Isnin, 18 Disember 2017

IMAMS Dibatalkan - Terimakasih Kerana Tidak Menambah Luka Hati Rakyat


Tindakan tepat batalkan IMAMS
Mohd. Rafie Azimi

17 Disember 2017 3:02 PM


ALOR SETAR 17 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyanjung tinggi tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyatakan persetujuan supaya pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan serta merta.



Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sekiranya diteruskan, sistem tersebut dilihat hanya membebankan rakyat. 



“Pelaksanaannya dilihat terlalu terburu-buru dan tidak rasional. Apabila Perdana Menteri bersetuju dengan pembatalan tersebut, ini membuktikan yang beliau sentiasa peka serta menitikberatkan keadaan semasa dihadapi rakyat. 


“Dalam keadaan rakyat dibebani oleh kenaikan kos sara hidup dan faktor luar jangka yang lain, kami amat berharap supaya pelaksanaan sebarang sistem atau dasar akan mengambil kira kepentingan serta sensitiviti rakyat terlebih dulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Tambahnya, sekarang bukanlah masanya untuk mana-mana pihak menambah beban rakyat dengan setiap insiatif yang mahu diambil perlu dinilai baik buruknya secara teliti. 


“Alasan kononnya inisiatif ini dapat menambah perbendaharaan kerajaan adalah sesuatu yang tidak setimpal dengan beban tambahan kepada jemaah umrah. Reaksi rakyat sudah boleh menjadi kayu ukur kepada usaha yang semberono dan membuta tuli seperti ini. 


“Kami percaya bahawa inisiatif ini menampakkan kelemahan sistem nilaan perolehan kementerian berkaitan. Sepatutnya pihak kementerian mengambil kira impak politik dan dalam masa sama mengkaji beban kewangan dihadapi rakyat secara keseluruhan,” katanya. 


Beliau menegaskan, pihaknya konsisten dalam menolak sebarang usaha menambah beban rakyat melalui khidmat yang belum jelas atau bersifat ‘atas angin’. 


“Jika pemantauan menjadi isu, langkah memperkenalkan lesen khas kepada syarikat pengendali pakej umrah sudah memadai dengan sebarang penambah baikan sistem secara belakang tabir (back end system) wajar dilihat semula supaya tidak membebankan jemaah,” katanya.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tindakan-tepat-batalkan-imams-1.574606#ixzz51X7KBOjF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kami dah cukup terseksa dengan 1001 gst dan cukai yang terpaksa dibayar. Jangan buat rakyat jadi loya dan meluat. 

Jangan pula batal yang ini muncul yang lain selepas PRU nanti. Sudah cukup hati kami hamba rakyat dilukai.

Orang yang kelaparan dan susah selalu buat unexpected tindakan! Nak ingatkan saja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA