Tuesday, March 27, 2018

BENARKAH KASUT UMRAH HAJI MEMBANTU ORANG YANG SAKIT KAKI?

Nak citer masa akak nak pergi haji pada tahun 2015, Kak Hajjah memang ada masalah sakit lutut. Setahun sebelum tu dah dapatlah masalah tu. Faktor utamanya usia dan kecomelan tubuh badan yang tiba-tiba membulatkan. Tambahan pula Kak Hajjah bukan suka minum susu atau ambik vitamin, takut gemuk lagi konon.

Rezeki Allah swt bila dah membuak-buak sangat keinginan tu banyaklah berdoakan camane kalau sakit lutut dan sakit kaki. Bimbang sangat masa tarawih bulan Ramadhan yang solat wajib buat macam biasa yang sunat tarawih siap ada bangku dah.  Allah swt maha kuasa habis jer Ramadhan tu boleh dah turung perlahan-lahan solat macam biasa.

Masa kat tanah suci kita banyak berjalan kesana-kemari. Makan pun berjadual siap ada buah-buahan lagi tu maka berat badan pun menurunlah secara semuala jadi tak perlu ubat kurus. Tapi nak citer faktor kasut pun kena ambil kira pakailan kasut yang sesuai dengan kita yang selesa untuk berdiri lama dan banyak berjalan. 

Meh kita tengok camane kasut Medisole ni membantu jemaah yang ada masalah berat badan dan sakit lutut Medisole ini ada kasut lelaki dan perempuan ya.

Ada kasut yang kasual dan kasut yang formal untuk ofis, untuk cikgu dan cikgi dan untuk misi-misi jugak. Mereka ni kan golongan yang banyak berjalan dan kerja berdiri.

Bila dan sakit lutu `like it or not' memang awak terpaksa berkorban ringgitlah nak beli kasut yang selesa pakai tapi percayalah. Kasut yang mahal tu satu keperluan bukanlah satu pembaziran. Lagipun InsyaAllah tahan lama kecuali kena curi.









untuk panduan saiz ambil 1 saiz smaller dari saiz Malaysia ya

Sunday, March 25, 2018

KOMPLEKS TABUNG HAJI KLIA


Alhamdulillah dah siap dah Kompleks Tabung Haji yang baru di KLIA, tahun ini jangan ada yang sesat ke Kelana Jaya lagi.

Selesa lah sangat walaupun jauh sikitlah bagi orang Kuala Lumpur. Teringat masa nak pergi haji tahun 2015 dan last year menghantar kakak pergi haji. Kami naik teksi dari Stesen Putra Kelana Jaya sampai jer kat Kompleks Kastam tu dah terkemut-kemut teksi.

Tambang teksi meroket sebab sangkut dalam jamn. Dah tu pulak tak dapat nak masuk ke Komples Tabung Haji Kelana Jaya kami berhenti kat luar jerlah dan jalan kaki masuk ke dalam Kompleks Tabung Haji tu.

Now siap ada Hotel Movenpick lagi sayang oii. Teringat nostalgia menjadi penghuni Movenpick Madinah wah memang best.

Nak pergi sendiri rasanya tak merasakan pakej Umrah yang duduk kat Hotel Lima Bintang kat Makkah dan Madinah.

Kabarnya tahun ni quota haji dah ada 30 ribu lebih sedang menunggu lagi quota tambahan. Kak Hajjah doakan kakak dan abang yang pergi Kursus Haji tahun ni dapat jemputan dari Allah swt.

Jaga kesihatan ya stay fit dan comel.  Aura pergi haji ni memanglah hebat ya.



Friday, March 23, 2018

KASUT TAWAF UMRAH DAN HAJI


Untuk belian/pertanyaan stok whatsapp/sms 
Kak Hajjah @ tel : +60192883235



TERBARU!!
Kasut Tawaf Tinggi Atas Buku Lali
sepert pakai stokin
Material Velvet Spandex dan Tapak Anti Slip
RM16.00 SEPASANG

Warna Biru, Hitam, Coklat dan Kelabu

Kasut Tawaf Baru
Restok Had Tumit dengan warna kasut tawaf yang baru
Material Velvet, Spandex dan ada tapak anti slip

RM10.00
Warna Kelabu, Biru, Coklat dan Hitam


Kasut Tawaf Corak Restok!! Restok!!
Restok Had Tumit dengan warna kasut tawaf yang baru
Material Velvet, Spandex dan ada tapak anti slip

Warna Kelabu, Biru, Coklat dan Hitam

RM15.00

  • Kasut tawaf melindungi kaki dari pecah atau merekah, ramai pelanggan kami membeli kasut tawaf ini untuk kegunaan dirumah juga. 
  • Memberi support kepada hajjah yang sakit tapak kaki dan sakit lutut. Dalaman berspan memberi rasa selesa untuk berjalan dan berdiri lama dan kurang tekanan kepada lutut jugak. 
  • Kasut tawaf tinggi had buku lali tidak mudah tercabut ketika membuat aktiviti tawaf, saie dan bersolat juga. 
  • Kasut tawaf ini khas untuk kegunaan indoor sahaja tak sesuai untuk outdoor kecuali dipakai dengan kasut biasa diluarnya. 
  • Saiz kasut tawaf ini free size, tetapi setelah membuat beberapa penelitian kami dapati 
  1. kasut tawaf corak sesuai untuk muslimah hingga saiz kasut 7, 
  2. kasut tawaf velvet plain sesuai sehingga saiz kasut 10 
  3. Kasut tawaf polyester sesuai sehingga saiz kasut 10 
  • Kasut tawaf ini dari material velvet DAN polyester alas dalam pula adalah span, bila dipakai sangat selesa sebab membantu mengurangkan sedikit tekanan kepada kaki anda. 
  • Tapak pula ada anti licin, sesuai untuk tawaf dah saie kerana kasut ini mengelakkan anda dari tergelincir. 
Menjadi pilihan ramai jemaah wanita kerana kelebihan yang saya terangkan diatas.

testimony "kak hajjah sendiri bawak masa gi haji, kawan-kawan kak hajjah jugak mengakuinya"


Untuk belian/pertanyaan stok whatsapp/sms 
Kak Hajjah @ tel : +60192883235


COPY WRITING HAK CIPTA TELEKUNGMUSLEEMA

Thursday, March 15, 2018

UMRAH CUTI SEKOLAH DAH TIBA

Tak lama lagi sekolah dah nak coti. Ramai sahabat yang ambil kesempatan pergi umrah dengan famili dan sahabat.

Ada yang nak bawak anak-anaknya sekali. Ada yang nak bawa emaknya sekali.

Bulan Mac dah masuk Bulan Rejab jugak ya.  Semakin dekat nak Ramadhan makin rancaklah orang nak gi umrah. Diam tak diam dah semakin jugak untuk musim haji tahun 2018 ya. Tinggal kurang lebih 4 bulan jer lagi. Bagaimana dengan persiapan anda semua?

Bulan Mac cuaca dah tak berapa nak sejuk dah.  Anda janganlah bungkus baju-baju tebal banyak sangat nanti kembung beg tu. Umrah untuk cuaca yang dah semakin panas sila jangan lupa bawa pelembap kulit ya. Terutamanya kalau kat sini you all pakai product macam-macam. Sila bawa SUN BLOCK.

Mari kita buat checklist apa yang yang patut kita sediakan untuk Umrah cuti sekolah nie.

Untuk Jemaah Muslimat

1.  Bawak Telekung 2 helai
2.  Bawak Mini Telekung 1 helai
3.  Tudung Labuh 2 helai
4.  Mini Jubah sepasang atau 2 pasang
5.  Jubah 2 Pasang
6.  Seluar panjang - 2 helai
7.  Inner poket - 2 helai
8.  Kasut Tawaf - 1 pasang
9.   Stokin Solat atau tebal - 3 pasang
10. Stokin Wudhuk - 2 pasang
11. Sarung tangan - 2 pasang
12. Pakaian dalam secukupnya
13. Pantiliners atau pad - secukupnya
14. Spray Wudhuk - penting nie (ni selalu kak hajjah kasi free dengan belian barang)
16. Toiletteries - yang tiada wangian (terutama pelembap)
17. Sandal yang sesuai yer biar ada tapak tak licin. Kalau ada sakit kaki cari yang tapak tebal dan lembut
18. Tasbih Tawaf

#Pakaian pilih dari jenis yang tak jarang dan tak melekap. Kalau putih pastikan pakai inner baju atau inner seluar tu penting. Fabrik pulak jenis cotton, cotton tshirt, koshiboo, prada dan yang sesuai.


Mini Jubah



Untuk Jemaah Muslim @ Lelaki

1. Kain Ihram - 1 pasang
2. Kain pelekat tak berjahit - 2 helai
3. Seluar panjang - 2 helai
4. Baju Pagoda - 2 helai
5. Spray Wudhuk
6. Tali pinggang
7. Pelembap kulit
8. Sandal yang nampak 5 jari - macam capal tu pun ok jugak
9. Tasbih Tawaf (optional)

# Jemaah lelaki kalau ada kawan atau sedara mara yang pergi sama. Buleh share beli kain ihram 3 pasang kongsi 2 orang. Seorang akan dapat 1 1/2 pasang untuk gantian sekiranya kotor.



Baju Pagoda

Kain Ihram

WASSAP/PM/MESSAGE - 0192883235 KAK HAJJAH

Tuesday, March 13, 2018

MENJADI TETAMU ALLAH JUGA REZEKI

Bila kita dapat setiap hari yang baru tu lah rezeki. Kita masih boleh lagi bernafas itu rezeki, boleh menggerakkan setiap anggota tubuh badan itu rezeki.

Dapat kerja tu rezeki, dapat gaji tu rezeki. Ramai di luar yang masih lagi mencari kerja, masih lagi berjuang untuk menyara hidupnya.

Ada rumah tempat berehat tu rezeki, sebab ramai gelandangan lagi yang tak berumah. Ada orang yang dah pencen tak punya rumah. Kecik atau besar syukur alhamdulillah. Rumah besar tapi tinggal dua orang boleh main futsal kat dalam rumah sunyi jer.  Rumah kecik tidur himpit-himpit kat situ ada rasa kasih sayang dan ikatan yang erat.

Anak dapat masuk IPT tu rezeki, ramai anak orang yang gred bagus tapi tak dapat masuk sebab tak ada duit nak sambung pengajian. Berhenti belajar sebab nak jaga keluarga dan orang tua yang sakit.

Kita tak boleh hitung setiap rezeki yang Allah bagi kita kan!! Bersyukurlah

Hidup akan diuji dengan susah, sakit, resah gelisah sebab Allah swt nak lihat keimana dan kekuatan kita sebenarnya.

Hari ini dikejutkan dengan berita dari seorang customer yang dijangka patut pergi menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Malangnya pemergian terpaksa ditunda kerana ayahnya telah meninggal dunia baru-baru ini. Jadi terpaksa tunggu edah ibunya habis.

Apa yang buat Kak Hajah rasa sedikit sayu sebab barang-barang umrah untuk si Ayah anaknya dah beli dan dah dihantar pun kepada beliau.  Sebelum tu 2 -3 kali tertangguh penghantaran tu dan ayahnya berkali-kali tanya bila barang-barang umrah beliau nak sampai.

Barang yang dipesan kain ihram sepasang
Kain pelikat tak berjahit 2 helai
Seluar haji lelaki 2 pasang
Baju pagoda 2 pasang
Tasbih - hadiah
Spray wudhuk


Allahu Akbar moga anak dan isteri tabah ya.  Takziah dan Alfatihah

Ehsan google - barang umrah haji untuk lelaki


Thursday, March 8, 2018

SARUNG LENGAN STORY

Sarung lengan renda besar sangat disukai oleh adik kakak, datin-datin dan puan-puan semua.


Renda tu memang penambah seri kepada pakaian seharian anda ya. dia orang cakap outfit of the day.

Sarung lengan dari kain cotton yang sejuk ni muat semua saiz ya kecuali tangan yang extra gemuk tu. 

Panjang 7-8 inci jer bawah siku sebab kebanyakan wanita yang bertudung dan berbaju kurung tangan dah labuh cuma nak pakai sarung lengan untuk cover bahagian hujung lengan yang terdedah.

Bila memakai sarung lengan dan berstokin sudah melengkapi untuk solat dengan tudung labuh dan baju yang menutup aurat.

Ada banyak warna menarik hitam, putih, grey, pink cream, maroon, blue black dll.

SEPASANG RM15.00 SAHAJA








stongan atau sarung lengan cotton renda kecil dari kain cotton yang sejuk dan nyaman. 

Sesuai untuk cik adik dan cik kakak yang nak gi kerja, bersiar-siar dan beriadah yer. 

Kalau baju anda tu lubang lengan besar angkat jer terselak maka wajiblah anda memakai sarung lengan ni ya panjang sampai siku tau. ada getah kat pangkal lengan supaya tidak melorot turun.

Lagi satu aurat tu sampai ker pergelangan tangan baik tutup selengkapnya kalau dah bertudung ya. 

Anda cuma invest rm15.00 sepasang untuk selamat dari pandangan bukan mahram








 Warna dalam stok hitam, putih, kelabu, coklat, belacan, skin colour dan putih

SEPASANG RM15.00
3 PASANG RM40.00 SAHAJA

WASAP SAYA KAT 0192883235 KAK HAJJAH

Friday, March 2, 2018

TUDUNG LABUH UNTUK UMRAH

Tudung Kak Hajjah ni tak lah fofuler sangat orang tak kenal pun. Kadang orang jumpa secara accidently jer lah.

Promote pun tak, tak mampu lah iklankan.  So saya ambik pendekatan saya sendiri sajalah buat produk promote dan jual kat off line.

Tapi yang bestnya kami nie service customer, ada customer yang muka kecik dan ada jugak yang muka plus size. Ada customer nak tudung labuh ikut kesesuaian tinggi mereka.

Kami cuba sebaik mungkin untuk cuba "satisfy" customer.Alhamdulillah setakat hari ini semuanya berpuashati.

Ukuran tudung pula ada XL - 23 inci, 2XL - 26 inci dan 3XL - 28- 29 inci (upon request sahaja)

Pilihan fabrik pula kami gunakan lycra, denim, moss crepe dan chiffon.

Alhamdulillah customer kita memanglah baik hati semua ya, apa hal pun buleh bawak runding juga.

Macam tudung kat bawah nie, customer request nak beli untuk mak sedara dia nak tudung dua xl tapi nak buat tali macam telekung ziarah. Muka mintak macam tudung tak nak kedut-kedut atau getah bagai.

Untuk naikkan seri kami jahit piping atau kun kat atas tudung biar nampak terserlah ya.

Baby Blue - Saiz 2XL
Labuh 26 INCI

Kelabu saiz 2xl
Labuh 26 INCI


Maroon saiz 2xl 
Labuh 26 inci

Puan Zalina pula memang tak pernah pakai tudung lycra beliau cuba satu helai dulu warna putih.  Alasannya lycra kain yang melekat kat tubuh. Tapi kerana beliau saiz medium tudung lycra tidaklah memberi impak bentuk badan bila dipakai. 

Next order beliau memesan warna light brown dan warna cafe.

Light Brown
Labuh 26 inci

Cafe 
Labuh 26 inci.

Sahabat FB Puan Rohana first order mintak kami jahit tudung ikut ukuran beliau sendiri. Dengan kecanggihan smart phone beliau bagi ukuran sendiri. Alhamdulilah beliau berpuas hati dengan tudung kami.

Kalau nak tau lanjut klik jer kat link tudung labuh 

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA