Saturday, August 22, 2015

MUSLIM MEMASUKI RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

TIDAK HARUS Muslim masuk ke dalam gereja ketika upacara keagamaa diadakan kerana ia majlis yang tidak diredhai oleh Allah.

TIDAK menjadi kesalahan dalam Islam bagi seorang Muslim memasuki rumah ibadat agama lain seperti kuil atau gereja untuk tujuan tidak bercanggah dengan syariat.  Contohnya untuk menghadiri seminar, perbincangan, berjumpa dengan tokoh agama dan sebagainya.

Untuk memasuki rumah-rumah ibadat ini perlu mendapatkan keizinan penganutnya atau paderinya.  Ini ialah adab yang mesti dipatuhi.  Gereja, kuil dan rumah ibadat agama lain masuk dalam kategori rumah.  Firman Allah surah al-Nur:27.

Sekiranya tidak menimbulkan fitnah, seorang Muslim juga dibenarkan bersolat di dalam rumah ibadat agama lain.  Ini kerana semua tempat di muka bumi ini ialah tempat sujud kepada Allah.  Melainkan pada tempat-tempat tertentu yang ditegah solat disitu.

Diceritakan bahawa Saidina Umar al-Khattab pernah bercadang untuk bersolat dalam gereja.  Namun beliau khuatir jika generasi selepasnya melihat Umar pernah bersolat di dalam gereja tersebut.

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA