Thursday, January 18, 2018

TIP-TIP UMRAH DENGAN ANAK-ANAK KECIL


Anda nak pergi umrah dengan anak-anak yang masih kecil sila baca kat bawah ini. Tip-tip ini mungkin berguna untuk anda nanti InsyaAllah.

Pengalaman sendiri pergi umrah dengan sepupu sekeluarga. Pergi satu family dengan late uncle Tuan Haji Ramly, my lovely auntie Zaitun, anak dan cucunya. Masa tu Iman dan adiknya baru umur 4 - 5 tahun. Budak-budak tembam bila tawaf habis melecet peha sudahnya ibu terpaksa sewa wheel chair.


Yang seronok Iman kenyang paw atuknya, macam-macam dapat makanan, pakaian dengan kain serban tu pun dapat. Seronoknya kenangan tu masa tu belum renovate lagi, kami pergi dengan UTAS Travel tahun 2017, jarak hotel ke MASJIDIL Haram 100 meter jer nak buang air balik ke tandas lobby hotel.

Tandas masa tu jauh sikit turun ke bawah..sayang no photo-photo ambik pun.

Tips yang saya nak kongsi ni mungkin berguna untuk anda ya.


1. Berdoa

Rasanya ni semua orang tahu dan buat sebelum pergi Umrah dan Haji, berbulan-bulan menadah tangan minta pertolongan Allah swt supaya dipermudahkan selala urusan. Selamat perjalanan, semasa di sana dan mudah untuk beribadah dan diberi kesihatan yang baik.


2. Persiapan Diri

Kesihatan memastikan tahap kesihatan anak dalam keadaan baik. Bercerita dengan anak-anak kisah-kisah Nabi saw, Makkah dan Madinah. Ikutlah tahap umur anak dan setakat mana dia orang boleh mencerap info-info ni. 

Kanak-kanak suka main tak kira dimana dia orang berada, latih anak-anak dengan adab-adab dalam masjid dan majlis ilmu. Ini bukan setakat di tanah suci jer. Kat Malaysia pun kena latih.

Ada yang orang solat jemaah dia main akrobatik kat belakang, lebih malang main antara saf lelaki dan perempuan lagi. Kita bukanlah tahap khusyuk sangat, sangat mengganggu kami yang kat belakang nie.


3. Perjalanan yang panjang

Budak-budak cepat boring, perjalanan makan masa yang panjang kat airport dah menunggu 3 - 4 jam. Dalam flight dah 8 jam. Sampai kat Makkah dan Madinah sebelum sampai hotel dah ambik masa 2-3 jam lagi. Sudah tentu memenatkan sangat bagi kita semua yang tua ni jugak.


Ibu ayah bertabahlah, bawaklah faberet mainan anak-anak, toys atau buku cerita untuk kurangkan bosan mereka.


4. Bekalan ubat-ubatan

Ini sangat-sangat penting bekalan ubat bukan sahaja anak-anak tapi untuk orang tua jugak. bawa medical box sendiri in case minor luka atau sakit tak perlu kelam kabut nak cari klinik.
Nanti kita buat semua orang kalut nanti ya

Saya suka bawa paracetamol, minyak urut dan Iv Mist ya. Sebab saya memang selalu lenguh dan sakit-sakit kaki. Budak-budak dapatkan dari you punya doktor bekalan ubatnya.


5. Makanan

Penting sangat sebab kalau tak biasa travel agak sukar sikitlah tambah kalau ada alahan. Ibu ayah kena prepare apa yang boleh dan tak boleh makan.

1. Susu
2. Cereal
3. Biskut

Makanan lain macam nasi, roti dan pasta tu tak der masalah boleh jer, KFC pun ado kalau susah sangat nak kasi makan.


6. Alat bantu

Kalau anak anda 5 tahun ke bawah bawalah stroller nanti dia orang kepenatan banyak berjalan. Nanti dengan melecetnya lagi celah peha tu.




ihsan google


Untuk yang kecil bawa baby carrier senang you nak dukung dia orang, ni part ayahlah ya. Nak bertawaf ker nak saie ker. 

Thermos kecil jangan lupa senang nak bawak bekal susu nanti. 

Bawa back pack khas untuk keperluan anak-anak kecil. Isikan baju, seluar, pampers, tuala kecil, toys, susu dan makanan ringan masa kat Masjid. Kat luar masjid ramai yang berkelah anak beranak.


ihsan google
7. Pakaian 


Pakaian anak-anak bawa secukupnya, stokin, baju dan seluar berlengan panjang pun kena bawak terutama kalau you all pergi musim sejuk. Pampers dan tuala kecil.

Paling penting kain ihram budak ni jangan lupa baru dapat feel pergi umrah. comel sangat tau.

Kami ada ihram umrah dewasa dan kanak-kanak jugak ya. Comel sangat bila pakai kain ihram nie.




gambar ehsan google


Cari Kain Ihram kanak-kanak dan dewasa 

wassap Kak Hajjah - 0192883235


Thursday, January 11, 2018

BILA ANAK KEMBALI KE SEKOLAH

Minggu kedua cuti sekolah, baru balik ke dunia nyata.

first week semua orang haru biru, terutama bila ada gegirl dan boboi yang masuk tadikalah. Masuk darjah satu lah.

Macam-maca komen baca kat media sosial, pengalaman mak ayah ajar anak gi kantin beli makanan sendiri, tunggu anak kat pintu sekolah lah. 

tu beza dulu dan sekarang, masa kita dulu ko gilah sendiri jalan kaki dan bawak bekal dari rumah. Mana taknya rumah dengan sekolah pemisah cuma jalanraya jer. Tu pun jalan kampung besar mana sangat ha ha.

Zaman paling best adalah zaman sekolah, dulu teknologi tak der tapi sangat bahagia sekali. Tak der rasa takut anak kena culik ker, anak hilang ker.  Sekarang memang kena ekori anak tu, kalau tak orang lain ikut anak kita camane???

kita serahkan balik pada Allah swt jaga anak-anak kita, sayang macam mana pun Allah lebih sayangkan dia. Pastikan anak-anak solat subuh sebelum pergi sekolah dan ajar anak-anak doa-doa pendinding diri semoga terhindar dari segala bahaya.

Enjoy zaman terkejar nak ntar anak sekolah, ntar gi tuisyen. One day bila dia dah berdikari kita akan rindu kesibukan dan keriuhan rumah tu.

Bila semua dah membesar terasa sunyinya rumah kita.  Semoga anda semua bahagia dan ceria disamping yang tersayang.

Baru terbaca kat fesbook kisah smiggle, ingatkan apalah rupanya stationary set yang mengaum mahalnya. Adoi mak-mak tak payah lah nak ikut viral-viral tu.

Dulu-dulu kita cuma ada sebatang pensel, getah pemadam, pengasah pensel, pensel warna luna.  Hilang kena bebel sampai ke pagi dengan mak. Ramai kita hari yang jadi orang-orang berjaya. 

So you decide lah sendiri kemana dan bagaimana nak corakkan anak-anak you.

Bekas Pensel 
harga buleh bayar tambang bas sekolah dua bulan

bekas pensel dulu-dulu


Monday, January 1, 2018

PENGALAMAN MINI JUBAH UMRAH DAN HAJI - APA KATA PELANGGAN

Assalamualaikum, malam ni kita nak share apa customer kita kata tentang mini jubah kami.

Dah lama berada di pasaran mini jubah ini, kami utamakan keselesaan kepada pelanggan kami. Mini Jubah kami mampu milik sesangat dari RM90.00 SAHAJA sepasang.

Lagi satu tahan lasak pulak tu..buleh pakai sampai lunyai..InsyaAllah. Kain berkualiti jahitan yang memang bagus.

Kami pun tak ada buat photo shoot dengan adik-adik manis cuma share beberapa keping gambar customer yang sudi nak sharing dengan kami. Sebab maklum sangat bukan semua orang setuju gambarnya di upload kat online.

Kali ini kami nak share apa kata pelanggan kami mengenai produk ni ya. Then anda boleh kat link kat bawah untuk lihat keseluruhan produk mini jubah kami nanti ya.

 Kami juga terima order untuk jubah tapi on request basis sahaja.












anda berminat nak tau lagi klik kat sini ya MINI JUBAH

Wassap me can too - Kak Hajjah 0192883235




MINA 2015


MINI JUBAH (HITAM)
SAIZ S - 2XL
3XL - 5XL - PRE-ORDER



 MINI JUBAH (PUTIH)
SAIZ S - 2XL
3XL - 5XL - PRE-ORDER


MINI JUBAH COTTON
OPEN ORDER

anda berminat nak tau lagi klik kat sini ya MINI JUBAH

Wassap me can too - Kak Hajjah 0192883235



HABIS KERJA HAJI PAKAI GI TRAVEL LA PULAK

MARHABAN YA 2018 - STOK BARU PAKAIAN UMRAH HAJI

Malam-malam ni nak ucap tahun baru kat sumer orang yang singgah kat blog pada sepanjang tahun 2017.

Kak Hajjah doakan you all semua dimurahkan rezeki ceria dan bahagia selalu hendaknya.

Terimakasih support bisnes kecik Kak Hajjah ni. InsyaAllah untuk tahun 2018 jika Allah swt masih panjangkan nyawa dan tenaga, saya cuba bantu anda semua untuk sediakan keperluan haji dan umrah anda ya.

Banyak kenangan dan pahit getir sepanjang tahun ni Kak Hajjah yakin anda semua pun macam tu bukan semua yang kita buat dapat puaskan hati semua orang.

Musim Haji 2018 kita bawa produk baru:-

Telekung poket
Tudung tawaf berlengan
Seluar cotton paris sulam
Mini Jubah Cotton Paris Sulam
Tasbih Tawaf - akan upload gambar
Stongan cincin - akan upload gambar
Inner Warda cotton
Inner dagu cotton
Inner tudung cotton
Sejadah putih
Stokin cotton tebal untuk yang saiz kasut plus size.


Kita dah start selling sejak October 2017 untuk umrah musim sejuk dan cuti sekolah tahun 2017.

Feedback untuk telekung poket memang sangat menggalakkan. Budak sekarang kata ohsem sesangat. Kain cotton jepun yang superb cool tu memang pelanggan kami suka sangat.

RENDA PREMIUM

RENDA STANDARD
Begitu jugak untuk tudung tawaf berlengan high demand dari pelanggan, insyaAllah dari semasa ke semasa kami akan tawarkan harga terbaik untuk anda semua ya.

Tudung tawaf aka tudung lengan
hitam

Tudung tawaf aka tudung lengan
Warna gelap-gelap dalam stok

Permintaan untuk mini jubah cotton tshirt masih mendapat tempat dalam carta jualan kita dan masih lagi kekal sebagai kita punya main produk.

Mini Jubah - Hitam dan putih dalam stok

Produk seperti kasut tawaf velvet ada perubahan dari segi design sekarang kasut tawaf kami dan di extend atas buku lali tinggi jadi nampak macam siap stokin dengan fabrik yang selesa ya.




Kami masih mengekalkan pre-order untuk customer yang plus size atau extra small dengan syarat bukan last minute order ya tak mampu kami nak commit.

Material kami masih mengekalkan kain cotton high quality yang tebal dan sejuk untuk keselesaan pelanggan kita.

Untuk Abang Haji kami juga ada set kain ihram dan tali pinggang at RM80.00 tidak termasuk pos ya.

Baju pagoda putih dalam stok dan baju pagoda hitam upon request dari segi material insyaAllah sangat bagus kerana kami gunakan cotton yang kualiti tak nipis sangat macam kat market tu ya.

Seluar haji juga ada disediakan dari jenis kain poly cotton dan kain cotton tshirt. Sebab kami buat seluar unisex lelaki dan perempuan boleh pakai.

InsyaAllah kain jenis cotton yang tebal akan berada di pasaran pada tahun ini.

Untuk belian lebih dari rm150.00 kami ada free gift untuk anda. Memang kami dah praktikkan cuma tak di isytiharkan kat page nie pun.


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

wassap saya Kak Hajjah untuk pertanyaan dan order
(serius buyer only) at 0192883235

anda masih boleh email kami dan isi form di atas juga. 



BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA