Selasa, 31 Januari 2017

CUTI TAHUN BARU CHINA

Kak Hajjah baru jer sampai dari kampung, bercuti-cuti tahun baru China. Ni nak tanya komer dah sampai ke belum dari kampung masing-masing.
Kak Hajjah puas gak lah duduk 4 jam dalam kereta tadi, ingatkan dah selamat dari jamned rupanya tak jugak terkena jugak aku.  Gerak selepas selesai solat zohor, sempat singgah makan mee kari kat Sungkai.

Rupanya jamned jugak kat Sungkai tu, kesah nak masuk ke Highway, diselangi hujan jugak setengah-setengah tempat. Plan diteruskan singgah kat Jakel Tanjung Malim barang yang nak dicari tak ader. Jatuh cinta pulak kat yang lain.

Selesai menyopping teruskan perjalanan ingat nak ntar kain terus jahit rupanya tersangkut kat Batang Kali punah harapan nak singgah kat rumah tailor nanti kelewatan pulak balik.

Tahun baru China orang Melayu yang balik beramai-ramai.
Tahun baru China orang Melayu jugak yang sibuk main meracun.
Orang China bakar nak halau hantu orang Melayu main sampai masuk hantu.

Betul betul jiwa Malaysia komer nie wehh

Kepada pelanggan sabarlah sayang esok Kak Hajjah cuba cari pos laju kat Selangor yer, orang Kay Ell deme cuti hari wilayah bersambung-sambung. Kak Hajjah project on jer tapi kalau abang posto tak ader terbantutlah jugak ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA