Khamis, 2 Februari 2017

BILA HARGA PETROL NAIK LAGI

Bertahun-tahun kita selesa dengan harga petrol yang dikawal subsidi oleh kerajaan. Sejak setahun dua ni harga petrol bukanlah lagi subsidi, harga barang mula tak menentu. Selalunya harga barang akan naik bila harga petrol naik. Sana sini semua orang akan bising-bising bila petrol naik.

Masa harga petrol turun tak der satu barang pun turun harga. Masa petrol turun kita terpaksa pulak telan GST.

Ada orang-orang yang positif bagitau "GENG SOLAT TEPAT WAKTU', GENG SOLAT TAHAJJUD'. Macam-macam acronym. Teringat pesan guru saya sejak kita kecik sampai tua ni ada ker masanya harga barang turun. Melainkan naik dan terus naik. Mengikut perkembangan ekonomi semasa.

Harga barang makanan jangan ceritalah melambung harga ikan kembung pun melantun sampai rm20.00. Nak makan sotong dan udang telan-telan air liurlah kalau dan rm30 - rm40 sekilo. Apa nak bagi anak makan kat rumah. Ayam pulak kena injection, daging susah hadam tak elok makan selalu.

Tapi bagi orang yang terpaksa travel hari-hari jauh, memang terasa mencekik darah bila petrol naik kan. Makin kecik nilai duit kita.  Ada ahli ekonomi mengatakan kenaikan harga disebabkan kejatuhan ringgit kita yang sangat rendah.

Ya ker, betul lah agaknya. Kak Hajjah juga effect bila logistik tinggi bertambah lah kos produksi. Kita ada banyak persaingan mana mungkin kita naikkan harga. Sakit nak telan kenaikan kos dengan untung yang kecil.

Kerja ini kena niat Kerana Allah baru tenang hati, untung dunia banyak untung akhirat kosong pun tak jadi jugak kan.

Mudahan terus tabah dan istiqamah, mudahan Allah swt selamatkan kita semua untuk akhirat dan dunia. Mudahan kita letak tawakal hanya pada Allah swt. Dia yang empunya segala yang dilangit dan dibumi.

1 ulasan:

  1. Betul....sandarkan semua padaNYA..dan kita usaha sebolehnya sebagai hamba-hambaNYA...moga Allah sentiasa permudahkan setiap urusan kita.ameen.

    BalasPadam

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA