Tadi pergi ziarah anak sahabat yang dapat menunaikan haji, bertuahnya mereka parents dah beringat sejak anak-anak masih kecil lagi. Sempat berbual jugak mengenai persiapan seperti orang-orang lain jugak beg masih belum kemas sepenuhnya lagi.
Pengalaman sendiri pun begitu, dapat panggilan last minit. Kemas beg lebih 5 kali, keluar masuk barang dan susun balik. Check list 3-4 kali.
Mengimbau kenangan 2015, dua minggu sebelum tarikh berangkat sangat stress dan memenatkan. Beg besar nak bawak tak ada, nak kena beli. Adik ada offer beg dia tapi cuma 24 kg, barang-barang peribadi pun dah penuh belum kira barang-barang yang Kak Long kirim lagi.
Jangan lupa jahit label kat beg, sarung sajer tak memadai boleh tercabut nanti, masa balik beg akak dah bogel tak tau kemana sarungnya. So beli sarung yang macam belt lagi baguih.
Beg kuning nie berisi buku zikir, buku panduan, buku fiqh wanita dan cenderahati dari sponsor
Ambil cuti 2 hari awal dari tarikh berangkat nak sediakan semua barang-barang peribadi yang kecil-kecil. Beg kuning yang Tabung Haji bagi tu berisi vitamin, ubat-ubatan dan buku-buku doa dan panduan untuk bakal jemaah. Ada barang yang tiada macam botol spray wudhu. Set manicure pun beli juga tapi kan tak beli pun tak apa beli ajerlah ketip kuku dengan gunting kecil kat sana berlambak kat tepi jalan.Jangan lupa basuh dulu semua pakaian kita tu, jangan terbubuh softlan pulak nnt dalam ihram tiada bau-bauan. Lebih baik jaga dari awal so saya tak bawa apa pun yang wangi-wangi. Disini peluh pun tak derlah bau hangit macam kat sini. Cuacanya panas kering.
Bermacam-macam perasaan ada gembira, gementar dan takut. Pergi sorang-sorang tak ada pengiring. Walaupun ada ramai lagi jemaah dari Malaysia tetapi kita tak pasti samada room mate kita serasi tu sesuai ker serasi ker.
Sedangkan kita tau disana semua perkara kita kena jaga dari soal ibadah dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Nak jaga hati, nak jaga tutur kata dan perbuatan. Sangat membimbangkan.
Dalam masa yang singkat nie jugak, mum kat kampung organised kenduri doa selamat, seperti kebiasaan semua orang nak pergi haji. Alhamdulillah masih ada mum yang boleh fikir hal-hal lain.
Alhamdulillah for this time around my mum sanggup bersusah payah datang ke Kelana Jaya untuk hantar akak pergi. Eventhough kita pergi kerana Allah dan hanya Allah yang memisahkan kita. Tetapi mungkin ini perpisahan abadi bagi kita.
Tambahan dua hari sebelum berangkat berlaku tragedi crane runtuh. Alhamdulillah apa pun berlaku tekad dan bulat tak mungkin lagi untuk berundur.
Jiran-jiran pun tak ketinggalan berkumpul dirumah mengiringi kita, syukur seronok sebab kita rasa macam ramai orang yang sayang kita dan appreciate kita dalam kelompok kita.
Masa tahfiz laungkan azan rasa hilang segala kegundahan dalam hatimu. Hilang segala rasa takut dan gementar. Syukur ya Allah betapa besarnya anugerahMu.
Flight akak selepas tengah malam, adik, abang, kakak mak dan anak sedara pun ada yang tak dapat datang berkirim salam. Dia orang sahaja yang available , syukur Alhamdulillah. My office mate pun datang juga, duduk pun sebelah Office Tabung Haji.
Kami gerak dari rumah dalam pukul 9.00 malam sampai kat sana orang dah melaut, punyalah demam nak cari parking dan tempat duduk. Masa kat sini kami dapat tagging untuk bagasi, boarding pass, name tag, gelang ajaib dan handbag marah yang mahal giler tu.
Mahal nie RM10K
Masa kat sini mummy dah start banjir dah, siap meninggalkan pesanan penaja off course dia dapat pergi 2 kali gi haji kan. Dah banyak pengalaman. Kami pun ambil kesempatan wefie yang lain tak nak so biarkanlah.
Pukul 12.00 malam dah check in, dengar taklimat kat dalam dan naik bas ke airport. So the journey has begun. Thank you Allah aku rindu nak ke sana lagi. Best jugak naik Saudi Air nie tapi yang bawa dan kakitangan semua orang Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 7 jam ada dua kali meal so solat Subuh dalam flight, i’m escapre masa pergi ni tengah uzurkan..Sampai di Qarnul Manazil pengumuman untuk niat ihram umrah.
Tahun ni dengan kabor bukan Saudi Airline tetapi anak syarikatnya yang akan membawa sebahagian dari jemaah haji kita.
Susah atau senang pengalaman adalah ujian dari Allah swt. Semoga Haji dan Hajjah bertabah dan dapat menunaikan haji yang sempurna dan dapat haji mabrur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan