Jumaat, 2 Mac 2018

TUDUNG LABUH UNTUK UMRAH

Tudung Kak Hajjah ni tak lah fofuler sangat orang tak kenal pun. Kadang orang jumpa secara accidently jer lah.

Promote pun tak, tak mampu lah iklankan.  So saya ambik pendekatan saya sendiri sajalah buat produk promote dan jual kat off line.

Tapi yang bestnya kami nie service customer, ada customer yang muka kecik dan ada jugak yang muka plus size. Ada customer nak tudung labuh ikut kesesuaian tinggi mereka.

Kami cuba sebaik mungkin untuk cuba "satisfy" customer.Alhamdulillah setakat hari ini semuanya berpuashati.

Ukuran tudung pula ada XL - 23 inci, 2XL - 26 inci dan 3XL - 28- 29 inci (upon request sahaja)

Pilihan fabrik pula kami gunakan lycra, denim, moss crepe dan chiffon.

Alhamdulillah customer kita memanglah baik hati semua ya, apa hal pun buleh bawak runding juga.

Macam tudung kat bawah nie, customer request nak beli untuk mak sedara dia nak tudung dua xl tapi nak buat tali macam telekung ziarah. Muka mintak macam tudung tak nak kedut-kedut atau getah bagai.

Untuk naikkan seri kami jahit piping atau kun kat atas tudung biar nampak terserlah ya.

Baby Blue - Saiz 2XL
Labuh 26 INCI

Kelabu saiz 2xl
Labuh 26 INCI


Maroon saiz 2xl 
Labuh 26 inci

Puan Zalina pula memang tak pernah pakai tudung lycra beliau cuba satu helai dulu warna putih.  Alasannya lycra kain yang melekat kat tubuh. Tapi kerana beliau saiz medium tudung lycra tidaklah memberi impak bentuk badan bila dipakai. 

Next order beliau memesan warna light brown dan warna cafe.

Light Brown
Labuh 26 inci

Cafe 
Labuh 26 inci.

Sahabat FB Puan Rohana first order mintak kami jahit tudung ikut ukuran beliau sendiri. Dengan kecanggihan smart phone beliau bagi ukuran sendiri. Alhamdulilah beliau berpuas hati dengan tudung kami.

Kalau nak tau lanjut klik jer kat link tudung labuh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA