Selasa, 14 Ogos 2018

PERSEDIAAN JEMAAH HAJI KE ARAFAH

Apa yang patut anda bawa dalam hand luggage tu, pandangan saya jangan membimbit banyak sangat beg. So tahun ni camane naik bas ker naik train. Dalam tv kata naik tren, syukur alhamdulilah, lebih cepat dan mudah InsyaAllah.

  1. Telekung anda - 2 helai dah cukup
  2. Pakaian anda jubah solat, jubah tidur dan jubah harian - 3 dah cukup
  3. Pakaian untuk pergi melontar yang sesuai - saya suka mini jubah jer mudah 
  4. Tudung labuh kena pakai kecuali tidur jer pakai anak tudung.
  5. Pakaian dalam secukupnya - prefer disposable panties 
  6. stokin dan sarung tangan - always cover aurat properly
  7. Uncang Batu
  8. Back Pack 
  9. Spray Wudhuk
  10. Selipar
  11. Lapik Tidur Plastik
  12. Tuala
  13. Kain Batik
  14. Buku Doa dan Al-Quran - senaraikan doa-doa yang hendak dibaca tu.
  15. Bawa plaster i,e handyplast takut kaki melecet jalan jauh.

Terowong ke Jamrat

Ke Arafah

Lautan manusia ke Arafah

  • Pesanan Kak Hajjah masa kat Arafah jangan banyak sembang dan membawang fokus pada solat, baca Quran, Zikr dan berdoa.
  • Jaga aurat betul-betul terutama masa dalam khemah dan ambik wuduk jangan buat macam kat rumah atau sungai tu pakai anak tudung jer ya. Stokin dan tudung 24 jam pakai.
  • Bilik air bertabahlah anda untuk jangka masa 5-6 hari tu. Tiada keistimewaan sila berbaris jangan potong barisan.
  • Jangan basuh baju dalam toilet. Tolonglah sangat-sangat nanti ada yang terkincit kat luar tu.
  • Mulut jaga jangan sindir menyindir. 
  • Jaga kesihatan banyak minum air ya..
  • Beg bawa yang 5kg Tabung Haji bagi jangan bawak lebih-lebih, makanan cukup jangan risau jangan bawak bekal banyak sangat.

Khemah-khema di Mia


Laluan ke Jamrat bertingkat-tingkat


NIKMATI KEGEMBIRAAN MENJADI DUYUFUR RAHMAN esok entah ada peluang lagi ke tidak.

copywriting by Kak Hajjah telekungmusleema


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA