Selasa, 12 Disember 2017

UMRAH MUSIM SEJUK

Ramai sahabat-sahabat Kak Hajjah yang mendapat jemputan sebagai tetamu Allah swt untuk musim sejuk dan cuti sekolah nie. Ada jugak yang dah selamat balik ke Malaysia. Tahniah kat anda semua ya.

Walaupun musim sejuk tapi anda semua jangan bimbang tak sampailah tahap freezing gitu. Kata kawan sedap-sedap jer cuacanya nyaman sesangat. Selesa nak beribadah. Berita terkini kat Madinah memang sejuk jadi makcik-makcik bawalah baju sejuk dan juga pelembab ya sebab kulit mengering nanti. Tapi tak perlu bawak baju sejuk yang bulu-bulu tu.


Setiap kali tengok depa update status membuak-buaklah rasa hatinya nak turut serta cuma masa tidak lagi mengizinkan saya untuk turut serta. InsyaAllah saya akan sampai jugak ke sana nanti.

Menurut grup Imtiyaz yang berada di sana ada jemaah mereka yang meninggal semasa di Madinah. Allahu Akbar di semadikan di tempat mulia tempat bersemadinya Nabi Muhammad S.a.w dalam bulan mulia pulak tu bulan Rabiulawal.

Menurut sahabat meninggal dalam tidur masih muda lagi seorang jemaah lelaki yang berumur 40 an. Datang berdua dengan isteri balik sendirian, walaupun berat kaki melangkah pulang tapi itu ketentuan Allah s.w.t


Pada yang pergi dengan anak kecik tu tahniah kerana anda memang parents yang hebat, sabar nak layan karenah anak kecik dicelah kemeriahan manusia yang ramai tu.

Apa yang customer online request most dari Kami adalah:-

1. Mini telekung poket
2. Telekung poket juga termasuk
3. Mini Jubah sepasang dan seluar
4. Kasut tawaf - ada poly dan velvet material
4. Inner berpoket
5. Baju pagoda berpoket
5. Telekung poket juga termasuk
6. Sarung tangan kami yang sangat cool
7. Tudung tawaf berlengan
8. Tudung labuh juga
9. Seluar haji lelaki dan perempuan.
10. Stokin solat
11. Stokin wudhuk
12. Spray wuduk
13. Kain Ihram + Tali pinggang

yang lain juga ada, selalunya yang lain-lain sudah ada cuma nak tambah sikit-sikit ja.


Mini Jubah - Umrah Musim Sejuk



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA