Selasa, 3 Januari 2017

TUDUNG LABUH CHIFFON UNTUK UMRAH DAN HAJI

"Saya nak tudung yang tebal"
"Saya nak tudung yang tak melekat ke badan"
"Saya nak tudung yang berdagu"
"Saya nak tudung yang labuh".

Itulah yang selalu dilontarkan kepada kami, jadi kami buat sedikit research camane nak bagi yang comel dan mengikut syariat ya.

Rasanya buat baju lagi senang dari buat tudung ni fening nak ikut selera berbagai peringkat umur tu. Ramai yang dah ada kesedaran nak kan tudung yang labuh dan mengikut syariat. Dah tak mau tudung pendek-pendek tu. Alhamdulillah lega rasanya kan.

Sekarang dah ramai yang bertudung, jadi kita bagi option supaya muslimah kat luar boleh menambah baikkan lagi cara bertudung ya. Ingat tak dulu kita pakai tudung bawal, tudung turki tu. Ikat depan simpul2 sikit buat reben. Bidang 45jer tak kenal tudung bidang 60. Tak pun tudung tu ikat belakang.

Tak der lagi shawl labuh masa ini, tudung ariani pun belum wujud lagi tuh. Kami panggil bawal memang kain voille tu bukan macam sekarang empat segi jer panggil bawal.

dulu pun kami pakai bawal 
Dah berkembangnya kesedaran oleh semua masyarakat Islam sudah mula ada penambah baikkan. Dulu pakai tudung bulat bidang 60 ker, tudung kushboo bidang 60 ker tu budak sekolah agama atau ustazah jer.  Orang biasa ni tudung version singkat punya tak tutup pun sampai dada.

Terimakasih pada guru-guru atau murabbi yang berusaha membuka minda para muslimah semua.
Sekarang budak kecik masuk tadika pun dah pakai tudung comel pulak tu.

Walaupun yang memerahkan rambutnya sama naik tapi yang bertudung pun ramai jugak ler. Biasalah yang muda  berfesyen-fesyen yang dah remaja purba macam kami ni tudung semakin labuh dah plain sahaja.

Our gegirl sumer sekarang demam dengan shawlnya yang berkelip-kelip ada yang kosong sahaja pun ada tu.

Sesuaikan dengan permintaan pasaran dan kami juga adalah pengedar barangan haji dan umrah kami cuba sesuaikan tudung-tudung kami agar dia labuh dan mengikut syariat.

Kami pilih bubble chiffon dua lapis ini sebagai solusi, kami gabungkan chiffon dengan lycra, moss crepe dan chifon.  Kami pilih pada kesesuaian supaya tidak jarang pada sipemakainya.. Yang cerah seperti putih dan offwhite kami pilih gabungan dengan lycra atau moss crepe.

Ramai yang bersungut tudung mereka menampakkan bentuk dadanya yang bidang tu, so kita usahakanlah supaya tudung kita ni tidak transparent tidak nampak tubuh dan labuh.

Buat masa ni kami kenalkan tudung saiz XL dahulu majoriti customer kita saiz sedang-sedang sahaja jadi. Bila pakai XL dah jadi labuh macam 2xl.  Anyway kita open order untuk yang nak saiz 2xl juga untuk berumrah.

Fabrik yang kami gunakan buble chiffon digabungkan dengan chiffon, lycra dan moss crepe. 

Ready solat dipadankan dengan jubah labuh bersama sarung tangan dan stokin sahaja.
Cantik dipakai sedondon dengan mini jubah kami jugak masa anda nak berangkat pergi or anda nak berpindah dari Madinah ke Makkah ke Madinah.

Chiffon Zamrud
Labuh dari Dagu 23 inci.
Fabrik Chiffon Ceruti Sama Warna Dua Tingkat
Awning Cotton Hijau Corak

Chiffon purple
Labuh Dari Dagu 23 inci
Lapis Luar Bubble
Lapis Dalam Chifon Light Purple

Chiffon Blue Black
Labuh dari Dagu 23 inci
Lapis Luar Bubbule
Lapis Dalam Chiffon Black

Chiffon black - xl - PRE-ORDER
Labuh dari dagu 23 inci.
Lapis Luar Bubble
Lapis Dalam Chiffon
Awning Kain Lace
Chiffon putih XL
Lapis Luar Chiffon Bubble
Lapis Dalam Lycra

TEMPAHAN WHATSAPP
KAK HAJJAH - 0192883235
 POS LAJU RM7 - RM10 (MENGIKUT KAWASAN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA