Semalam Kak Hajjah menghantar sahabat dan keluarga yang nak berangkat menunaikan haji. Alhamdulilah setiap tahun ada sahaja anak kariah kami yang dapat menunaikan haji.
Masa kenduri doa selamat yang pertama Kak Hajjah tak dapat hadir sebab sama serentak dengan kenduri doa selamat untuk kakak yang nak gi menunaikan haji.
Bila tengok orang berangkat pergi haji rasa sayu dan sebak teringat pengalaman kita pergi dulu. Kalau lah dapat gi lagi alangkah seronoknya. Allahu Akbar.
Orang yang nak pergi haji ni saat-saat akhir tak lalu dah nak makan-minum macam orang nak kahwin jugak ha ha. Cemas, sebak, rasa takut pun ada nak menyertai jutaan manusia. Tapi jangan bimbang dicelah-celah jutaan manusia itu ada ruang untuk kita.
Kalau anda seorang yang ringan tulang dan manis mulut lagilah dapat ramai kenalan. Nanti anda akan dapat rakan sebilik ada yang tua dan ada yang muda dan yang pertengahan umur. Supaya anda boleh bantu membantu. Percayalah ada pahala untuk anda jika suka saling membantu.
Sekecil-kecil bantuan tolong ambil kan makanan untuk kawan-kawan. Mungkin buleh tanya dia orang nak makan ker tak. Selera masing-masingkan, tapi kalau dah ramai elok pulak berkawan-kawan tu rasa sedap jer semuanya.
Ada yang rajin buat air minuman, yang penting jangan selfish. Jangan buat macam rumah sendiri tu rumah orang kita hanya tetamu senja marilah menghormati satu sama lain. Berat dugaan duduk ramai-ramai untuk jangkamasa yang lama. Macam kita masuk rumah sewalah 42 hari tu tak sempat mesra dan kenal hati budi pun. Tapi kalau dapat yang jenis berlapang dada dan sabar, 2 - 3 hari dah jadi kawan baik dah.
Kalau anda bertimbang rasa dan berkerjasama semuanya akan jadi lebih mudah untuk semua orang. Kak Hajjah tabik spring dengan semua kakitangan tabung haji dan petugas haji. Dia orang ni bekerja keras untuk jaga semua orang.
Anda sahaja arahan sebab tu untuk kebaikan anda semua jemaah haji. Kakitangan tabung haji dah mula menguruskan jemaah haji sejak di Kelana Jaya. Rasa sangat terharu bila kita disambut sejak di Kelana Jaya, naik bas siap ada escort lagi selama ni tak pernah dapat kena escort dengan polis trafik.
Sampai kat KLIA disambut lagi, tiba di Jeddah ada yang menunggu. Turun bas sampai kat maktab berbaris pegawai yang menunggu. Allahu hebatnya sambutan manusia. Apalagi para malaikat yang menyambut dan mendoakan perjalanan semua Jemaah Haji.
Belum tentu kita dapat haji mabru atau tak sebab hanya Allah taala yang tahu. Kalau hamba Allah mengalukan betapa pula malaikat dan Allah swt yang menerima setiap detik kehambaan umat manusia.
naik bas ke KLIA |
Pegawai Tabung Haji |
Check In |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan