Khamis, 11 Januari 2018

BILA ANAK KEMBALI KE SEKOLAH

Minggu kedua cuti sekolah, baru balik ke dunia nyata.

first week semua orang haru biru, terutama bila ada gegirl dan boboi yang masuk tadikalah. Masuk darjah satu lah.

Macam-maca komen baca kat media sosial, pengalaman mak ayah ajar anak gi kantin beli makanan sendiri, tunggu anak kat pintu sekolah lah. 

tu beza dulu dan sekarang, masa kita dulu ko gilah sendiri jalan kaki dan bawak bekal dari rumah. Mana taknya rumah dengan sekolah pemisah cuma jalanraya jer. Tu pun jalan kampung besar mana sangat ha ha.

Zaman paling best adalah zaman sekolah, dulu teknologi tak der tapi sangat bahagia sekali. Tak der rasa takut anak kena culik ker, anak hilang ker.  Sekarang memang kena ekori anak tu, kalau tak orang lain ikut anak kita camane???

kita serahkan balik pada Allah swt jaga anak-anak kita, sayang macam mana pun Allah lebih sayangkan dia. Pastikan anak-anak solat subuh sebelum pergi sekolah dan ajar anak-anak doa-doa pendinding diri semoga terhindar dari segala bahaya.

Enjoy zaman terkejar nak ntar anak sekolah, ntar gi tuisyen. One day bila dia dah berdikari kita akan rindu kesibukan dan keriuhan rumah tu.

Bila semua dah membesar terasa sunyinya rumah kita.  Semoga anda semua bahagia dan ceria disamping yang tersayang.

Baru terbaca kat fesbook kisah smiggle, ingatkan apalah rupanya stationary set yang mengaum mahalnya. Adoi mak-mak tak payah lah nak ikut viral-viral tu.

Dulu-dulu kita cuma ada sebatang pensel, getah pemadam, pengasah pensel, pensel warna luna.  Hilang kena bebel sampai ke pagi dengan mak. Ramai kita hari yang jadi orang-orang berjaya. 

So you decide lah sendiri kemana dan bagaimana nak corakkan anak-anak you.

Bekas Pensel 
harga buleh bayar tambang bas sekolah dua bulan

bekas pensel dulu-dulu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA