Sabtu, 25 Ogos 2018

JEMAAH HAJI MALAYSIA KEMALANGAN DI MINA

MAKKAH: Sembilan jemaah Malaysia cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.  Mereka yang cedera terdiri daripada tiga jemaah lelaki dan enam jemaah wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.

"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.

"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini pada Khamis.

Sebahagian jemaah Malaysia yang terlibat nahas.
Sembilan yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.

Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.



Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/24/jemaah-malaysia-kemalangan/#BBqvWZqASvz2it4T.99



Selasa, 14 Ogos 2018

PERSEDIAAN JEMAAH HAJI KE ARAFAH

Apa yang patut anda bawa dalam hand luggage tu, pandangan saya jangan membimbit banyak sangat beg. So tahun ni camane naik bas ker naik train. Dalam tv kata naik tren, syukur alhamdulilah, lebih cepat dan mudah InsyaAllah.

  1. Telekung anda - 2 helai dah cukup
  2. Pakaian anda jubah solat, jubah tidur dan jubah harian - 3 dah cukup
  3. Pakaian untuk pergi melontar yang sesuai - saya suka mini jubah jer mudah 
  4. Tudung labuh kena pakai kecuali tidur jer pakai anak tudung.
  5. Pakaian dalam secukupnya - prefer disposable panties 
  6. stokin dan sarung tangan - always cover aurat properly
  7. Uncang Batu
  8. Back Pack 
  9. Spray Wudhuk
  10. Selipar
  11. Lapik Tidur Plastik
  12. Tuala
  13. Kain Batik
  14. Buku Doa dan Al-Quran - senaraikan doa-doa yang hendak dibaca tu.
  15. Bawa plaster i,e handyplast takut kaki melecet jalan jauh.

Terowong ke Jamrat

Ke Arafah

Lautan manusia ke Arafah

  • Pesanan Kak Hajjah masa kat Arafah jangan banyak sembang dan membawang fokus pada solat, baca Quran, Zikr dan berdoa.
  • Jaga aurat betul-betul terutama masa dalam khemah dan ambik wuduk jangan buat macam kat rumah atau sungai tu pakai anak tudung jer ya. Stokin dan tudung 24 jam pakai.
  • Bilik air bertabahlah anda untuk jangka masa 5-6 hari tu. Tiada keistimewaan sila berbaris jangan potong barisan.
  • Jangan basuh baju dalam toilet. Tolonglah sangat-sangat nanti ada yang terkincit kat luar tu.
  • Mulut jaga jangan sindir menyindir. 
  • Jaga kesihatan banyak minum air ya..
  • Beg bawa yang 5kg Tabung Haji bagi jangan bawak lebih-lebih, makanan cukup jangan risau jangan bawak bekal banyak sangat.

Khemah-khema di Mia


Laluan ke Jamrat bertingkat-tingkat


NIKMATI KEGEMBIRAAN MENJADI DUYUFUR RAHMAN esok entah ada peluang lagi ke tidak.

copywriting by Kak Hajjah telekungmusleema


Selasa, 7 Ogos 2018

TUDUNG LABUH SAYA KETIKA HAJI DAN UMRAH

Saya nak share apa product yang saya rasa selesa sangat pakai masa gi haji. Memang ni produk sendiri kalau nak kata masuk bakul pun tak apa. Yang penting saya dah guna sendiri masa pergi haji selalunya pakai kat Malaysia sahaja. Feedback saya dapat dari pelanggan yang pakai untuk pergi haji pun sangat memberangsangkan. 



Tudung Labuh kami ada XL, 2XL dan 3XL tapi saya sangat selesa dengan saiz xl dan 2xl sahaja. 

Material yang saya bawa pergi adalah denim dan embossed lycra.

Denim saya pakai ketika cuaca panas sebab dia serap peluh dan lasak dah pakai gantung kena angin baupun hilang. Terutama ketika di Mina tiap2 hari gi melontar pakai tudung yang sama tak boleh nak basuh pun tak der tempat nak menjemur.


Sampai room mate saya komen senang nak cari kalau saya hilang dari pandangannya sebab kebanyakan jemaah pakai telekung ataupun tudung lip lap yang di beli di sana. Saya pakai tudung warna maroon.

Tudung kami patuh syariah sebab dia labuh dan tutup dagu. Kalau nak terus ajer bersolat dengan tudung labuh tu.


anda mencari tudung labuh untuk bawak pergi umrah musim sejuk dan umrah hujung tahun

jom cari kat TUDUNG UMRAH HAJI

STOK TERKINI 

Ahad, 5 Ogos 2018

KASUT TAWAF MULTIPURPOSE


Ada orang tanya kasut tawaf tu untuk umrah dan haji sahaja ke? Awak rasa apakah jawapan saya?

Cubalah teka. Kasut Tawaf kita ni boleh dikreativitikan penggunaannya ikut keperluan anda semua yang penting gunakan dalam bangunan sahaja. Jangan gi jalan-jalan pakai kasut tawaf jer tak pakai kasut lain sebagai alas.

Masa tu ko jawab ler sendiri ya, kalau hujan berenanglah kaki kalau panas pulak alamat cepatlah terkoyak tapaknya kena kerikil dijalanan.

Baru-baru saya ada terima pertanyaan dari seorang customer yang beli kasut tawaf ini untuk kakaknya yang baru di operate kaki asbab kencing manis. Menurut doktor kakinya tak boleh pakai stokin yang ketat sebab masih lagi belum pulih sepenuhnya. Kak Hajjah cadangkan beliau ambil kasut tawaf velvet sebabt lebih strecthy dan bentuknya bulat sikit.

Kak Hajjah tunjukkan gambar-gambar close up dekat dan tanyakan saiz kaki kakaknya, bolehlah masuk kasut tawaf velvet plus size ni. Sebab tawaf velvet plain ni boleh masuk sampai kaki saiz 9.

Kalau ada sakit kaki pakai bahagia tapak tu pakailah dalam rumah amat selesa yakmat. Ni testimony diri sendiri jer, buat tidur pun best jugak kaki tak masuk angin tau.


Had tumit - RM10.00

BOOT CUT - RM16.00

HAD BUKU LALI - RM15.00

HAD BUKU LALI - RM12,00
WHATSSAP KAK HAJJAH
019-2883235




RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA