Friday, June 29, 2018

KAIN IHRAM PLUS SAIZ - SAIZ JUMBO


KAIN IHRAM JUMBO IN THE HOUSE
saiz 48 x 120 

KAIN COTTON PREMIUM
-gebu gebas
- lebih lembut
- benang lebih rapat
- selesa tak panas

RM95.00 1 SET - 2 PCS KAIN



IHRAM STANDARD - 45 X 90
KAIN COTTON DOBY

RM55 - 1 SET

BERAPA SET NAK BAWAK KAIN IHRAM NIE?

BAWAK 2 SET KAIN IHRAM - 4 HELAI
BAWAK KAIN PELIKAT TAK BERJAHIT - 2 HELAI JUGAK

WASSAP KAK HAJJAH - 0192883235

HARGA TIDAK TERMASUK POS

Monday, June 25, 2018

PERSEDIAAN DIRI JEMAAH HAJI

Tak sampai 3 minggu lagi penerbangan pertama akan berlepas. Kepada bakal hajjah dan haji jaga kesihatan pada tahap yang stabil untuk berangkat. Pastikan ubat-ubatan anda dari doktor telah diambil dan di pek sekali dalam luggage ya.

Yang tak biasa makan vitamin boleh start makan vitamin C dan multivitamin. Sila check dengan pharmacist dan doktor dahulu samada anda sesuai atau tidak dengan sebarang supplement sekiranya anda dalam medication ya.

Apa jenama vitamin C dan multivitamin pun ok.

Jangan lupa bawa sekali hacks hitam, lozenge @ strepsil @ fisherman friends. Asam jawa adabi tak der biji + gula batu untuk batuk. Madu kat sana banyak jual boleh lah juga diamalkan.






Tak reti minum yogurt atau laban silalah belajar berguna jugak kalau demam tapi ikut kesesuaian masing-masing (pengalaman sendiri)

Kepada anda yang masih sihat dan cergas dan  boleh berjalan tu bawaklah pusing taman, keliling rumah ker untuk dapatkan stamina ya. Nanti kat tanah suci anda perlu banyak berjalan untuk kemana-mana pun.



Jarak Berjalan Kaki :-


Tawaf 7 pusingan 350 m - 1 km bergantung kat level mana kita tawaf. Dataran Tawaf @ Tingkat 1 @ Open Roof kat atas lagi (tak pernah tawaf kat situ)



Jarak Saie - 400m x 7 pusingan

Jarak dari Maktab ke Masjidil Haram - paling dekat 700m - 800mtr. Lagi jauh 1 km lebih pun ada. Lagi jauh pahala lagi banyak.

Jarak dari Khemah Mina ke Jamrah - 3.5 km pergi dan balik. Anda perlu berjalan selama 4 hari.

Tudung Labuh Umrah Haji + Mini Jubah

Jika anda terpaksa berkerusi roda kos untuk tolak sahaja dari rm250 pergi masjid dan tawaf sunat - rm400 (rukun haji). Lebih kurang rm1500 - rm2000 kos untuk tolak ke masjid (pengalaman kawan sebilik Kak Hajjah). Bawa extra cash.

Berdoalah supaya diberi kesihatan dan kecergasan untuk beribadah. Doa senjata paling ampuh untuk jemaah haji.

Buku-buku panduan haji dan buku doa pastikan dibawa bersama kebiasaannya dalam beg bimbit yang disediakan ada diberi buku panduan ringkas. Bagi saya sangat membantu jugak.

Sila refer kepada buku panduan Lembaga Tabung Haji Malaysia.  Saya difahamkan jemaah muasasah masih tidak menerima bag dari Tabung Haji jadi anda boleh pinjam dari sahabat yang sudah pergi pada musim haji tahun lepas.

Akhir kalam apa yang bermanafaat jadikan panduan, sila abaikan jika tidak bersesuaian dengan diri anda.

Untuk kelengkapan haji dan umrah refer kepada page kami diatas. 

pertanyaan untuk kelengkapanHAJI 
WASSAP Kak Hajjah at 019-2883235

Friday, June 22, 2018

CHECK LIST BARANG HAJI - ANDAI RAYUAN BERJAYA

Puasa sudah raya pun sudah. Ramadhan dah pergi, Syawal pula telah muncul. Mudahan Allah swt terimalah ibadah puasa, solat dan segala amal kebajikan yang telah kita buat.

Bulan Ramadhan kebanyakan keputusan rayuan haji telah dikeluarkan. Ada yang senyum lebar bila mendapat jemputan dari Allah swt. Ada yang masih ternanti-nanti. Macam selalulah sekiranya flight akhir masih belum berlepas mintalah pada Allah swt.

Jika tahun ini rayuan haji gagal, nanti hujung tahun merayulah lagi moga kesungguhan haji dan hajjah dipandang oleh Allah swt.

Bagi yang baru dapat surat yang paling utama nak buat adalah :_

1. Minta izin wali, suami atau ibu ayah
2. Terima tawaran tu
3. Pergi pejabat Tabung Haji serah passport
4. Buat medical check up dengan klinik panel Tabung Haji
5. Serahkan result medical check up kat pejabat Tabung Haji
6. Quick Check barang haji yang nak dibawa.  Kalau anda dapat panggilan haji di saat akhir bawa ajerlah     barang yang sedia ada asalkan cukup syarat dan patuh syariah.
    - telekung
    - tudung labuh
    - kain batik
    - tuala besar dan tuala muka
    - pakaian jubah, seluar panjang dan mini jubah dan pakaian dalam yang mencukupi
    - toiletteries anti wangi-wangian.
    - sanitary - pads dan panti liner - penting
    - ubatan-ubatan peribadi dll
    -. Wang yang poket yang mencukupi tak perlu bawa cash banyak

7. Bagi jemaah lelaki lebih mudah hanya perlukan
   - 2 set kain ihramdan talipinggang,
   - kain pelikat yang tak berjahit 2 helai untuk salin ke toilet
   - selipar tak bertutup
   - gunting kecil, pisau cukur, sikat rambut
   - cawat
    - spray wudhuk
    - toiletteries yang tidak ada wangi-wangian.
    - ubat-ubatan peribadi dll
  -. Wang yang poket yang mencukupi tak perlu bawa cash banyak

Cek list dibawah boleh dijadikan panduan semoga bermanafaat.Panjang lagi sebenarnaya
CHECKLIST BARANG HAJI

PERKONGSIAN DARI FB AZI AMER

pertanyaan untuk kelengkapanHAJI 
WASSAP Kak Hajjah at 019-2883235

   

Wednesday, June 6, 2018

SYAWAL MENJELANG TIBA - 10 RAMADHAN TERAKHIR

Pejam celik kita dah masuk fasa 10 ramadhan yang terakhirkan. Tak lama lagi Ramadhan akan pergi dan Syawal akan tiba.

Rasanya kita kena speeding dah ibadah kita kan merebut ganjaran yang memang ditawarkan Allah swt kepada kita semua nie. Kurangkan aktiviti harian kita lebihkan pada ibadah.

Friday, June 1, 2018

TUDUNG LABUH UNTUK RAYA DAN UMRAH

Rindu kat page nie dua minggu tak masuk sini. Dah pertengahan Ramadhan kan semakin sibuk dah kita.
Sibuk membanyakkan amalan kita. Dihujung usia ni manafaatkanlah masa. Tua atau muda sama sahaja.  Jemaah haji rayuan pun ada yang dah dapat surat tawaran untuk menunaikan haji. Tahniah dari kami ya.

Untuk memudahkan anda membuat persiapan boleh jalan-jalan tengok barang mana lagi yang tak cukup lagi. Tak payah keluar rumah tekan jer smartphone tu InsyaAllah ada stoknya nanti sampailah tu. Tuan puan boleh fokuspada urusan lain pula.

Sempena nak raya ni kami bawa masuk tudung labuh chiffon 2xl. Kali ini ada linin kat tepinya untuk menambahkan lagi keayuan pemakainya. Boleh lah match dengan jubah dan baju kurung untuk dipakai bertandang. Raya-raya jugak, aurat pun kena awasi jugakkan.


RM58




Tudung raya chiffon rose nie labuh 2XL dari jenis kain yang satu warna. cuma dikeliing tudung dijahit piping dari warna yang contra dan awning kat kepala pun warna yang kontra jugak ya.

Yang nak pergi umrah dan haji pula kami tambah lagi warna untuk cotton denim 3XL nie.

  • Warna hitam
  • Warna putih
  • Warna coklat
  • Warna royale blue
  • Warna emerald greend
  • Warja Biru kelabu

seperti selalu feel free to 
wassap Kak Hajjah 019-2883235



BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA