Jumaat, 26 Jun 2015

SYARAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Kefardhuan solat tidak mengira tempat atau keadaan, walau dimana kita berada selagi masih ada hayat wajib ditunaikan. Kerana itu ada panduan untuk orang yang sakit mengerjakan solat kecuali orang itu sedang koma maka terlepaslah namun selepas ia sedar masih kena QADHA.  Sayangnya ramai orang yang mengabaikan solat, melengah-lengahkan menganggap boleh di Qadha atau di Jama' tanpa sebab. Dari pemerhatian admin ada satu kecenderungan dikalangan muslimat suka mengumpulkan solat. Sembahyang Zuhur dibuat dah dekat masuk waktu asar dalam jarak 10 minit bila masuk Asar terus buat solat Asar. Ntah mana kitab yang dirujuk admin kurang arif.

Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di shopping kompleks. Alasannya tidak ada pakaian yang proper seperti tiada telekung dan tudung pulak singkat baju pun ketat. Ada yang kata boleh qadha bila balik rumah nanti.

Qadha solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar. Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan mengqadha solat yang ditinggalkan itu segera mungkin. Jadi dalam situasi begini, jika wanita tersebut memakai pakaian yang memenuhi kriteria pakaian yan g menutup aurat tiada masalah telekung atau pun tidak. Boleh terus solat sahaja.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu. Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

tudunglabuh 2xl perfect for solat

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

stokin lycra tebal - rm10.00 shj

SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA