Khamis, 4 Julai 2019

TIPS BAWA BARANG KE ARAFAH WAKTU HAJI 2019


APA NAK BAWA KE ARAFAH WAKTU WUKUF

Bawa brg Jangan berlebihan, bawa 1 beg cukup. Beg tabung haji 5kg tu dah Cukup.

🌺Packing pakaian dan keperluan yang cukup. Untuk keselesaan bawa pakaian jenis kain kapas (cotton), selipar toilet, kasut dan setokin yg selesa utk perjalanan melontar.

🌺Baju kaftan Cotton 3 helai. 1 untuk tidur, dalam khemah dan solat. Jubah gelAp 3 utk solat dan pakai harian dan melontar.

🌺tudung sarung utk memudahkan pergerakan.

🌺Bawa tuala muka untuk mengesat peluh ketika bjln melontar nanti

🌺Pakaian melontar kita tak terikat utk memakai telekung, memadai berjubah/jubah seluar menutup aurat. Apapon semua terpulang pada jemaah ya.

🌺Tak salah jika jemaah mahu membawa sedikit bekalan seperti sambal2 kering @ ikan masin sebagai penambah selera.  Disamping beramal pemakanan juga perlu kita jaga untuk  tenaga berjln jauh.

🌺Bawa sedikit ubat-ubatan. Gula-gula ubat batuk,  minyak angin dan minyak panas untuk urut kaki jika lenguh.  Bekalan vitamin yang diberikan oleh tabungg haji sila bawa kerana disana amat berguna.  Bawa sedikit handyplas takut kaki kita melecet jika guna kasut yg kurang sesuai.

boleh klik link
Untuk Pesanan
Wassap Kak Hajjah 019-2883235

🌺Banyak baca quran dan zikir. Jangan membawang dan bergelak ketawa berlebihan ketika berwukuf di Padang Arafah dan Mina.

Jadikan buku nota kecil sebagai rakan bicara sementara kita. Tulis segala yg penting utk rujukan. Jangan lupa bawa doa2 saudaramara, sahabat handai yg berhajat. Tulis dgn baik supaya tidak tertinggal utk kita doakan disana nanti.   Semoga Jemaah semua akan dirahmati Allah. Insyallah..


Kredit fb Hana Rahman
#telekungmusleema
#kelengkapanhajiumrah
#alumnibnc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA