Sunday, January 15, 2017

PANDUAN UMRAH DARI USTAZ SHAMSURI


Kakak dan abang nak  gi umrah meh kita layan jap Ustaz Shamsuri punya video.

Mudahan hati anda yang libang-libu tertanya-tanya macaman nanti agaknya perjalanan umrah anda.

Semoga Allah swt permudahkan perjalanan umrah anda nanti.  Terutama 1st time nak pergi buat umrah memanglah Ya Allah takutnya, terasa terbayang dosa-dosa kita yang banyak agaknya Allah swt akan balas segala dosa-dosa kita masa tu.

Walhal Allah swt bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, selagi ada hayat pintu taubat masih ada untuk kita mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang diampunkan.

Sebab tu orang berduit tu tiap-tiap tahun pergi umrah, masyaAllah lain rasanya bila berada di bumi barakoh ni, lupa sume masalah kita yang dok bermain-main depan mata tu hari-hari.

Ada hamba Allah swt yang lebih rezekinya menaja pula orang lain yang kurang mampu untuk buat umrah. Hebatkan double pahala dia dapat.

Method yang Ustaz Shamsuri share ini sangat mudah untuk semua orang yang 1st time nak pergi Umrah.

Tak perlu nak pegang buku doa tu yang selalu semua orang pegang tu, memang perkataan dalam buku tu sangat tersusun dan teratur. Tapi kita nak berdoa bukan baca doa.  Luahkan apa yang kita hajati cuma sebelum pergi tu ambik sekeping kertas dan susun hajat kita  tu baik-baik. Nanti bukak jer kertas yang kita tulis tu dan jadikan sebagai panduan supaya tidak ada yang tertinggal

Semoga anda semua dapat menunaikan UMRAH dengan sempurna

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA