Khamis, 15 Mac 2018

UMRAH CUTI SEKOLAH DAH TIBA

Tak lama lagi sekolah dah nak coti. Ramai sahabat yang ambil kesempatan pergi umrah dengan famili dan sahabat.

Ada yang nak bawak anak-anaknya sekali. Ada yang nak bawa emaknya sekali.

Bulan Mac dah masuk Bulan Rejab jugak ya.  Semakin dekat nak Ramadhan makin rancaklah orang nak gi umrah. Diam tak diam dah semakin jugak untuk musim haji tahun 2018 ya. Tinggal kurang lebih 4 bulan jer lagi. Bagaimana dengan persiapan anda semua?

Bulan Mac cuaca dah tak berapa nak sejuk dah.  Anda janganlah bungkus baju-baju tebal banyak sangat nanti kembung beg tu. Umrah untuk cuaca yang dah semakin panas sila jangan lupa bawa pelembap kulit ya. Terutamanya kalau kat sini you all pakai product macam-macam. Sila bawa SUN BLOCK.

Mari kita buat checklist apa yang yang patut kita sediakan untuk Umrah cuti sekolah nie.

Untuk Jemaah Muslimat

1.  Bawak Telekung 2 helai
2.  Bawak Mini Telekung 1 helai
3.  Tudung Labuh 2 helai
4.  Mini Jubah sepasang atau 2 pasang
5.  Jubah 2 Pasang
6.  Seluar panjang - 2 helai
7.  Inner poket - 2 helai
8.  Kasut Tawaf - 1 pasang
9.   Stokin Solat atau tebal - 3 pasang
10. Stokin Wudhuk - 2 pasang
11. Sarung tangan - 2 pasang
12. Pakaian dalam secukupnya
13. Pantiliners atau pad - secukupnya
14. Spray Wudhuk - penting nie (ni selalu kak hajjah kasi free dengan belian barang)
16. Toiletteries - yang tiada wangian (terutama pelembap)
17. Sandal yang sesuai yer biar ada tapak tak licin. Kalau ada sakit kaki cari yang tapak tebal dan lembut
18. Tasbih Tawaf

#Pakaian pilih dari jenis yang tak jarang dan tak melekap. Kalau putih pastikan pakai inner baju atau inner seluar tu penting. Fabrik pulak jenis cotton, cotton tshirt, koshiboo, prada dan yang sesuai.


Mini Jubah



Untuk Jemaah Muslim @ Lelaki

1. Kain Ihram - 1 pasang
2. Kain pelekat tak berjahit - 2 helai
3. Seluar panjang - 2 helai
4. Baju Pagoda - 2 helai
5. Spray Wudhuk
6. Tali pinggang
7. Pelembap kulit
8. Sandal yang nampak 5 jari - macam capal tu pun ok jugak
9. Tasbih Tawaf (optional)

# Jemaah lelaki kalau ada kawan atau sedara mara yang pergi sama. Buleh share beli kain ihram 3 pasang kongsi 2 orang. Seorang akan dapat 1 1/2 pasang untuk gantian sekiranya kotor.



Baju Pagoda

Kain Ihram

WASSAP/PM/MESSAGE - 0192883235 KAK HAJJAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA