Thursday, December 21, 2017

TIPU PAKEJ UMRAH - SIAN BUSUK NAMA KAK TON

Lagi kes tipu pakej umrah. Kali ni di Felda Keratong pulak ya, angkara 'Kak Ton' pulak.  

Sian kat Kak Ton busuk dah namanya.  

Lebih kesian pada mangsa yang terlibat beribu duit yang disimpan bertahun lebur begitu sahaja. Pedih jerih nak simpan duit dengan harapan segunung intan nak menjadi tetamu Allah swt.

Bersabarlah sayang Allah akan gantikan kerugian mu dengan nikmat yang berganda-ganda ya.  Mungkin belum tiba masanya untuk ada menjadi tetamu atau Allah swt ingin lihat kesabaran kamu tu.

Berhati-hatilah ya sahabat dengan agen umrah ni.

1. check profile individu terbabit. Ambil salinan kad pekerjanya dan kalau dapat salinan pengenalan sekali, alamat yang betul berserta mobile atau ofis no nya..
2. check profile syarikat yang diwakili, tengok lokasi di mana, no telefonnya. Minta penyata kewangan 3 tahun dan lapuran audit report untuk pastikan kedudukan kewangannya kukuh.
3. Periksa pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan juga.
4. Testimoni pelanggan sangat penting untuk check service dan penginapan yang disediakan.


Itu sahaja serba sedikit cadangan dari Kak Hajjah semoga bermanafaat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ROMPIN: Seramai 48 individu termasuk peneroka FELDA Keratong, dekat sini, mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 ditipu seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Ton' yang menawarkan pakej umrah.

Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal bulan ini, membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, di sini, hari ini. Seramai 22 mangsa membuat laporan hari ini.

Difahamkan, Kak Ton adalah wakil syarikat berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula akan bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu berkenaan mengerjakan umrah.


Seorang mangsa, Noorkhamilasari Samah, 36, mendakwa dia membayar RM30,000 bagi pakej berkenaan yang membabitkan enam ahli keluarga termasuk dirinya.


"Kami membuat bayaran penuh pada November 2016 dan semua persiapan sudah disediakan... memang teruja kerana ini kali pertama mahu menjejakkan kaki ke sana (Makkah).

"Namun, wanita bergelar 'Kak Ton' tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai status pakej seperti kursus umrah atau tarikh untuk berlepas.

"Selepas kami bertanya, barulah dia memberitahu bahawa tidak dapat menguruskan pemergian kami ke sana kerana wang tidak mencukupi," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Seorang lagi mangsa, Izzat Fahmi Abdullah Sani, 26, mendakwa Kak Ton meminta jumlah bayaran yang berbeza daripada individu yang berminat menyertai pakej umrah berkenaan.

Dia membayar RM9,000 untuk dirinya serta ibu bapanya manakala ada individu lain yang membayar RM4,000 seorang.

"Kami ada mengajak Kak Ton untuk bertemu dan menjelaskan masalah yang dihadapinya sehingga gagal menguruskan pakej umrah, namun dia seperti mengelak dan memberi banyak alasan.

"Sebelum ini, dia ada membawa beberapa kumpulan jemaah lain ke Tanah Suci dan tiada masalah. Jadi atas dasar percaya kerana dia berasal dari FELDA Keratong, itu antara faktor kami menyertai pakej umrah yang ditawarnya," katanya.

Izzat Fahmi mendakwa mendakwa syarikat itu gagal menguruskan urusan menghantar jemaah umrah kerana dipercayai menggunakan wang berkenaan sebagai modal perniagaan syarikat.

"Kita membuat laporan polis bagi mendapatkan semula wang itu dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Kak Ton," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/366204/kak-ton-tipu-peneroka-felda-keratong

Tuesday, December 19, 2017

TUDUNG LABUH UMRAH MUSIM SEJUK

Lama tak share tudung-tudung labuh umrah kat blog nie. Bukan tak buat, tapi banyak jualan kat booth dan fesbook jer.

Kita ada koleksi tudung labuh umrah chiffon, bubble crepe, lycra dan moss crepe. Kita jugak ambik tempahan untuk customer yang muka comel ataupun muka lebar.

InsyaAllah bila dah kena dengan saiznya kebanyakan customer kami datang lagi. Tetapi kami lebih kepada tudung sarung atau tudung sarung dua tingkat.

Kelebihan tudung labuh umrah ni senang dan ringkas untuk online customer kebanyakan dia orang lebih suka yang sarung terus terutaman kain jenis moss crepe dan lycra tu.

Tudung dua tingkat lebih kepada customer walk in kerana jenis kain yang kurang memeri nanti muka tu tak dapat nak betul-betul suit.

Kelebihan tudung dua tingkat pula tak jarang, flowy dan tidak melekap pada tubuh, anyway kami sedia beri nasihat pada anda yang berminat dengan tudung-tudung kami.

Tudung labuh warna putih pula double layer bubble chiffon/crepe dengan lycra. Berat sedikit tetapi tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk dada jemaah muslimat.

Labuh tudung umrah ada dari saiz XL hingga 3XL.
Labuh XL - 23 inci,
Labuh 2xl - 26 inci,
Labuh 3xl - 28 - 30 inci ya.

Trending sekarang tudung ada soft awning dan berdagu ready solat. Anda hanya perlu letak pin di belakang tudung semat pada baju supaya ketika sujud tudung tidak jatuh ke depan ya.



Tudung Labuh Umrah - awning kain denim
Warna Coklat
Fabrik Chiffon
Saiz 2xl
RM55.00


Tudung Labuh Umrah - awning kain denim
Warna Kelabu
Fabrik Chiffon
Saiz 2xl
RM55.00
Tudung Labuh Umrah - awning kain denim
Warna Pink
Fabrik Chiffon
Saiz 2xl
RM55.00

Tudung Labuh Umrah - awning kain denim
Warna Ungu Orkid
Fabrik Chiffon
Saiz 2xl
RM55.00

Labuh 2xl - 26 inci, 

berminat boleh 
wassap Kak Hajjah di talian 0192883235


Tudung Labuh Umrah -
Warna Hitam
Fabrik Chiffon
Saiz 3xl

Labuh 3xl - 28 - 30 inci ya.



Warna Hitam dengan kemasan tepi lace
Fabrik lycra
Saiz 2xl
RM65.00

Labuh 2xl - 26 inci, 


Warna Putih. double layer bubble dan lycra.
Fabrik lycra
Saiz xl - rm55,00
RM65.00

Labuh 2xl - 26 inci, 


berminat boleh 
wassap Kak Hajjah di talian 0192883235

KOLEKSI TUDUNG LABUH KLIK SINI


Monday, December 18, 2017

IMAMS Dibatalkan - Terimakasih Kerana Tidak Menambah Luka Hati Rakyat


Tindakan tepat batalkan IMAMS
Mohd. Rafie Azimi

17 Disember 2017 3:02 PM


ALOR SETAR 17 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyanjung tinggi tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyatakan persetujuan supaya pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan serta merta.



Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sekiranya diteruskan, sistem tersebut dilihat hanya membebankan rakyat. 



“Pelaksanaannya dilihat terlalu terburu-buru dan tidak rasional. Apabila Perdana Menteri bersetuju dengan pembatalan tersebut, ini membuktikan yang beliau sentiasa peka serta menitikberatkan keadaan semasa dihadapi rakyat. 


“Dalam keadaan rakyat dibebani oleh kenaikan kos sara hidup dan faktor luar jangka yang lain, kami amat berharap supaya pelaksanaan sebarang sistem atau dasar akan mengambil kira kepentingan serta sensitiviti rakyat terlebih dulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Tambahnya, sekarang bukanlah masanya untuk mana-mana pihak menambah beban rakyat dengan setiap insiatif yang mahu diambil perlu dinilai baik buruknya secara teliti. 


“Alasan kononnya inisiatif ini dapat menambah perbendaharaan kerajaan adalah sesuatu yang tidak setimpal dengan beban tambahan kepada jemaah umrah. Reaksi rakyat sudah boleh menjadi kayu ukur kepada usaha yang semberono dan membuta tuli seperti ini. 


“Kami percaya bahawa inisiatif ini menampakkan kelemahan sistem nilaan perolehan kementerian berkaitan. Sepatutnya pihak kementerian mengambil kira impak politik dan dalam masa sama mengkaji beban kewangan dihadapi rakyat secara keseluruhan,” katanya. 


Beliau menegaskan, pihaknya konsisten dalam menolak sebarang usaha menambah beban rakyat melalui khidmat yang belum jelas atau bersifat ‘atas angin’. 


“Jika pemantauan menjadi isu, langkah memperkenalkan lesen khas kepada syarikat pengendali pakej umrah sudah memadai dengan sebarang penambah baikan sistem secara belakang tabir (back end system) wajar dilihat semula supaya tidak membebankan jemaah,” katanya.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tindakan-tepat-batalkan-imams-1.574606#ixzz51X7KBOjF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kami dah cukup terseksa dengan 1001 gst dan cukai yang terpaksa dibayar. Jangan buat rakyat jadi loya dan meluat. 

Jangan pula batal yang ini muncul yang lain selepas PRU nanti. Sudah cukup hati kami hamba rakyat dilukai.

Orang yang kelaparan dan susah selalu buat unexpected tindakan! Nak ingatkan saja!

Wednesday, December 13, 2017

WUDHUK DENGAN SPRAY MASA UMRAH HAJI


Semoga bermanafaat, untuk anda semua 

Orang Malaysia dah biasa guna air banyak, bila travel kat negara Arab air sikit. Kalau pergi tempat mat saleh pun toilet depa kering boleh view video ni.

Moga bermanafaat untuk kita semua ya.

Untuk pesanan spray wudhuk boleh contact Kak Hajjah ya. Wassap 0192883235

note - gambar kita upload ya



Tuesday, December 12, 2017

UMRAH MUSIM SEJUK

Ramai sahabat-sahabat Kak Hajjah yang mendapat jemputan sebagai tetamu Allah swt untuk musim sejuk dan cuti sekolah nie. Ada jugak yang dah selamat balik ke Malaysia. Tahniah kat anda semua ya.

Walaupun musim sejuk tapi anda semua jangan bimbang tak sampailah tahap freezing gitu. Kata kawan sedap-sedap jer cuacanya nyaman sesangat. Selesa nak beribadah. Berita terkini kat Madinah memang sejuk jadi makcik-makcik bawalah baju sejuk dan juga pelembab ya sebab kulit mengering nanti. Tapi tak perlu bawak baju sejuk yang bulu-bulu tu.


Setiap kali tengok depa update status membuak-buaklah rasa hatinya nak turut serta cuma masa tidak lagi mengizinkan saya untuk turut serta. InsyaAllah saya akan sampai jugak ke sana nanti.

Menurut grup Imtiyaz yang berada di sana ada jemaah mereka yang meninggal semasa di Madinah. Allahu Akbar di semadikan di tempat mulia tempat bersemadinya Nabi Muhammad S.a.w dalam bulan mulia pulak tu bulan Rabiulawal.

Menurut sahabat meninggal dalam tidur masih muda lagi seorang jemaah lelaki yang berumur 40 an. Datang berdua dengan isteri balik sendirian, walaupun berat kaki melangkah pulang tapi itu ketentuan Allah s.w.t


Pada yang pergi dengan anak kecik tu tahniah kerana anda memang parents yang hebat, sabar nak layan karenah anak kecik dicelah kemeriahan manusia yang ramai tu.

Apa yang customer online request most dari Kami adalah:-

1. Mini telekung poket
2. Telekung poket juga termasuk
3. Mini Jubah sepasang dan seluar
4. Kasut tawaf - ada poly dan velvet material
4. Inner berpoket
5. Baju pagoda berpoket
5. Telekung poket juga termasuk
6. Sarung tangan kami yang sangat cool
7. Tudung tawaf berlengan
8. Tudung labuh juga
9. Seluar haji lelaki dan perempuan.
10. Stokin solat
11. Stokin wudhuk
12. Spray wuduk
13. Kain Ihram + Tali pinggang

yang lain juga ada, selalunya yang lain-lain sudah ada cuma nak tambah sikit-sikit ja.


Mini Jubah - Umrah Musim Sejuk



Monday, November 27, 2017

CARA PAKAI PAKAIAN IHRAM

MEMAKAI PAKAIAN IHRAM LELAKI DUA HELAI KAIN LEPAS (TIDAK BERCANTUM) SEHELAI DI PAKAI UNTUK MENUTUP AURATNYA DIANTARA PUSAT DAN LUTUT DAN SEHELAI LAGI DIBUAT SELENDANG. DISUNATKAN BERWARNA PUTIH


Di anjurkan juga membawa kain ihram ni satu set setengah.. Cari geng untuk beli 3 set, tiap sorang ambiklah 3 helai kain ihram tu.

Kain ihram ini dari jenis cotton, macam kain tuala tebal tu. Lelaki tidak buleh pakai pakaian yang berjahit no jarang-jarang k nanti telus mata susah hati mak haji kat belakang.

Dipakai dengan tali pinggang haji yang keras tu putih atau hijau tu

Sebab jika kotor boleh berganti.


Thursday, November 23, 2017

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MINI JUBAH

Mini Jubah Haji Cotton
STATUS STOK - PRE-ORDER
ADA WARNA HITAM DAN PUTIH
Saiz M hingga 3xl

RM200.00 SAHAJA

TETAPI

HARGA PENGENALAN
OFFER PRICE RM180.00
SEPASANG DENGAN SELUAR

Seluar Haji Cotton
Warna Hitam dan Putih sahaja
Saiz  L hinggal 3XL


RM49.00


BERMINAT WASSAP JER KAK HAJJAH

Assalamualaikum dan very good morning kat semua.

Tak sabor lah nak share dengan you all semua kita dah ada stok mini jubah cotton sekarang tau

Ada permintaan adik kakak kata demo nak comel lagi nak ado sulam-sulam sikit kat baju tu so kain pun nak cuba memenuhi permintaan semua.

Ada jugak yang takut nau nak pakai kain cotton tshirt katanya lekat kat badan. 

So pada yang nak mini jubah yang comel ada renda kerawang-kerawang buleh cuba nie tau ya. Kain pun sedap pakai. Seluar jenis pinggang getah buleh masuk sampai saiz 2xl ya. Nanti kita provide saiz sebenar ya sebab ni bukan kain tshirt jadi tak memeri.

Mini jubah kain cotton ni anda kena pakai dengan inner poket tu jika nak pakai dalam cuaca sejuk. Sebab kain cotton tak tebal macam kain cotton tshirt ya. Nanti nampak jarang dan nampak bayang ala manja-manja gitu.

Sekarang kita belanja satu gambar dulu ya.Orang putih kata teaser biar korang buleh budget dan berangan-angan dulu tawaf pakai set mini jubah cotton ni ya. Bayangkan lah korang tengah duduk kat Raudhah ker tengah tawaf kat Dataran Kaabah ker, tak salah berangan benda yang baik-baik ya.

SELUAR HAJI COTTON WARNA HITAM DAN PUTIH READY STOK BOLEH ADA KALAU ANDA MUAT UKURAN YANG SAYA PROVIDE KAT BAWAH YA.

Seluar Haji Cotton
Warna Hitam dan Putih sahaja
Saiz L hinggal 3XL

RM49.00
pre - order only
Kain PradaKing

KITA JAHIT IKUT SAIZ BADAN ANDA
BERMINAT WASSAP JER KAK HAJJAH

UKURAN SELUAR

Saiz 3xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 46-48 inci
Peha - 28 inci
Labuh - 37 inci

Saiz 2xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 44 - 46 inci 
Peha - 26 inci
Labuh - 37 inci

Saiz xl
PINGGANG strecth sampai 38 inci.
Pinggul - 44 inci
Peha - 25 inci
Labuh - 36 inci

saiz l
PINGGANG strecth sampai 34 inci.
Pinggul - 42 inci
Peha - 24 inci
Labuh - 36 inci


Wednesday, November 22, 2017

KURSUS HAJI 1439 HIJRAH BERSAMAAN 2018

Minggu kursus haji dah mula, dah daftar ke belum?

Secara rambang dari pemerhatian kami, kursus haji banyak dijalankan serentak pada hari Sabtu, jadi kepada yang bekerja cuba check Kursus Haji yang dikelolakan oleh Masjid sendiri yang bukan diuruskan oleh Tabung Haji.

Selalunya Kursus Haji Swasta pada hari Ahad.  Kursus dijalankan sebanyak 17 siri.

Cuba pusing kelilling tengok banner dikawasan tuan puan. Di mana yang lebih selesa nak berkursus haji.

Di kawasan kami area Setiawangsa/Keramat dan Hulu Klang. Boleh pergi kursus kat:-

Masjid Muaz bin Jabal - Di bawah Tabung Haji
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah - Di bawah Tabung Haji
Masjid Al Ansar- Di bawah Tabung Haji
Masjid Usamah Zaid - Swasta
Masjid Al Hidayah Baru - Swasta
Masjid Assobirin - Swasta

Ada sedikit bayaran dikenakan untuk refreshment, bakal jemaah haji kena check dengan pengurusan berapa bayaran yang dikenakan itu.

Semoga bermanafaat untuk semua. Selamat Berkursus dari Kak Hajjah, bila dah pergi kursus haji, niat anda dah tertulis hanya menunggu tarikh sahaja.

Kepada yang nak merayu sudah boleh submit rayuan anda tu kepada Pengurusan Tabung Haji, ada yang dah dapat surat Kak Hajjah ucap tahniah. Semoga niat anda untuk menunaikan haji kesampaian.

Friday, November 3, 2017

JUALAN KASUT TAWAF HARGA RUNTUH

Jualan Harga Runtuh Kasut Tawaf Sempena Annivesary Boss Sehingga 5/11/2017


"Sedap dan Selesa sangat pakai kasut tawaf nie. InsyaAllah nak order" Komen pelanggan

Bila nak pakai? Apa kebaikan nya.
✅Untuk Kesihatan
✅Untuk kegunaan bila masuk surau dan masjid
✅Untuk kesihatan bagi orang yang sakit tumit
✅Untuk orang yang tak tahan pijak lantai simen @ marble

✅Untuk ibadah
Untuk tawaf dan saie - highly recommended berjalan dalam masa yang lama dan jauh.
✅Untuk solat -
bila stokin Anda jarang dan kain telekung anda tu pendek
✅Akak selalu perasan orang solat nampak tapak kaki dan tumit.

Anda bila Lagi tak nak join keselesaan stokin kasut tawaf Kami. Kami Ada pilihan velvet dan poly

Warna hijau tua, hitam, biru, skin colur dan  dark chocolate.

Rm15 Sepasang shj - velvet
RM12 sepasang shj - poly

Pos laju rm7 sahaja Semenanjung - 1st 500 gm
Pos laju rm10.00 Sabah dan Sarawak - 1st 500 gm

Untuk minggu ini sahaja Kami offer sehingga 5/11/2017

2 Pasang kasut tawaf velvet RM24.00 sahaja
6 Pasang kasut tawaf velvet RM72.00 dan free pos Semenanjung.
Sabah n Sarawak pos RM5.00 

Anda buleh mix order dengan kasut tawaf velvet dan poly.

warna coklat dan hijau

warna skin, hitam dan biru



Buleh wAssap Kak Hajjah at 0192883235



TELAGA ZAM ZAM DIUBAH SUAI

Mekah 30 Okt. – Ketua Hal Ehwal Dua Kota Suci Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman al-Sudais meng­u­mum­kan permulaan projek pe­ngu­bahsuaian telaga zamzam se­­lama tujuh bulan dan dijangka siap sebelum Ramadan.

Lapor Arab News, projek itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama melibatkan pembinaan lima jambatan selebar lapan meter serta 120 meter panjang ke tela­ga dari arah timur kawasan mataf.

Bahagian kedua projek pula merangkumi persiapan fasa ter­akhir pensterilan dan pengendalian persekitaran yang mengeli­lingi telaga zamzam.

Sisa konkrit serta peti besi lama di Masjidilharam akan dibuang bagi mengurangkan kadar bahan tercemar dalam air zamzam de­ngan sebanyak mungkin.

Selain itu, Arab Saudi juga akan membangunkan sistem kerikil ste­ril berkualiti khas dengan daya telapan air yang tinggi di sekitar telaga, bagi membolehkan aliran air zamzam lebih baik.

Terletak kira-kira 20 meter dari Kaabah, telaga zamzam dipercayai merupakan telaga tertua di dunia iaitu berusia 5,000 tahun.

Telaga berkenaan mengepam air sehingga 18.5 liter sesaat dan mempunyai kedalaman 30 meter.

Kira-kira 120 tan air zamzam diangkut setiap hari ke Masjid Nabawi menggunakan lori tangki khas bagi mengelakkan air tersebut daripada tercemar.


Ihsan fb Najmi Farisham


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/telaga-zamzam-diubah-suai-sebelum-ramadan-1.545111#ixzz4xHNQeG9y
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, October 30, 2017

BILA DIUJI DENGAN SAKIT

Bila diuji dengan sakit mulalah serabut fikiran satu alam. Dalam setahun mungkin sekali dua jer sakit, tu pun tak lah berat sangat. Tapi penangan serabutnya MasyaAllah. Sedangkan Allah swt dah janji bila kamu sakit dosa-dosa kamu digugurkan.


Tak tau apa nak ditulis malam ini semuanya serba tak kenapun. Mudahan Allah swt ampunkan dosa melalui kesakitan.

jaga kesihatan, jaga iman dan selamat malam semua pelawat. Terima kasih dari Kak Hajjah anda temui blog saya yang kecil nie.

Saturday, October 28, 2017

KURSUS UMRAH SANA SINI

Hari ini join Kursus Perdana Umrah Imtiyaz travel. Dalam kepanasan cuaca yang melenting-lenting ni ada rezeki untuk kami yang bukak booth.

Terima kasih pada penganjur aka mutawwif Ustaz Azwan dan Ustazah Zai, sangat support kat kami.

Hari ini saya introduce telekung poket kat customer bawah sikit jer. Rasa rugilah pulak tapi tak pa, kastemer yang pegang telekung kita nie suka sangat.

"Bestnya kain telekung nie, ambiklah satu kat makcik"

Ada yang tanya mana poketnya so kak tunjuklah ni poketnya untuk simpan cermin mata, kunci dan buka doa kecik tu. Lalu kastemer pun minta "OK kak saya pun nak ya".


Telekung poket ni kain cotton jepun ya sangatlah best lembut dan sejuk. Kalau teringin sama nak bawak gi umrah mai lah wassap Kak Hajjah.

019-2883235 Kak Hajjah.

Tudung Lycra Bubble Chiffon

Tudung putih kami juga dicari sebab kami buat Dua Lapis begini memang tak nampak bayang-bayang tubuh InsyaAllah.

Kami mencuba perbaikki harap anda puas hati.

019-2883235 Kak Hajjah.

Thursday, October 26, 2017

TELEKUNG ZIARAH POKET

Telekung dah sinonim dengan orang Melayu Nusantara tetapi telekung ini dari semasa ke semasa ditambahbaikkan untuk keselesaan pemakainya.

Terkini kita nak kenalkan telekung ziarah yang ada poket. Ini our latest product yang ada kat pasaran.

Ada 2 jenis telekung ziarah poket iaitu telekung poket premium dan telekung poket standard

Saiz telekung
-saiz telekung ziarah labuh 28 inci - 30 inci

Saiz muka free size 

- ada getah dan kemas, dagu kain denim - stretchable untuk semua saiz muka

Fabrik cotton jepun

 - sangan best dan selesa

Kemasan renda 

-kita ada yang premium bunga lebih cantik dan lebar dan yang standard sahaja

Poket kat tulang telekung tu 

- sederhana besar untuk simpan kunci dan barang berharga.

Sesuai untuk dibawa ziarah semasa umrah

-Sesuai untuk solat tidak terlalu labuh dan meleret - pakai sahaja dengan jubah

sesuai untuk tawaf 
-tidak mudah tertarik bila berada dalam situasi sesak dan terhimpit

 
TELEKUNG POKET HITAM PREMIUM
RM120.00
 wassap/sms - Kak Hajjah - 0192883235
RENDA LEBAR
TELEKUNG POKET PREMIUM
AWNING TELEKUNG
TELEKUNG POKET PREMIUM

Telekung Poket Putih Standard
RM80..00 SAHAJA

wassap/sms - Kak Hajjah - 0192883235


STOK TERHAD musim umrah dah mula, kursus haji pun akan mula tak lama lagi kami selalu kekurangan stok.  Sila hantarkan pesanan jika anda adalah orang yang serius dengan produk baru kami ini.

SEMPENA BULAN SAFAR INI KAMI KASI FREE POS UNTUK 500GM yang pertama iaitu RM7.20 YA. 
wassap/sms - Kak Hajjah - 0192883235

Thursday, October 19, 2017

TELEKUNG MALAYSIA SUATU EVOLUSI

Telekung dah sinonim dengan wanita Muslim di Asia Tenggara. Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand memang menggunakan telekung sebagai pakaian untuk bersolat.

Telekung adalah 2 keping kain putih, satu dijadikan seperti kelubung untuk bahagian atas dan satu keping lagi dijadikan kain sarung, Kak Hajjah rasa itulah konsep asalnya.

Sebab Kak Hajjah masih ingat dulu masa kecik telekung bentuknya tak secomel telekung hari ini. Dulu telekung tu bentuk bersegi bukan bulat macam hari ini. Telekung tu dilipat dua bahagian tengah dicantumkan, bahagian muka telekung diletak kekek untuk tutup dagu dan bahagian dagu diletakkan tali untuk mengikat. Telekung wajib pakai anak telekung tiada lapisan di sebelah dalamnya.




SIAPA PERNAH BUAT MACAM NI
dulu mana ada telekung budak, zaman Kak Hajjah duit susah 


Selepas itu negara kita dibanjiri pula oleh telekung-telekung dari Indonesia yang terkenal dengan sulamannya yang cantik-cantik seperti Telekung Sulam Ayak dari Padang dan telekung dari Bandung. Bahannya terdiri dari cotton, cotton mix dan cotton polino. Satu masalah kat sini telekung dari Indonesia bersaiz kecil untuk wanita Melayu Malaysia yang bersaiz obes macam Kak Hajjah.Pada masa ini telekung masih mengekalkan warna putih sebagai warna asas. Harga telekung Indonesia dari serendah rm35 hinggalah mencecah beratus-ratus ringgit. Mengikut kualiti kain dan hasil kerja sulamannya.

Telekung Indonesia
Kain Cotton Paris


Telekung Indonesia 

Selepas air asia muncul Malaysia dibanjiri pula oleh telekung dari vietnam yang terkenal dengan kain telekung dari bahan yang sejuk. Telekung vietnam agak besar bidangnya juga mempunyai sulaman di atas kain telekung tetapi tidak terlalu sarat dan ditambah seri dengan kuntum-kuntum bunga timbul. Bahagian muka tiada bersulam. Wanita bertubuh gempal memang memilih telekung ini ditambah pula oleh kain sarungnya yang labuh dan lebar selesa dipakai ketika solat. Harga dari RM45 - RM180 mengikut sulaman dan kualiti kainnya.



Telekung Vietnam 

Dalam negara juga berlaku kemajuan dalam industri pembuatan telekung ini dimana munculnya telekung-telekung yang cantik menggunakan bahan kapas, lycra dan bahan sintetik.

Dahulunya, telekung atau pakaian solat golongan wanita hanya diperbuat daripada kain kapas berwarna putih, kemudian diinovasikan dengan renda dan corak bunga-bungaan. Dek kerana industri ini berkembang pesat, kebanyakan telekung yang digunakan diimport dari Indonesia, China dan Vietnam.

Bagaimanapun, peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh pengusaha telekung tempatan untuk membuat dan mereka telekung sendiri yang sesuai dengan cita rasa tempatan.


Telekung Kelantan - 2012
Kain Koshiboo 


Sulaman Yang Tebal 

Beberapa tahun kebelakangan ini, industri Pembuatan telekung di negara ini mula mendapat tempat apabila pelbagai rekaan pakaian solat berada di pasaran dengan menggunakan pelbagai jenis fabrik dan fesyen.

Material JC 

Telekung JC 

Telekung pengusaha tempatan juga menembusi pasaran antarabangsa dan diberikan peluang untuk dipentaskan di beberapa acara besar di peringkat antarabangsa sama ada yang diadakan dalam dan luar negara.

Malah orang ramai kini juga jarang lagi membeli telekung dari luar negara kerana kemampuan pengusaha tempatan memenuhi cita rasa dan menggunakan fabrik yang memberikan keselesaan kepada kaum Hawa.

Boleh dikatakan, dengan perkembangan positif industri telekung negara, ia berjaya menurunkan permintaan telekung luar negara walaupun ditawarkan dengan harga rendah.

Menariknya, setiap pengusaha telekung tempatan kreatif, inovatif menghasilkan telekung menggunakan pelbagai jenis fabrik antaranya satin, kapas, lycra dan kain yang diimport dari luar negara dengan perincian pelbagai hiasan.

Telekung Siti Khadijah
Ikon Telekung Malaysia 


Telekung Cotton
MALAYSIA


Mereka menggunakan sulaman tangan dan renda pada telekung dewasa manakala untuk kanak-kanak, kebanyakan pengusaha menggunakan corak yang biasa dan berwarna-warni yang dilengkapi dengan beg telekung.





SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TELEKUNG
WASSAP KAK HAJJAH

ATAU KLIK



Tuesday, October 17, 2017

WHAT IS UMRAH




In Arabic, the word ‘Umrah is derived from I‘timaar which means a visit. However, ‘Umrah in Islamic terminology, means paying a visit to Ka’bah, performing Tawaaf (circumambulation) around it, walking between Safaa and Marwah seven times. A performer of ‘Umrah puts off his Ihraam by having his hair shaved or cut. ‘Umrah can be performed along with Hajj and in other days as well.

‘Umrah can be performed during anytime in the year, there is no fixed time for ‘Umrah.

The Pillars of `Umrah are four:

a) Ihraam: which is assumed at the Meeqaat.

b) Tawaaf: around the House.

c) Sa'y: walking between As-Safaa and Al-Marwah, which consists of seven circuits.

d) Tahal-lul: which means coming out of the state of Ihraam; becoming lawful what was previously prohibited during Ihraam.

During ‘Umrah, pilgrims do not go to Minaa, ‘Arafaat and Muzdalifah or throw pebbles on the Jamrahs (stone pillars representing devils) or offer animal sacrifice. These rites are only performed during Hajj.

How to perform ‘Umrah:

1. When the one who wants to perform ‘Umrah arrives at the Meeqaat, it is recommended for him (both man and woman) to take a bath if convenient, including menstruating women and those experiencing postnatal bleeding. The man perfumes his head and beard but not his Ihraam garments. There is no harm in what remains of it after Ihraam. There is nothing wrong if it is not possible to take a bath at Meeqaat.

2. Men are to change into their clothing of Ihraam while the women only need to make their intention at that time in the clothing they are already wearing. There is no specific clothing designated for women, except that they are prohibited from wearing the Niqaab (face-veil) and gloves. Instead, they may cover their hands with the lower part of their khimaar (head covering), while using the upper part of their jilbaab (outer garment) or a separate piece of fabric to cover their faces by drawing it down, if there is need to do so.
As for men, they must assume their Ihraam at the Meeqaat by wearing two pieces of fabric called the Izaar and the Ridaa’. The Ridaa’ covers the top half of the body, while the Izaar covers the lower half. No other clothing is allowed to be worn in addition to these – no underwear, no pants, no shirt, no turban, no hat, etc. are to be worn.

Then the pilgrim makes the intention at the Meeqaat to begin the rites of ‘Umrah by entering the state of Ihraam. The intention must be made in the heart, while the statement made afterwards is: “Labayka ‘Umrah” or “Allahumma labbayka ‘Umrah”. This statement begins the rites of `Umrah. So the first pillar of `Umrah is the Ihraam. The intention is made in the heart, while the tongue recites the opening Talbiyyah. And if you wish, when uttering Talbiyyah, you may state a condition to Allah fearing that which may prevent you from completion of the ‘Umrah whether illness or fear - saying “in habasanee haabes fa mahillee haithu habastanee” (I come out of the state of Ihraam from the place You prevent me from continuing). So if you do that and are then prevented or become ill - then you may come out of Ihraam. Then repeat the Talbiyyah: “labbaykAllahumma labbayk, labbayka laa shareeka laka labbayk, innal-hamda wan-ni'mata laka wal-mulk, laa shareeka lak” (“In response to your call O Allah I perform ‘Umrah, here I am O Allah. In response to Your call. You have no partner. In response to Your call. All Praise and Blessings, and the Ownership of all that You created is Yours (alone). You have no partner”)

Upon arriving at the sacred mosque in Makkah (Al-Masjid Al-Haraam), you should enter with your right foot and say: "Bismillaah, Allahumma Salli 'Alaa Muhammad, Allahumma Ighfirli waftahli Abwaaba Rahmatik. (In the name of Allah! O Allah! Exalt the mention of your Messenger. O Allah! Forgive my sins, and open the gates of Your mercy for me)." You should enter in a manner expressing humility and gratitude to the blessings He, Almighty, conferred upon you.

3. Upon arriving at the Ka’bah, stop reciting the Talbiyyah, then approach the Black Stone, touch it with your right hand and kiss it. If this isn't possible, you should face the Black Stone and point to it. Don’t push and shove, causing harm and being harmed by other people. When touching the Stone, the following is said: “Bismil-laah, Allahu Akbar” (In the name of Allah, Allah is the Greatest) or "Allahu Akbar" (Allah is the Greatest).

A pilgrim must walk, keeping the Ka’bah on his left. When you reach the Yamaani corner touch it with your right hand, if possible, but do not kiss it, and say: “Bismil-laahi wa Allahu Akbar”. If this is difficult for you, then go on performing tawaaf without touching it, pointing at it or even saying “Allahu Akbar” because this was not narrated from the Prophet on the other hand whenever you reach or are parallel to the black stone, touch it with your right hand, kiss it and say, “Bismillaah Allahu Akbar”, if it is not possible then it is enough to point at it and say, “Bismillaah, Allahu Akbar”.

During this Tawaaf it is preferred for a man to do two things:

a) Al-Idhtibaa' from the beginning of Tawaaf until the end, which is placing the middle of one's Redaa' under the right arm and the ends of it over the left shoulder. When you are finished performing Tawaaf, you may return your Reda' to its original state because the time for A-Idhtibaa' is only during Tawaaf.

b) Ar-Raml during the first three circuits only. Ar-Raml means speeding up one's pace with small steps.

Make supplication from your heart, for that which will benefit you. Recite whatever you wish, supplicate to Allah by asking for good, recite the Quran, anything you wish. There are no specific statements or supplications to be recited during the Tawaaf that are authentically established in the Sunnah. However it is recommended to say between the two corners during each circumbulance as it is reported from the Messenger of Allah : “...Our Lord, grant us good in this life and good in the hereafter and save us from the punishment of the Hellfire.” [Quran: 2:201]

4. When you complete seven circuits of Tawaaf, approach Maqaam Ibraaheem (Ibraaheem’s station) and recite this verse (which means): “And take you (people) the Maqaam (place) of Ibraheem as a place of Prayer...” [Quran: 2:125]

Then pray two short Rak’ahs, as close as conveniently possible, behind Maqaam Ibraheem. If it is not possible then you can pray them anywhere in the sacred mosque. It is preferred to recite during the first Rak'ah the chapter "Al-Kafiroon" [109] and during the second one the chapter of “Al-lkhlaas” [112].

Upon completing the two Rak'ahs, return to the Black Stone and touch it, if convenient

5. The next stage is to go to Safaa. Upon approaching the foot of Safaa, the following verse is recited (which means): “Verily, As-Safaa and Al-Marwah are from the symbols of Allah. So it is not a sin on him who performs Hajj or 'Umrah of the house (ka 'bah) to perform the going (tawaaf) between them. And whoever does good voluntarily, then verily, Allah is the All-Recognizer, All-Knower.” [Quran; 2:158]

6. Then climb unto mount Safaa until the Ka'bah is visible, if possible. Facing the Ka’bah the following is to be said 3 times, and between each time one is to make ones own supplication:

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha il-lall-llaahu wadahu la shareeka lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alaa qulli shay'in qadeer. Laa ilaaha il-lall-llaahu wahdahu, anjaza wa'dahu, wa nasara 'abdahu, wa hazamal ahzaaba wahdahu" (Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, Allah is the Greatest. None has the right to be worshipped except Allah alone, Who has no partner. To Him belongs the dominion, to Him belongs all praise, and He has power over everything. He fulfilled His promise, gave victory to His servant, and defeated the confederates alone.)

7. Then descend and go towards Marwah, running between the fluorescent green lights (for men only), upon reaching Marwah climb upon it if it is possible, and repeat the same procedure as when ascending Safaa except you are not to recite the above-mentioned verse, because it is recited when ascending Safaa for the first time only. This completes one circuit. Then one continues back to Safaa running between the fluorescent green lights (for men only) - thus completing two circuits.

There are no particular supplications to be recited between Safaa and Marwah. Seven circuits are to be completed ending the last one on Marwah.

Then one is to have his hair cut although shaving it is better. Women should shorten their hair by a finger-tips length from the end. The rights of 'Umrah have now been completed.

credit to Islamicweb.net

Monday, October 16, 2017

MINI JUBAH UMRAH DAN HAJI




Tempahan Khas Mini Jubah
Dah masuk bulan Oktober ramai yang dah mula menyopping dan mengintai barang-barang untuk umrah dan haji.

Kursus-kursus umrah juga sedang giat berjalan di sana sini. Anda boleh duduk kat sana tambah ilmu free of charge atau tanpa komitmen nak pergi dengan syarikat yang menganjurkan kursus umrah tu.

Kak Hajjah pun tumpanglah sekaki buka booth kat Kursus-Kursus Umrah nie. Seronok bila boleh face to face dengan pelanggan dapat bagi free consultation kat jemaah umrah. Selalunya bila kita buka booth ni favourite items kasut tawaf memang menjadi idaman kalbu dia orang nie. 

Dekat nak masa umrah musim sejuk ni mini jubah memang jadi item yang "hot". Mini jubah kami menjadi pilihan pelanggan kerana kualiti kain cotton yang sangat-sangat best tu. 

Mini jubah gunakan bahan cotton tshirt, bahan ini sangat unik dan fleksible dan sesuai dengan semua cuaca.  Ketika musim panas mini jubah cotton sangat menyerap peluh dan bila musim sejuk pula membantu mengurangkan kesejukkan tambahan dipakai dengan baju inner poket juga dari bahan kain cotton.

Feedback dari pelanggan kami Puan Suraya, "Mini jubah sangat selesa dipakai ketika musim haji, kami berjalan kaki sejauh 20km sehari berulang alik ke Masjidil Haram dan mini jubah ini sangat recommended."

Mini Jubah ini kami jual sepasang dengan seluar atau pun boleh dibeli berasingan ya. Mini jubah kami ada warna hitam dan putih sahaja buat masa ini.

Saiz pula dari S - 2XL, ini saiz standard dalam stok kami tapi untuk yang berbadan besar, kami menawarkan tailor made mini jubah provided beri kami ukuran yang selesa.

Dari segi design

  • mini jubah kami leher bulat, 
  • dijahit berpoket pada bahagian dada supaya senang untuk menyimpang barang-barang berharga.
  • Hujung lengan dijahit cuff atau getah yang wudhuk friendly.
  • Cutting mini jubah ni A cut. Labuh hinggga ke paras lutut, jika hendak labuh ke bawah lutut kami pun terima.


Realiti warna putih nampak jarang walaupun tebal tetapi mini jubah ini dipadankan dengan tudung labuh, telekung ziarah atau telekung. Jadi sudah tidak menampakkan susuk tubuh pemakainya. Kami juga menyarankan supaya jemaah wanita mengambil satu saiz lebih besar dari saiz yang selalu dipakai.

Apakata pelanggan kami-

pelanggan kami Puan Suraya, "Sangat selesa dipakai ketika musim haji, kami berjalan kaki sejauh 20km sehari berulang alik ke Masjidil Haram dan mini jubah ini sangat recommended."

Puan Aneem
"Saya dah beli sepasang dan pakai ketika umrah it's sangat rekomen dan sangat selesa dipakai"



Mini Jubah Putih dan Seluar Putih
Mini Jubah xxx size

nak tau lebih lanjut klik page kami mini-jubah
boleh wassap jer Kak Hajjah
0192883235


BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA