Jumaat, 22 Jun 2018

CHECK LIST BARANG HAJI - ANDAI RAYUAN BERJAYA

Puasa sudah raya pun sudah. Ramadhan dah pergi, Syawal pula telah muncul. Mudahan Allah swt terimalah ibadah puasa, solat dan segala amal kebajikan yang telah kita buat.

Bulan Ramadhan kebanyakan keputusan rayuan haji telah dikeluarkan. Ada yang senyum lebar bila mendapat jemputan dari Allah swt. Ada yang masih ternanti-nanti. Macam selalulah sekiranya flight akhir masih belum berlepas mintalah pada Allah swt.

Jika tahun ini rayuan haji gagal, nanti hujung tahun merayulah lagi moga kesungguhan haji dan hajjah dipandang oleh Allah swt.

Bagi yang baru dapat surat yang paling utama nak buat adalah :_

1. Minta izin wali, suami atau ibu ayah
2. Terima tawaran tu
3. Pergi pejabat Tabung Haji serah passport
4. Buat medical check up dengan klinik panel Tabung Haji
5. Serahkan result medical check up kat pejabat Tabung Haji
6. Quick Check barang haji yang nak dibawa.  Kalau anda dapat panggilan haji di saat akhir bawa ajerlah     barang yang sedia ada asalkan cukup syarat dan patuh syariah.
    - telekung
    - tudung labuh
    - kain batik
    - tuala besar dan tuala muka
    - pakaian jubah, seluar panjang dan mini jubah dan pakaian dalam yang mencukupi
    - toiletteries anti wangi-wangian.
    - sanitary - pads dan panti liner - penting
    - ubatan-ubatan peribadi dll
    -. Wang yang poket yang mencukupi tak perlu bawa cash banyak

7. Bagi jemaah lelaki lebih mudah hanya perlukan
   - 2 set kain ihramdan talipinggang,
   - kain pelikat yang tak berjahit 2 helai untuk salin ke toilet
   - selipar tak bertutup
   - gunting kecil, pisau cukur, sikat rambut
   - cawat
    - spray wudhuk
    - toiletteries yang tidak ada wangi-wangian.
    - ubat-ubatan peribadi dll
  -. Wang yang poket yang mencukupi tak perlu bawa cash banyak

Cek list dibawah boleh dijadikan panduan semoga bermanafaat.Panjang lagi sebenarnaya
CHECKLIST BARANG HAJI

PERKONGSIAN DARI FB AZI AMER

pertanyaan untuk kelengkapanHAJI 
WASSAP Kak Hajjah at 019-2883235

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA