Anda nak pergi umrah dengan anak-anak yang masih kecil sila baca kat bawah ini. Tip-tip ini mungkin berguna untuk anda nanti InsyaAllah.
Pengalaman sendiri pergi umrah dengan sepupu sekeluarga. Pergi satu family dengan late uncle Tuan Haji Ramly, my lovely auntie Zaitun, anak dan cucunya. Masa tu Iman dan adiknya baru umur 4 - 5 tahun. Budak-budak tembam bila tawaf habis melecet peha sudahnya ibu terpaksa sewa wheel chair.
Yang seronok Iman kenyang paw atuknya, macam-macam dapat makanan, pakaian dengan kain serban tu pun dapat. Seronoknya kenangan tu masa tu belum renovate lagi, kami pergi dengan UTAS Travel tahun 2017, jarak hotel ke MASJIDIL Haram 100 meter jer nak buang air balik ke tandas lobby hotel.
Tandas masa tu jauh sikit turun ke bawah..sayang no photo-photo ambik pun.
Tips yang saya nak kongsi ni mungkin berguna untuk anda ya.
1. Berdoa
Rasanya ni semua orang tahu dan buat sebelum pergi Umrah dan Haji, berbulan-bulan menadah tangan minta pertolongan Allah swt supaya dipermudahkan selala urusan. Selamat perjalanan, semasa di sana dan mudah untuk beribadah dan diberi kesihatan yang baik.
2. Persiapan Diri
Kesihatan memastikan tahap kesihatan anak dalam keadaan baik. Bercerita dengan anak-anak kisah-kisah Nabi saw, Makkah dan Madinah. Ikutlah tahap umur anak dan setakat mana dia orang boleh mencerap info-info ni.
Kanak-kanak suka main tak kira dimana dia orang berada, latih anak-anak dengan adab-adab dalam masjid dan majlis ilmu. Ini bukan setakat di tanah suci jer. Kat Malaysia pun kena latih.
Ada yang orang solat jemaah dia main akrobatik kat belakang, lebih malang main antara saf lelaki dan perempuan lagi. Kita bukanlah tahap khusyuk sangat, sangat mengganggu kami yang kat belakang nie.
3. Perjalanan yang panjang
Budak-budak cepat boring, perjalanan makan masa yang panjang kat airport dah menunggu 3 - 4 jam. Dalam flight dah 8 jam. Sampai kat Makkah dan Madinah sebelum sampai hotel dah ambik masa 2-3 jam lagi. Sudah tentu memenatkan sangat bagi kita semua yang tua ni jugak.
Ibu ayah bertabahlah, bawaklah faberet mainan anak-anak, toys atau buku cerita untuk kurangkan bosan mereka.
4. Bekalan ubat-ubatan
Ini sangat-sangat penting bekalan ubat bukan sahaja anak-anak tapi untuk orang tua jugak. bawa medical box sendiri in case minor luka atau sakit tak perlu kelam kabut nak cari klinik.
Nanti kita buat semua orang kalut nanti ya
Saya suka bawa paracetamol, minyak urut dan Iv Mist ya. Sebab saya memang selalu lenguh dan sakit-sakit kaki. Budak-budak dapatkan dari you punya doktor bekalan ubatnya.
5. Makanan
Penting sangat sebab kalau tak biasa travel agak sukar sikitlah tambah kalau ada alahan. Ibu ayah kena prepare apa yang boleh dan tak boleh makan.
1. Susu
2. Cereal
3. Biskut
Makanan lain macam nasi, roti dan pasta tu tak der masalah boleh jer, KFC pun ado kalau susah sangat nak kasi makan.
6. Alat bantu
Kalau anak anda 5 tahun ke bawah bawalah stroller nanti dia orang kepenatan banyak berjalan. Nanti dengan melecetnya lagi celah peha tu.
ihsan google
Untuk yang kecil bawa baby carrier senang you nak dukung dia orang, ni part ayahlah ya. Nak bertawaf ker nak saie ker.
Thermos kecil jangan lupa senang nak bawak bekal susu nanti.
Bawa back pack khas untuk keperluan anak-anak kecil. Isikan baju, seluar, pampers, tuala kecil, toys, susu dan makanan ringan masa kat Masjid. Kat luar masjid ramai yang berkelah anak beranak.
ihsan google
7. Pakaian
Pakaian anak-anak bawa secukupnya, stokin, baju dan seluar berlengan panjang pun kena bawak terutama kalau you all pergi musim sejuk. Pampers dan tuala kecil.
Paling penting kain ihram budak ni jangan lupa baru dapat feel pergi umrah. comel sangat tau.
Kami ada ihram umrah dewasa dan kanak-kanak jugak ya. Comel sangat bila pakai kain ihram nie.
gambar ehsan google
Cari Kain Ihram kanak-kanak dan dewasa
wassap Kak Hajjah - 0192883235
Tiada ulasan:
Catat Ulasan