Khamis, 21 Julai 2022

SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA

 Sahabat saya KT01 telah selamat sampai ke Malaysia dari /Tanah Suci Makkah. Sempat berwasap bertanya kabar beliau, alhamdulillah katanya cuma batuk dan selsema. Batuk dan selsema adalah hadiah dari tanah suci. InsyaAllah lepas seminggu semuanya akan kembali seperti biasa.

Dari update instagram Tabung Haji, jemaah Malaysia sangat selesa di sana sebab jumlah jemaah dari Malaysia sekitar 15,000 ++ sudah pun pihak Tabung Haji dapat sediakan perkhidmatan yang sangat baik lah sebab jemaah kurang dari biasa.

Tahun ini seperti tahun sebelumnya ada yang tersangkut sebab masalah visa. Kebanyakan yang menggunakan khidmat haji FURADA. Harap semua boleh bertabahlah ya. Belum sampai seru lagi untUK menunaikan haji ke tanah suci Makkah.

Semoga tahun depan lebih ramai lagi yang dapat peluang untuk menunaikan haji. Selesai haji maka berduyun-duyun pula lah jemaah umrah akan memasuki Arab Saudi,




gambar sumber Astro Awani


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA