Friday, August 7, 2015

ISTIGHFAR MENJEMPUT REZEKI DUNIA AKHIRAT

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hassan al-Basri rahimanullah mengenai langit tidak hujan. Hassan al-Basri lantas berkata kepadanya: "Beristighfarlah kepada Allah"

Setelah itu ada pula seorang lelaki lain datang mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hassan al-Basri lalu berkatan kepadanya: "Beristighfarlah kepada Allah"

Kemudian datang lai seorang lelaki lalu berkata: "isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak."Hassan al-Basri berkata "Beristighfarlah kepada Allah.

Berkata seseorang: beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar?" Hasan al-Basri menjawab: Aku sama sekali tidak mengatakan apapun yang datang dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah swt berfirman.

Surah Nuh : ayat 10 - 12, Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha pengampun Nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.



Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab di duni dan di akhirat, Maka janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar memohon ampun kepada Allah swt.



No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA