Nota Ustaz Dr Azmil*
Bahagian 1. AQIDAH...
Assalamu’alaikum .. Bukalah hari ini dengan senyuman dan keceriaan.
Jadikan satu kebiasaan, berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur walau nak cepat mana sekalipun. Semua muslim tahu doa bila bangkit dari tidur ( yang dianjurkan ada disebutkan di dalam hadis riwayat al Bukhari: "Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada Nya (kami) akan dibangkitkan kembali."
‘setelah mematikan kami' ertinya tidur spt 'saudara kandung' kematian.
"Dan Dialah yg menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangun kan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al An'am, ayat 60)
Nampak kecil tetapi inilah antara cara mudah untuk meraih pahala, sehingga membawa pada keceriaan pagi sebuah kehidupan..
Mulai hari ini, apa kata kita jangan abaikan sunah Nabi Saw yang satu ini ya....
*Ustaz Dr Azmil*
*Aqidah*
Subuh berbahagia masih menghirup bekalan oksigen diberi peluang Allah tanda belaian kasih sayangnya, moga kita teruskan kehidupan dengan mentaatkan diri kepada Allah..
Hijrah dan merdeka. Dua peristiwa ini penting untuk di imbau, terutama peristiwa hijrah. Kita selepas dijajah menggunakan kelendar masihi. Utk makluman nama2 bulan masihi ada lah nama dewa ketika orang orang barat sembah dewa. Ini semua dah pun tiada roh islam. Kita harap sgt masyarakat semakin sedar, untuk guna kalendar hijrah supaya kita dpt rasa jati diri islam. Selamat p bulan dlm hijrah itu kita ada amalan dan ibadah untuk kita ingatkan diri kita dengan amalan2 itu. Bila sampai bulan tertentu, kita akan ingat seerah nabi, dan imbau kisah nabi saw. Ini menambahkan dekatnya dgn islam. Itulah sebahagian kepentingan menggunakan taqwim hijri.
sayyidina omar lah yang pertama mengguna kan taqwim hijri. Lebih bersih nama nama bulan2 dalam hijri( walaupun ianya diwarisi dr zaman jahiliyyah) kerana ertinya setiap bulan itu ada makna makna tersendiri yang lebih baik dari nama bulan masihi yang berteraskan pd nama dewa. Zaman nabi saw tiada tahun hijrah yang ada hanya nama nama bulan. Tahun hijrah di dasar kan pada tahun nabi mula hijrah yang jadi turning point pada kejayaan islam. Hijrah nabi saw ada lah perintah Allah.
*Akhirul kalam*
“WAHAI anak Adam! Kamu hanyalah hari hari dalam kehidupan! Apabila berlalu sehari maka hilanglah sebahagian daripada hidupmu.” imam Hassan Al Basri..
Pakailah teropong mana sekali pun, kita tetap akan lihat ada kematian di hujung terowong kehidupan. Inilah
kehidupan manusia.
Sama sama bermuhasabah melihat betapa peluang hidup yang sekali di dunia ini sangat berharga dan tidak patut dibazirkan dengan hanya aktiviti yang hanya berteraskan nafsu. Kena sulami dengan aktiviti ilmu juga..
Wallahu’alam
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan