10 NASIHAT IMAM HASSAN AL-BANNA
i. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta
ii. Bacalah Al-Quran, buku-buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah
iii. Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab, kerana bahasa Arab itu adalah syiar Islam
iv. Janganlah bertengkar dalam apa perkara sekalipun
v. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
vii. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
vii. Janganlah bercakap nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar, kerana suara yang nyaring itu adalah sia-sia dan kadang-kadang menyakiti hati orang
viii. Jauhilah daripada mengumpat orang lain.
viii. Berkenalan-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui atas dasar ukhwah dan kasih sayang.
x. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan