Selasa, 7 Ogos 2018

TUDUNG LABUH SAYA KETIKA HAJI DAN UMRAH

Saya nak share apa product yang saya rasa selesa sangat pakai masa gi haji. Memang ni produk sendiri kalau nak kata masuk bakul pun tak apa. Yang penting saya dah guna sendiri masa pergi haji selalunya pakai kat Malaysia sahaja. Feedback saya dapat dari pelanggan yang pakai untuk pergi haji pun sangat memberangsangkan. 



Tudung Labuh kami ada XL, 2XL dan 3XL tapi saya sangat selesa dengan saiz xl dan 2xl sahaja. 

Material yang saya bawa pergi adalah denim dan embossed lycra.

Denim saya pakai ketika cuaca panas sebab dia serap peluh dan lasak dah pakai gantung kena angin baupun hilang. Terutama ketika di Mina tiap2 hari gi melontar pakai tudung yang sama tak boleh nak basuh pun tak der tempat nak menjemur.


Sampai room mate saya komen senang nak cari kalau saya hilang dari pandangannya sebab kebanyakan jemaah pakai telekung ataupun tudung lip lap yang di beli di sana. Saya pakai tudung warna maroon.

Tudung kami patuh syariah sebab dia labuh dan tutup dagu. Kalau nak terus ajer bersolat dengan tudung labuh tu.


anda mencari tudung labuh untuk bawak pergi umrah musim sejuk dan umrah hujung tahun

jom cari kat TUDUNG UMRAH HAJI

STOK TERKINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA