Kakak Hajjah dan Abang Haji dah ramai yang dapat flight detailnya. Di sana sini dah mula kenduri doa selamat untuk mengerjakan haji. Kabarnya 23hb Julai mulanya pernerbangan haji untuk 2017.
Di kejiranan Kak Hajjah pun ada sahabat yang dapat menunaikan haji pada tahun ni, kakak saya sendiri pun dah dapat menunaikan haji penerbangan beliau pada 25hb Julai jam 12.58 pagi. Jangan terkeliru bila kena lapur diri selepas tengah malam terutamanya bila kat surat tu tercatit 12.58 am selepas tengah malam hari. Minggu ni balik kampung buat kenduri doa selamat
Check betul-betul ya sebab orang nak pergi haji bila sampai stage akhir dia dah jadi gemuruh atau nerbes kata orang tu. Orang utara kat gelibang gelibu dah..pengalaman sendiri lah tu. Masa ini peranan keluarga terdekat dan orang serumah tu penting jangan kasi lebih pressure kat dia orang. Nanti meleleh air matalah pulak.
Balik bab kenduri doa selamat tu, ada yang buat kat rumah dan ada yang buat kat surau. Tak kesahlah kan kat manapun. Kita yang dijemput marilah pergi ramai-ramai untuk mendoakan bakal-bakal duyufur rahman kita nie.
Kalau kat kampung tu ada 4 - 5 orang yang dapat penuh lah itinerary pak imam dan caterer nak membantu tuan rumah ni.
ihsan google Kenduri Doa Selamat |
ihsan google Zaman sekarang kenduri buffet jer dah tak ada kakitangan nak tolong orang muda kecuali anak tuan ruman tak suka gi kenduri |
ala carte @ hidang Zaman dulu-dulu masa akak muda-mudi merasa lagi hidang ni Orang sekarang panggil ala-carte |
Alhamdulillah saya masih ada mak, jadi mak saya yang handle pasal kenduri. Walaupun umur dah 70 tahun lebih pasal kenduri-kendara memang beliau event manager yang hebat. Macam saya kata memang dah tak nak tahu benda-benda kecil, mindset tu dah fikir kat Kelana Jaya jer.
Kalau kat Malaysia ni tradisi orang Melayu masa kenduri ni banyaklah salam kaut, tapi kami bakal haji tak harap tu semua. Kami harapkan kehadiran sahabat dan sedara untuk mendoakan dan bermaaf-maafan kita nak sebelum pergi tu kita dah lepaskan segala-galanya yang terbuku dalam hati tu.
Tapi kalau anda boleh membantu dengan seikhlas hati apa salahnya, saya pernah mendengar masa kursus-kursus haji ada jemaah yang beban kewangannya agak ketat. Mungkin sumbangan anda tu boleh membantu keluarganya yang tinggal di Malaysia. Maklumlah tukaran sekarang pun tinggi ringgit dah mengecil.
Lagipun mudah-mudahan pemberian kita yang ikhlas tu dapatlah kita berkongsi pahala. Nanti bila balik penuhlah tu goodie beg buah tangan untuk sahabat handai, Kak Hajjah dan Abang Haji jangan beratkan beg dengan buah tangan untuk orang yang tinggal, kami cuma harapkan kalian semua sihat dapat beribadah dengan baik. Kalau umur panjang kita berjumpa lagi.
Kalau ini pertemuan kita yang terakhir semoga kita bertemu di Jannah. Jika bukan kalian, mungkin kami yang tinggal ni pergi dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan