Sabtu, 8 Julai 2017

SYAWAL BULAN RAPATKAN SAF

Rapatkan saf tertarik dengan tagline TV ALHijrah.  Kenapa nak rapat-rapat? Dalam solat jemaah imam selalu suruh supaya kita rapat-rapat jangan putus saf jangan ada ruang. Bahu bertemu bahu, bab kaki pun kena tapi kita ni macam-macam saiz badan ada buleh jaga bahu tu rapat dan bolos sudah terbaik dah tu.

Kesiannya bila ada jemaah yang agak tegar nak berdiri rapat-rapatkan?  Pelik sepatutnya pandang kiri dan kanan tengok ada ruang tak yang kosong bolehlah bergerak ke kiri dan ke kanan nak rapat-rapat. Ini tak pandang belakang tengok orang belakang bergerak kehadapan untuk penuhkan ruang yang lompong tu.

Hinggakan ada kejadian budak kecik buleh berjalan diantara saf-saf buleh merangkak di antara saf-saf bayangkan betapa longgarnya saf. Semua jemaah bukan budak-budak tetapi orang dewasa!!! Sampai begitu sekali Allah swt nak bagi pengajaran betapa buruknya saf jemaah kat tempat berkenaan.

Tepat sangat macam tagline kat tv tu orang tu bukan ada masalah kaki tetapi masalah hati.

Bila bahu bersentuhan selalu tak kan hati tu beku betul tak? Solat jemaah 5 waktu berdiri rapat-rapat tak kan tak kenal siapa dikanan dan dikiri kita. Mesti kita kenal saudara sejemaah kita kan? Ukhwah terjalin dan wujudnya kesatuan hati dan kesepakatan. Barulah berkembang jemaah kat suatu kariah tu.

Bulan Ramadhan kita bersesak dan berhimpit-himpit merapatkan saf dari 1 Ramadhan hinggalah akhir 29 Ramadhan. Pesta ibadah hingga lewat pukul 11.00 malam, bersambung tadarus dan qiam. Masjid surau penuh walaupun tak sesak dihujung Ramadhan tapi masih meriah. Amalan baik berganda-ganda, sedekah mencurah-curah. Tapi dimana kita bila Syawal datang. 

Masjid Surau jadi lengang, jemaah kembali hanya dua saf sahaja. Kuliah maghrib tak sampai pun 15 orang yang mendengar.

Apakah selama 30 hari kita bertungkus lumus memeriahkan rumah Allah swt tu tidak menjadi medan tarbiah untuk kita berubah. Kenapa selepas Ramadhan kita masih orang yang lama. Apakah sebenarnya kita ini orang yang gagal. Syawal bulan kemenangan apa bila kita masih di takuk lama maksudnya kita gagal lagi.

Mari kita fikir-fikirkan apakah kejayaan tu hanya dengan pakai baju baru, solat aidilfitri sahaja, berkonvoi berhari raya selama 30 hari cukup.

Jangan biarkan dalam kemeriahan Syawal kita kembali kepada sikap yang lama. Mari kembali ke rumah Allah untuk merapatkan saf.

Walaupun semua sibuk ber"open house" dalam bulan Syawal, mari kembali meriahkan masjid dan surau kita sampai kita rasa lelah sangat beribadah dan tuntut ilmu. Penat lelah kita tu hanya satu hari setengah sahaja dalam kehidupan akhirat nanti.

Peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA