ke dalam kawasan persekitaran masjid walau hanya untuk melintas menuju ke rumahnya. Mereka beranggapan seolah-olah non Muslim ini boleh mengotorkan masjid.

Dalam al-Quran, terdapat larangan bagi non-Muslim untuk masuk Masjidil Haram. Firman Allah, "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik adalah najis maka janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram selepas tahun ini. (Surah At-Tawbah :28).

Terdapat beberapa peristiwa pada zaman Nabi SAW menunjukkan keharusan non-Muslim memasuki masjid.


KEHARUSAN NON MUSLIM MEMASUKI MASJID
-Thumamah Ibn Uthal : Ditawan di Masjid Semasa Kafir
Seorang tawanan bernama Thumaimah ibn Uthal pernah diikat pada tiang masjid sebelum dia memeluk Islam.  Imam al-Bukhari meletakkan tajuk 'bab orang musyrik masuk masjid.' Hadis sahih ini tercatat dalam Sahih al-Bukhari dalam kitab solat (no. hadis 462 dan 469)

- Kristian Tinggal di Dalam Masjid
Ada riwayat menunjukkan rombongan Kristian tinggal di dalam masjid ketika bertemu Nabi SAW perkara yang sama juga dinyatakan penulis Fiqh Sirah, Dr. Ramadhan al-Buti (rujuk Fiqh Sirah. hal. 316).

Non-muslim hendaklah dinasihatkan agar menghormati masjid.  Mereka perlu menutup aurat dan tidak memakai seluar pendek ataupun skirt ketat. Atas kesedaran ini masjid menyediakan jubah untuk pelancong bukan Islam.

Tujuan Non-Muslim masuk ke dalam masjid juga perlu memenuhi kehendak syarie.  Jika Non-Muslim sekadar hendak bermalam, makan minum dan sebagainya, mereka seharusnya mencari hotel atau restoran untuk tujuan itu.

Dalam suasana biasa seperti di kampung atau kota, masjid hendaklah sentiasa dibuka.  Supaya Muslim bebas datang bersolat, menimba ilmu, melakukan aktiviti kemasyakaratan dan sebagainya. Non-Muslim juga dibenarkan masuk mengikut adab untuk masuk ke masjid.

Cuba libatkan non-Muslim dalam aktiviti seperti jamuan hari raya, pameran yang dibuat diperkarangan masjid supaya mereka lebih dekat dengan Masjid, sediakan satu brochure atau katalog sambil menyelitkan sebaris dua unsur dakwah dalam bahan tersebut.

Walau bagaimanapun, orang yang beriman sahaja yang layak memakmurkan masjid Allah. Surah At-Tawbah ayat 17 - 18

#stokin solat #telekungcotton  #kelengkapanhaji dan umrah


sumber : Mohammad Nidzam Abd. Kadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA