Tuesday, June 18, 2019

MINGGU INI NAK PROMOSI TELEKUNG LAH

Minggu ni kita nak promosi  untuk telekung-telekung designmusleema siapa nak ayokk cepat ya. Kain cantik yang berkualiti gebu-gebas ya. Belian rm100.00 ke atas ada free gift jugak. Post hanya untuk dalam Malaysia sahaja.

set jubah haji + telekung ziarah standard
rm150.00 sahaja termasuk pos
hitam dan putih jugak available ya.

sepasang telekung poket ziarah 
only rm170.00 dapat free sejadah muka


sepasang telekung poket ziarah hitam
 juga dapat free sejadah muka
rm170.00 sepasang


Telekung-telekung clearance stok
⇓⇓⇓⇓⇣⇣⇣









Telekung cotton sulam penuh
set display
RM250.00
RM160.00 (Tidak termasuk Pos)

Kain Sarung ada lining
Muka telekung smocking
Telekung ada lapik
Fabrik cotton yang berkualiti


Mini telekung ziarah cotton sulam
rm86.00
rm65.00
Muka saiz s dan smocking

Mini telekung ziarah cotton tetron
RM75.00 SAHAJA
rm55.00
Muka ada getah

BERMINAT BOLEH WASSAP SAYA
0192883235 - KAK HAJJAH

Monday, June 17, 2019

ITINERARI IBADAH ANDA SEMASA HAJI DAN UMRAH

Assalamualaikum selamat petang ya.

Kak Hajjah percaya masa ini hajah dan haji semua sibuk buat persiapan untuk haji dan umrah yang akan mula terbang awal Julai nanti.

Ada yang tengah cari beg besar, kasut dan label serta barang-barang nilai tambah untuk mudahkan urusan disana. Dalam kepala macam-macam yang dirancang,

Tetapi adakah tuan dan puan sudah merancang ibadah harian disana.  Disana adalah masa yang kita ada untuk diri sendiri dan hubungan kita dengan Allah swt. Di tempat asal kita sibuk dengan urusan kerja, urusan keluarga dan urusan jiran tetangga.

Disana tiada yang mengganggu kita saya percaya 100% tetapi jika kita tidak mempergunakan kesempatan yang ada, sangatlah malang sekali. Peluang kedua belum tentu hadir untuk kita bertamu lagi. Ada yang tak sempat untuk buat haji sudah dipanggil Kembali.

FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL (pepatah orang kampung Kak Hajjah).

So Kak Hajjah cuma nak share dengan bakal duyufur Rahman Initerary ibadah yang boleh jadi rujukan semoga ada manafaat untuk kita semua ya.

Pengarang asal tidak diketahui dapat dari grup wassap jadi kita share untuk reader blog kak hajjah

UNTUK KELENGKAPAN HAJI ANDA SILA KLIK DISINI

UNTUK TIPS PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI SILA KLIK DISINI YA



KAK HAJJAH WASSAP/SMS 0192883235

Artikel tertakluk kepada hak DESIGNMUSLEEMA.

Saturday, June 15, 2019

PROMOSI PROMOS PAKAIAN HAJI UMRAH

Sekarang masing dah sibuk buat preparation untuk pergi haji, anak-anak mula bizi tolong carikan barang untuk mak dan ayah yang tak pandai sopping online.

Sempena Syawal ni kita nak buat promosi price untuk set mini telekung poket dan jubah saper nak angkat tangan.

Ada dua kategori harga standard dan harga premium dan dapat free pos lagi ya.









ANAK TUDUNG @ INNER TUDUNG ANTI STRESS

Dah lama cari anak tudung tapi punya susah nak dapat, alhamdulillah sebelum Ramadhan dapat stok. Mula tak yakin dengan anak tudung ni tapi bila pakai sendiri. Wah memang best lah pakai. Memang selesa sangat. 


  • Tak panas
  • Tak berpusing-pusing
  • tak melorot
  • Tak berbau
  • Serap peluh


Harga agak tinggi sikit dari anak tudung biasa, tapi kita yakinkan kastemerr cuba ajer satu dulu pakai.
Masing-masing dengan muka yang kelat bayar jer satu. Dah dua hari kemudian masing-masing call nak 'repeat order' anak tudung bukan satu dan bukan dua. Masing-masing 3 - 4 helai sorang, Kak Hajjah pulak kecut perut takut stok tak cukup untuk Syawal.


Bila kampung berhari raya terus teringat nak order lagi risau ntah ada ker tidak. Sambil beraya sambil sopping. Berhantu betul penangan anak tudung anti stress nie.

Warna-warna anak tudung ni comel-comel belaka tu yang dia orang pakat rambang mata tu.


warna dari kanan
biru, maroon, milktea n pink

warna dari kanan
pink, dusty pink, blue black dan emerald

warna dari kanan
kelabu, mustand, nescafe dan light brown



warna dari kanan
hitam, nude, charcoal, light grey




warna dari kanan
dark chocolate, apple green and black

1 helai RM13.00
3 helai RM30.00
pos dari RM8.00


BERMINAT WASSAP KAK HAJJAH 019-2883235

Thursday, June 13, 2019

MAK SAYA NAK GI HAJI

Akak tak ingat saya ker, saya pernah beli barang umrah pada tahun 2016 dan 2017.  Sekarang saya nak beli untuk mak dan ayah saya. Dia orang dapat pergi haji tahun nie.  Boleh tolong saya sebab saya tak da pengalaman beri barang haji - Puan Khamsiah ipoh.

InsyaAllah Kak Hajjah bantu anda yang tak tau apa nak beli untuk digunakan semasa Umrah dan Haji satu kepuasan kepada kami untuk santuni anda.

Puan Khamisah dah memilih :-

2 pasang kasut tawaf renda
2 inner poket perempuan
1 baju pagoda
1 jubah putih
3 helai seluar haji

Sebagai penghargaan kami hadiahkan

1 sejadah muka
2 spray wudhuk
1 label bag.

Suka tak dapat free gift - semua orang suka betul tak?




KALAU ANDA MENCARA BARANG KELENGKAPAN HAJI ;
BOLEH KLIK KAT SINI
@ wassap saya Kak Hajah kat 0192883235

RAYUAN HAJI 2019

ALhamdulillah ramai sahabat Kak Hajjah yang dapat pergi haji, rayuan sudah pun diterima.

Masuk opis ramai yang wassap kami tanya barang-barang haji jugak, ada yang nak beli untuk parents dan ada yang shopping untuk diri sendiri.

Seronok dapat santuni anda semua, memang saya yang eksited bila pelanggan sya dapat pergi haji. Ada kepuasan di situ.

Biasalah saya akan screen dulu apa yang dia orang perlukan sesuai ker tidak dengan bakal pemakainya.

Dengar kabar flight pun dah tahu ya, alhamdulilah. Dalam bulan syawal ini kursus haji perdana akan diadakan.

Jika ada perlukan kain ihram untuk dibawa ke kursus perdana boleh wassap kami ya. Pengalaman sayalah abang-abang haji tak nak beli masa kursus asas haji. Bila esok nak gi Kursus Intensif dan Haji Perdana masa tu bang aji kalut cari. Sampai datang rumah pun tak pa nak dapatkan at least 1 set untuk dipakai.

Kak Hajjah pula suka benor dengan telekung poket kami terutama yang saiz ziarah tu. Saya selalu bagitau Kak Hajjah yang comel. Kalau anda renda beli ziarah jer cukup dah. Senang tak der lah nanti telekung tu tarik Kak Hajjah masa tawaf sebab tersepit celah orang ramai.

Rajin-rajin tengok kat top page kami tu klik jer one by one apa yang boleh dibeli nanti.

Jangan lupa baca tips walaupun dah lama tapi masih relevan lagi tau

Habis tawaf makan aiskrim memanglah heaven



Selesa sangat - puan nina

Wednesday, June 12, 2019

SALAM SYAWAL

Salam syawal baru dapat update punya lah sakan bercuti raya.

Kita officially open dah ya, Boleh lah nak merisik dan meminang mana-mana barang haji yang anda masih kekurangan untuk dibawa pergi nanti ya.

Saturday, May 18, 2019

SURAT PANGGILAN HAJI

Dah masuk pertengahan Ramadhan ramai bakal Jemaah haji tertunggu Tarikh penerbangan mereka. Selepas raya nanti akan ada kursus haji Perdana di negeri masing-masing.

Kakak dan abang dah semak barangan keperluan haji masing-masing.  Ada orang dah pernah pergi umrah jadi anda perlu menambah sahaja keperluan yang anda.

Sekarang peluang untuk pergi dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji hanya sekali, tetapi jika anda mampu mungkin boleh pergi lagi atas tiket FURADA.  FURADA atas tiket Jemaah antarabangsa. Tiada kaitan dengan LUTH.  Kos pun agak mahal jugak.

Kalau ada kurang berkemampuan pakej yang kita bayar tu sudah sudah mencukupi, extra perbelanjaan tu ikutlah kemampuan kita. Biar jer orang bimbit beg plastic shopping kiri kanan anda duduk iktikaf dalam masjid lama-lama.

Balik nanti bawak jer air zam-zam dan buah kurma dan sikit yang lain-lain ambik berkat kat Tanah Suci. Walaupun semua tu sekarang ada berlambak kat pasaran tempatan. Tapi takkan lah balik tangan kosong tak seronoklah kan.

Lagipun yang dibelanjakan disana pun dapat ganjaran disisi Allah ya.


Anda boleh klik dekat top page untuk barang-barang keperluan yang anda perlukan. Kami ada dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kecuali set sun protection tiada lagi dalam stok kami.

Kami menyediakan saiz yang plus small hingga plus size. Kami bukak untuk tempahan sekiranya Tarikh berlepas anda tu masih mengizinkan. Tapi untuk Ramadhan kami terpaksa hold semua tempahan untuk siapkan tempahan yang masih belum selesai.

Sekiranya anda memerlukan saiz kain ihram jumbo  kami ada stok 45 x 120 inci. Ataupun ada perlukan kasut tawaf yang terkini boleh cuba kasut tawaf sporty.

Nak citer kastemerr kami yang ada masalah saki tapak kaki telah padankan kasut tawaf sporty dengan insole yang di beli di farmasi anda boleh tanya disana harga dalam rm70.00 lebih seperti gel. Bukan insole biasa-biasa tu.

Kalau anda perlukan stoking yang special untuk kebas-kebas kaki bawa sekali stoking terapi vena walaupun Panjang sampai lutut tak panas sebab ada liang-liang Udara yang beli laluan pada Udara.






Friday, May 17, 2019

TELEKUNG RAYA UNTUK OMAK

Sebelum berbuka sempat sembang dengan omak kat telepun,   Mak berbuka kat rumah dengan adik. Tahun ni omak bagitau dia tak nak telekung putih dah banyak nak yang kaler-kaler pulak.

Telekung tu banyak tapi nak cari yang fit muka omak tu memanglah problem sebab omak dah tua muka dan mengecut.

Rasanya mana satu yang nak di hadiahkan ya???

Thursday, May 16, 2019

TELEKUNG SOLAT RAYA 2019

Dah masuk hari ke 10 puasa, kita dah masuk fasa kedua apa yang kita dah buat setakat ini. Sekadar mengingat diri sendiri jangan kita leka dalam keseronokan ya. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadhan lagi.

Biasanya fasa kedua ni masing-masing dah sibuk buat persiapan untuk Raya dah tu. Betul Kan, jangan tak mengaku tu.

Masa ini jugak kakak dan abang yang nak gi haji dah dag dig dug tu buat persiapan mencari apa lagi yang tak cukupnya.

Benda yang tidak akan dilupakan dah jadi acara wajib sama macam baju adalah telekung ya tak? Telekung solat tiap-tiap tahun bertukar. Kompemlah tu. Tahun lepas telekung siti khatijah, tahun ni telekung aleena pulak. 

Bosan cari pulak telekung vietnam copy SK katanya, ikutlah ada bajer tukar jer. Apa salahnya telekung aja pun betul tak. Yang lain tiap-tiap bulan kita tukar tak salah pun.

Nak tanya dah ada telekung solat yang berkenan ker? Sempena festival ibadah ni kami pun ada jugak jual telekung solat tambahan bulan May nie ada macam hari istimewa ada hari ibu, hari guru dan hari lahir tu confirmlah ada pun.

Kali ini kami bawa untuk anda telekung sulam viscose cotton yang comel sangat rendanya bidang telekung dan kain jugak besar tu. Tapi kalau extra besar sangat saiz 4xl - 5xl rasanya kain tu sendatlah sikit.

Kain viscose ni perlukan sedikit kerajinan ya silalah gosok selepas dicuci once uou dah gosok nampak gebu mak aii. jadi pilihan sebab kainya sejuk. Kita kan sekarang dalam fasa yang panas jugak kan.

Labuh telekung depan 46 inci, labuh belakang 54 inci 
ukur lilit kain 58 inci
Labuh Kain  46 inci
muka bergetah
Telekung Viscose Kelabu
RM160 Sepasang


Telekung Viscose Kelabu
RM160 Sepasang


Telekung Viscose Putih
RM160 SEPASANG


Telekung Viscose Biru
RM160 SEPASANG


Telekung Viscose Light Brown
RM160.00 SEPASANG


BERMINAT MEH WASSAP 0192883235
KAK HAJJAH YA


BULAN RAMADHAN SAHAJA ADA FREE POS YA.
SABAH DAN SARAWAK CUMA RM5.00


Thursday, May 9, 2019

DAH DAPAT PANGGILAN HAJI - SURAT TAWARAN HAJI DAH DITERIMA

Alhamdulillah syukur sangat ramai yang dah dapat rayuan haji nya. Kita ucapkan tahniah kat anda ya. 


Sahabat saya Kak Yang pun dah dapat tawaran haji, alhamdulilah syukur ramai sahabat kita yang dapat pergi haji tahun ini.

Sebagai tambahan kepada barang yang sedia ada beliau memesan sepasang telekung poket dan sepasang mini telekung ziarah putih untuk kegunaan di tanah suci nanti. Alhamdulillah ramai yang masih setia dengan telekung poket kami yang sangat ohsem kainnya.


Pilihan telekung favourite semasa haji di tanah suci adalah hitam dan putih. Tetapi kami juga ada telekung putih yang diberi sentuhan renda warna supaya tidak nampak terlalu kosong.

Harga telekung poket RM180.00 Sepasang dan
Harga telekung poket ziarah RM80 - RM120 bergantung pada pilihan rendanya.

Kami pos ke seluruh Malaysia cuma jangan tunggu hingga saat akhir kerana Sabah dan Sarawak dan kawasan yang agak pedalaman pos ambil masa untuk menyampaikannya kepada anda.

Untuk urusan haji sila bawa minima 4 helai telekung +1 kain sarung. Anda boleh mix telekung + telekung ziarah pendek.

Untuk tawaf kita tidak galakkan jemaah pakai telekung yang panjang kerana akan menyukarkan mereka untuk tawaf.

telekung poket renda premium - hitam'
rm180.00 sepasang
rm140 - telekung sahaja


telekung poket renda premium - hitam'
rm180.00 sepasang
rm140 - telekung sahaja


BELIAN TELEKUNG POKET SEPASANG - DAPAT HADIAH SEJADAH MUKA COMEL

BERMINAT BOLEH WASSAP 

- KAK  HAJJAH - 0192883235

Friday, May 3, 2019

MARHABAN YA RAMADHAN

Lusa dan nak sambut ramadhan mohon pada Allah kita sempat sambut Ramadhan nie ya.

Kami mohon maaf zahir dan batin andai kami tidak dapat menyantuni anda sebaiknya ya.

Tunggu kami ada specials untuk bakal tetamu Allah dalam bulan Ramadhan nanti.

Monday, April 29, 2019

TELEKUNG PASTEL RAMADHAN DAH TIBA

Next week dah masuk bulan Ramadhan, ramai yang dah planning nak beribadah, Ramai yang menunggu-menunggu saat untuk berpuasa bersama keluarga dan berjamaah Solat Tarawih.  Trend orang soping awal. Baju raya dah siap dah ticket nak balik raya pun dah siap. 


Telekung raya pun kena ada jugak, tapi lah ni orang lebih suka pakai telekung baru gi SOLAT TARAWIH tak tunggu pun raya tiba. Bulan Ramadhan boleh pakai tiap malam, hari raya cuma pakai pada solat sunat Hari Raya jer.


Telekung ramadhan nie multi purpose nak pakai solat tarawih ker, nak pakai pagi raya ker atau nak buat hantaran kahwin pilihan kami kali ini telekung sulam organza.

Telekung ini dari warna pastel yang sangat lembut dan menarik, sejuk mata memandang sedap badan memakainya. Fabrik rosella kami gunakan dengan padanan sulam bunga yang sangat cantik. 

Labuh dan lerang kain pun besar sesuai jugak untok orang saiz 3XL tu. 

Jahitan muka agak unik yer tiada menggunakan getah done worry cukup untuk orang muka lebar dan muka yang kecil. Kain sarung bergetah ya.


warna biru
RM230.00 sepasang

Warna creme
RM230.00


Warna hijau
RM230.00

Warna ungu
RM230.00


Warna peach
RM230.00


KAIN ROSELLA BUKAN JENIS KAIN COTTON TIDAK PERLU DIGOSOK

NAK MERISIK BOLEH WASSAP YA KAK HAJJAH - 0192883235

MINGGU INI KAMI ADA FREE POS 1 MALAYSIA

BELI DUA PASANG RM430.00

Tuesday, April 23, 2019

KASUT TAWAF SPORTY SEMAKIN HOT SALE



KASUT TAWAF SPORTY


Kasut tawaf ini semakin mendapat tempat dihati jemaah-jemaah haji dan umrah. Ramai yang dah menempah sebab tertarik dengan pandang pertama. Rekaan kasut ini memang comel sangat. 

Rekaan yang sporty ini sesuai untuk orang lelaki dan perempuan, cuma perlu dipastikan penggunaan bagi orang lelaki tidak melanggar larangan dalam ihram ya.

Saiz hanya untuk 36 - 46 sahaja. 
Tapak getah keras dan anti slip
Bahan lapisan tu campuran getah senang untuk dicuci dan tidak mudah basah.

Akhir-akhir ini kasut ini juga diminta oleh pesakit yang baru pulih dari stroke ataupun kemalangan untuk berlatih berjalan semula.

Kasut ini agak ringan dan mudah bagi mereka untuk mengangkat kaki dan memijak lantai.

Kasut tawaf ini sesuai untuk kegunaan outdooor dan indoor semasa di Masjidil Haram untuk tawaf dan saie. Tetapi tidak sesuai untuk dipakai ketika bersolat sebab tapaknya keras dan tidak flexible.

Pemakaian kasut tawaf sporty ini bagi wanita masih perlu dipakai dengan stokin untuk melindungi aurat kaki dari terselak samada dalam ihram ataupun diluar ihram.

Apa kata kastemer kami 

"Terima kasih kasut ini sangat membantu," Puan Mazdah

"Saya suka bentuk kasut ini menutup semua kaki, senang untuk menjaga suami saya yang sedang sakit dihospital" Puan Rusila

Cantik untuk dijadikan hadiah kepada bakal jemaah haji dan umrah ya.

Berminat boleh wassap Kak Hajjah ya - 0192883235

Harga sangat mampu milik cuma RM59.00 SAHAJA 
istimewa nak sambut Ramadhan RM100.00 untuk dua pasang
Pos Kami yang bayar - Malaysia sahaja

Sunday, April 7, 2019

PENGALAMAN PUAN NORMAH DENGAN JUBAH KAMI

JUBAH PUTIH





Kakak Normah jumpa kedai kita kat google.  Beliau nak beli jubah seluar untuk menunaikan umrah bila sampai kat rumah tersangkut pulak dengan jubah putih.

Alhamdulillah selesa sangat pakai jubah dan jubah seluar nie. Kak Normah fit untuk saiz 2xl.

Fabrik koshiboo sesuai sangat untuk jubah umrah.



15 warna yang cantik untuk dipilih selain hitam dan putih

1. creame
2. milo
3. dark brown
4.soft brown
5. sweet milo
6. dark blue
7. royal blue
10. emerald green
11, maroon
12. skyblue
13. dark grey
14. ash grey
15. deep turquise

Harga RM70.00 SEHELAI TIDAK TERMASUK P0S

wassap 0192883235




Monday, March 18, 2019

TELEKUNG COTTON CANTIK HARGA TERLAJAK LARIS

Kelengkapan haji dan umrah pun ada telekung berwarna-warni ya. Tapi stok ni limited jer tau.  Kalau rasa dah terpikat tu silalah cepat masuk meminang ya.



telekung smocking hitam
RM180.00 Sepasang
Ada saiz muka ya sebab jahitam smocking tidak bergetah dimuka
Muka Saiz M dan L sahaja
Labuh depan 34 inci
Labuh belakang 44 inci


close up jahitan keliling telekung


telekung smocking beige
RM180,00 SEPASANG
ada saiz muka ya sebab jahitan smocking tidak bergetah dimuka
Muka Saiz M dan L sahaja
Labuh depan tu 34 inci 
Labuh belakang dari kepala 44 inci


TELEKUNG TRAVEL COTTON

kami jugak ada telekung travel cotton yang sesuai untuk muslimat saiz tubuh kecil ke sederhana ya.
Kain yang selesa dan nyaman


PILIHAN WARNA TELEKUNG TRAVEL

Putih
Hitam
Pink
Royal Blue
Ungu
Hijau Emerald
Brown 
Magenta
Ungu Gelap

Harga RM49.00 sahaja


Tuesday, March 12, 2019

KASUT TAWAF SPORTY - PROMOSI BULAN REJAB SAHAJA

Kelengkapan haji tak sah kalau tak bawak sekali kasut tawaf. Saper setuju angkat tangan!!

Meraikan sokongan anda yang sentiasa mahu penambah baikkan "Please welcom Kasut Tawaf Sporty"

Apa kelebihannya sekali tengok dah terpikat kan...

1. Lebih bergaya dan sporty
2. Tapak getah lebih keras boleh digunakan outdoor dan indoor
3. Body material dari fabrik lebih keras dari velvet atau poly dan senang untuk dicuci.
4. Kena air tak basah.

Paling penting tu bila terpijak air ke atau terkena air tak lah basah tapaknya dan tidaklah licin.
Balik dari umrah boleh lah pakai kat dalam rumah atau keluar rumah. Kasut ni ada saiz saya nasihat ambik saiz besar sikit dari kasut anda sebab nanti anda nak pakai stokin.

InsyaAllah anda akan lebih selesa berjalan di dalam Masjidil Haram, bertawaf dan saie.

Nota :- Boleh pakai di luar masjid tetapi saya nasihatkan pakai ketika anda di pintu masjid untuk pastikan tiada najis pada Kasut Tawaf Sporty.

Dah ada yang bawa pergi umrah saya share feed kastemer. Alhamdulillah.

Bila ada produk baru saya pun berdebar sebab saya takut anda yang memakai jadi tidak selesa.


HAJJAH BARIAH - 0192883235
SAIZ - 36, 38, 40, 42, 44
RM59.00
OFFER RM49.00 
SEHINGGA 31/3/2019



Monday, March 11, 2019

ALHAMDULLILLAH DAPAT BER BLOGGING

Rindunya nak berblog..entah apa hal data tak cukup susah nak update barang dah banyak.

FEEDBACK DARI ORANG MUKAH - KELENGKAPAN HAJI UMRAH

Kelengkapan haji request dari orang Jauh nun di seberang Laut China Selatan. Puan Nur teruja sangat nak gi haji, dijadualkan pada tahun 2020. Tapi Puan Nur sangat positif, insyaAllah tahun ni Puan dapat pergi Haji. Sebab Kak Hajjah pun macam tu awal setahun dari tarikh.

First timer, Puan Nur minta nasihat Kak Hajjah. Kami share beberapa produk dan kasi link website supaya boleh tengok dan bajet untuk belian. 

Puan Nur senaraikan beberapa barang yang beliau perlukan. Beliau berminat dengan jubah seluar dan mini telekung poket kami. Kak Hajjah advice buat air mail sahaja sebab berat.  Alhamdulilah pos air mail tidak mengecewakan seminggu dah sampai ke Mukah.

Syukur sangat barang-barang yang saya hantar muat dan sesuai dengan beliau cer tengok feedback beliau. Puan Nur cuma share lebih kurang berat dan tingginya so Kak Hajjah boleh agak dah saiz beliau.

Terimakasih Puan Nur bagi peluang untuk kami santuni anda. Alhamdulillah ada tambahan lagi diperlukan.




Friday, February 8, 2019

HAJI DAN UMRAH WARNA JUBAH APA NAK PAKAI

Ramai kastemer akak tanya nak gi umrah and haji ini nak pakai warna pa.  Jawapan saya putih tu warna kegemaran Rasulullah. Tapi nak pakai warna lain tak da halangan pun kan. Cuma bila semua pakai jubah putih tu kan sedondon namanya.  Nampak cantik jer kan.

Koleksi mini jubah ni dah ada sejak last season cuma tak buat photo shoot jer. Sekarang kita nak lanjer awak gambar yang cantik-cantik ni tau. Cantik bukan sebab yang pakai jubah kita cantik tapi memang kain jubah kita ni cantik tau.

Kami ada saiz s hinga 3xl, cutting Malaysia so tak payahlah pening nanti jubah tak muat insyaAllah muat tau.

Ramai yang membeli dah tersuka tau.  Kita kadang tak sempat nak ambik gambar bila kena serbu dengan kastemer tu. 

Kain cotton jepun ni memang dah buat ramai orang tidur senyum jer sampai pagi tau.

Kemasan jubah ada renda kat hujung tangan dan hujung blouse tu
Ada poket kat tepi kiri dan kanan.

 Fabrik cotton jepun yang sangat ohsem

Jubah Putih dan Hitam juga ada 
untuk fabrik yang sama ya.

Mini Jubah - RM170.00
PROMO PRICE BULAN FEBRUARI

RM140.00 SAHAJA


JUBAH RM170.00
Promo price BULAN FEBRUARI


RM140.00 SAHAJA.

FREE GIFT :- TASBIH TAWAF DAN KASUT TAWAF

WASSAP 019-2883235 KAK HAJJAH

ANDA JUGA BOLEH REQUEST SEDONDON DENGAN MINI TELEKUNG ATAU TELEKUNG DARI FABRIK YANG SAMA



Tuesday, February 5, 2019

JUBAH-JUBAH HAJI BARU







Malam raya ni malas nak membebel panjang-panjang lah ya kita straight to the point ajer lah.
Sementara line internet nie sangat comel malam nie meh Kak Hajjah posting walaupun tak der orang nak tengok pun. Sumer duk atas jalan sekarang nie.

Selalunya orang nak gi haji dan umrah sinonim warna hitam dan putih kan. Tapi tak salah pun kalau bawak warna lain asalkan selesa di mata dan sesuai di badan.

Jubah baru ni fabrik koshiboo masa gi haji dulu pun saya bawak jubah kain ni jugak. Selesa dipakai dan tak perlu nak gosok pun. Tak jarang dan tak lekat pun.

Jubah ni cutting A cut dan ada getah di tangan senang nak ambik wuduk pun. Just pakai dengan seluar panjang kat dalam supaya tak terselak masa melangkah ataupun naik tangga.

Dari segi penjagaan pulak basuh dengan air biasa jer dan elakkan dari bergesel dengan bag sling yang dapat free tu. Sebab beg tu dari material yang kasar jadi boleh sebabkan berbulu kain jubah tu.

Boleh refer saiz chart kat bawah kalau nak pinang jubah nie. Saiz dari xs - hingga 5XL.

HARGA 1 HELAI RM89.00

HARGA 2 HELAI RM140.00

TIDAK TERMASUK POSTAGE YA.



wassap saya kat 019-2883235

KAK HAJAH

PSSST - Pakai gi solat pun best gak ni tau.

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA