Selasa, 13 Mac 2018

MENJADI TETAMU ALLAH JUGA REZEKI

Bila kita dapat setiap hari yang baru tu lah rezeki. Kita masih boleh lagi bernafas itu rezeki, boleh menggerakkan setiap anggota tubuh badan itu rezeki.

Dapat kerja tu rezeki, dapat gaji tu rezeki. Ramai di luar yang masih lagi mencari kerja, masih lagi berjuang untuk menyara hidupnya.

Ada rumah tempat berehat tu rezeki, sebab ramai gelandangan lagi yang tak berumah. Ada orang yang dah pencen tak punya rumah. Kecik atau besar syukur alhamdulillah. Rumah besar tapi tinggal dua orang boleh main futsal kat dalam rumah sunyi jer.  Rumah kecik tidur himpit-himpit kat situ ada rasa kasih sayang dan ikatan yang erat.

Anak dapat masuk IPT tu rezeki, ramai anak orang yang gred bagus tapi tak dapat masuk sebab tak ada duit nak sambung pengajian. Berhenti belajar sebab nak jaga keluarga dan orang tua yang sakit.

Kita tak boleh hitung setiap rezeki yang Allah bagi kita kan!! Bersyukurlah

Hidup akan diuji dengan susah, sakit, resah gelisah sebab Allah swt nak lihat keimana dan kekuatan kita sebenarnya.

Hari ini dikejutkan dengan berita dari seorang customer yang dijangka patut pergi menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Malangnya pemergian terpaksa ditunda kerana ayahnya telah meninggal dunia baru-baru ini. Jadi terpaksa tunggu edah ibunya habis.

Apa yang buat Kak Hajah rasa sedikit sayu sebab barang-barang umrah untuk si Ayah anaknya dah beli dan dah dihantar pun kepada beliau.  Sebelum tu 2 -3 kali tertangguh penghantaran tu dan ayahnya berkali-kali tanya bila barang-barang umrah beliau nak sampai.

Barang yang dipesan kain ihram sepasang
Kain pelikat tak berjahit 2 helai
Seluar haji lelaki 2 pasang
Baju pagoda 2 pasang
Tasbih - hadiah
Spray wudhuk


Allahu Akbar moga anak dan isteri tabah ya.  Takziah dan Alfatihah

Ehsan google - barang umrah haji untuk lelaki


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA