Khamis, 23 Februari 2017

7 KHASIAT KURMA

Assalamualaikum sekarang ada bermacam-macam jenis kurma yang masuk ke Malaysia kan?

Dulu masa kita kecik-kecik kita cuma jumpa kurma bulan Ramadhan jer, bulan lain tak kan jumpa. Tapi sejak 4 -5 tahun nie kita boleh jumpa kurma sepanjang tahun. Dah ramai yang menyedari khasiat kurma.

Apatah lagi bila sekarang promosi untuk makanan sunnah nie sangat meluas.  Dulu kita tak pernah tahu dan mengkaji khasiat-khasiat kurma tetapi setelah dikomersilkan ke dalam industri kesihatan makin meletops lah permintaan makanan berasaskan kurma ini.

Mari kita share sikit khasiat kurma yang anda patut tahu


Apa Yang Kurma Boleh Bantu Anda

Kurma Tangkai Faberet Masa Bulan Ramadhan

Kurma (Phoenix dactylifera) merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.

Dalam kita suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.  Kurma diketahui mempunyai kebaikan seperti berikut:-

1.  Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
2.  Kaya dengan serat da potassium
3.  Penguat memori
4.  Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5.  Penawar Racun
6.  Merawat Penyakit
7.  Mengubati gangguan usus dan sembelit

Kalau anda ada masalah gastrik letak sebekas kecil kurma dalam beg dan bawalah bersama untuk alas perut yang kosong.

Sunnah Nabi s.a.w bersahur dengan kurma dengan mengambil 3 angka yang ganjil.  Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA