Rabu, 22 November 2017

KURSUS HAJI 1439 HIJRAH BERSAMAAN 2018

Minggu kursus haji dah mula, dah daftar ke belum?

Secara rambang dari pemerhatian kami, kursus haji banyak dijalankan serentak pada hari Sabtu, jadi kepada yang bekerja cuba check Kursus Haji yang dikelolakan oleh Masjid sendiri yang bukan diuruskan oleh Tabung Haji.

Selalunya Kursus Haji Swasta pada hari Ahad.  Kursus dijalankan sebanyak 17 siri.

Cuba pusing kelilling tengok banner dikawasan tuan puan. Di mana yang lebih selesa nak berkursus haji.

Di kawasan kami area Setiawangsa/Keramat dan Hulu Klang. Boleh pergi kursus kat:-

Masjid Muaz bin Jabal - Di bawah Tabung Haji
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah - Di bawah Tabung Haji
Masjid Al Ansar- Di bawah Tabung Haji
Masjid Usamah Zaid - Swasta
Masjid Al Hidayah Baru - Swasta
Masjid Assobirin - Swasta

Ada sedikit bayaran dikenakan untuk refreshment, bakal jemaah haji kena check dengan pengurusan berapa bayaran yang dikenakan itu.

Semoga bermanafaat untuk semua. Selamat Berkursus dari Kak Hajjah, bila dah pergi kursus haji, niat anda dah tertulis hanya menunggu tarikh sahaja.

Kepada yang nak merayu sudah boleh submit rayuan anda tu kepada Pengurusan Tabung Haji, ada yang dah dapat surat Kak Hajjah ucap tahniah. Semoga niat anda untuk menunaikan haji kesampaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA