Khamis, 14 November 2019

UMRAH NOVEMBER - SOAL HATI ELAKKAN BURUK SANGKA

Jika ingin #hati yang tenang, fikiran yang lapang dan kehidupan yang baik, lazimilah bersangka baik.


"Ketahuilah bahawa sangka buruk adalah sifat dalaman yg buruk dan keburukan itu akan mengalir keluar bila mana dia melihat orang lain di mana sahaja dia berada. Sesungguhnya orang Mukmin itu sifatnya mencari keuzuran sedangkan orang munafik mencari aib."

[Imam Al-Ghazali @ Ihya' Ulumuddin]







NORMAL PRICE RM230.00


LESS 5%???? FREE POST TU


FABRIK ROSELLAH (SAIZ MALAYSIAN)


WASSAP 011-27902884

Rabu, 13 November 2019

UMRAH NOVEMBER - KENALI BISIKAN HATI ANDA

Hati sentiasa dibayangi oleh dua bisikan. Pertama, bisikan yang mengajak kepada kebaikan dan kedua bisikan ke arah kejahatan. Bisikan yang dimaksudkan itu telah dijelaskan oleh Allah swt, marhumnya :" Demi jiwa serta penyempurnaannya ( ciptaannya ). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketakwaannya." ( Surah Asy-Syamsi 91:7-8 ).

Dua bisikan hati inilah yang sentiasa bertarung menjadikan " hati sebagai satu medan pertempuran yang dahsyat".
 Inilah sebab utama hati sentiasa bergolak dan berbolak balik seperti kuah yang sedang mendidih. Iman sentiasa bertambah dan berkurang, disinilah juga punca lahirnya kebaikan atau keburukan yang dicetuskan oleh setiap manusia.

Terdapat dua bisikan hati manusia. Bisikan yang mengajak kepada kebaikan berpunca daripada malaikat Mulhim, dan ajakan kepada kejahatan berasal daripada syaitan*. Ajakan kepada kebaikan di namakan ilham. Manakala ajakan kepada kejahatan di namakan waswas ( waswasah ). *Bisikan inilah yang mempengaruhi hati.*

Bisikan syaitan amat licik. Adakalanya mengajak kepada kebaikan tetapi ajakan tersebut umpama umpan untuk "memancing" kepada kejahatan. Misalnya syaitan mengajak seseorang melakukan banyak amalan sunat dengan meremehkan amalan yang wajib. Ada orang yang berqiamullail dengan menunaikan solat sunat tetapi lewat untuk bangun menunaikan solat subuh. Ada orang yang beristiqamah berpuasa sunat tetapi lidahnya masih suka mengumpat.

Boleh jadi semua ibadah sunat diperalatkan oleh syaitan untuk menyeret manusia ke lembah mazmumah seperti riyak, ujub dan sum'ah, padahal menghindari sifat mazmumah lebih utama daripada melakukan ibadah sunat. Ibadah mesti dilakukan dengan penuh rasa kehambaan. Sekiranya ibadah menghilangkan rasa kehambaan, itu petanda seseorang telah terkena tipu daya syaitan.

Begitu juga sekiranya seseorang tergopoh gapah dalam melakukan kebaikan, ia petanda datangnya daripada bisikan syaitan. Islam melarang sikap tergesa gesa walaupun ketika hendak melakukan kebaikan.

Penting untuk kita mengenali jenis jenis bisikan hati. Apabila telah mengenali dan membezakannya, barulah kita mampu menerima bisikan yang baik dan menolak bisikan yang jahat.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋


COPY PASTE JER 

ANDA MENCARI KELENGKAPAN UMRAH MUSIM SEJUK SILA JENGUK PAGE KAMI. KAMI ADA KUALITI FABRIK KALIS CUACA



No photo description available.
TERBARU KUALITI LEBIH GEBU DAN LEMBUT
RM85.00 1 SET 
SAIZ 45 X 90

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA