Kenapa Pilih Mini Jubah bukan JUBAH?
- Mini Jubah kami memberi kemudahan kepada pemakainya untuk beribadah. Semasa melakukan ibadah umrah dan haji orang sangat ramai dan bersesak oleh itu lebih mudah memakai mini jubah kerana ia sangat ringkas dibandingkan dengan jubah labuh yang berjela-jela.
- Pergerakan lebih selesa dengan memakai mini jubah terutama untuk bertawaf dan bersaie dan berjalan dan melontar di Jamrah.
- Jemaah yang memakai mini jubah ini mengambil ruang yang sedikit ketika bersolat dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dalam keadaan sesak anda tidak menganggu orang lain dan pakaian anda selamat dari dipijak oleh orang yang lalu lalang.
- Kami menyediakan saiz untuk semua dari saiz S hingga Saiz 3XL. Kebanyakan pelanggan yang berbadan besar menempah mini jubah ikut saiz mereka sendiri termasuk juga yang agak rendah. Tempahan mengambil masa 7 hari bekerja.
- Fabrik dari jenis cotton comb yang sangat serap peluh selesa sangat-sangat dipakai.
- Mementingkan ciri-ciri keselamatan dengan menyediakan baju yang berpoket di dada untuk simpan barang penting. Mudah-mudahan terselamat dari pick pocket.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan