Selasa, 13 Februari 2018

POS LAJU OH POS LAJU

Kak Hajjah notis seminggu penghantaran Pos Laju dah jadi pos lambat ya.  Selalunya delivery paling maksimum hanya 3 - 4 hari. Lewat sampai 7 hari jika ke Sabah dan Sarawak.

Customer harap bertenang ya. Kami pun tak senang perut kalau you all tak terima barang yang dipesan tu. Sebab bila kami terima bayaran kat dah terikat dengan janji untuk penghantaran pada masa yang ditetapkan.

Tetapi semua tu beyond control kalau tersangkut kat Pos Laju beberapa hari, terutama sekarang ni musim perayaankan.

So pelanggan semua lebih baik buat belian awal kalau anda bercadang nak pergi umrah jangan tunggu seminggu baru nak pesan barang ya.

Nanti barang lewat you all jadi stress.  Buat masa ini Kak Hajjah terus terang sahaja dengan pelanggan Pos Laju lambat. Lebih baik hilang order dari nanti orang marah kita berbakul-bakul.  InsyaAllah nanti adalah rezeki lain kali nak berurusan tu kan.

Mudahan-mudahan selepas Tahun Baru China things get macam biasa yer.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA