Ahad, 9 Ogos 2015

SOLAT - DI MANA SAYA PATUT SOLAT

 Dirikanlah solat ada setiap waktu yang ditentukan - ada 5 waktu yang ditetapkan subuh, zohor asar, maghrib dan isyak. Peliharalah solat dengan melaksanakannya dia awal waktu. Sekiranya anda seorang muslimin bersolatlah sebaiknya di masjid atau surau, selagi anda boleh dengar laungan azan lebih afdhal anda berjemaah di masjid.

Bagi wanita ada boleh untuk berjemaah ataupun bersolat dirumah sebaiknya adalah dirumah, kerana wanita ada kekangan urusan rumahtangga. Jika sudah free dari tugas rumahtanggan dan anak-anak sudah dewasa maka diharuskan bagi wanita untuk bersolat berjemaah. Sebagaimana di haruskan jugak bagi kaum wanita untuk keluar rumah mendengar majlis ilmu sekiranya suami tiada kepandaian untuk mendidik isteri dan anak-anak dengan soal agama.

Sesekali suami boleh bawa anak dan isterinya solat berjemaah di masjid sambil mendengar dalam majlis ilmu. Suami juga boleh mengajak anak dan isterinya solat berjemaah dengan beliau sendiri sebagai imamnya. Alangkah cantiknya rumahtangga ini "keluarga sakinah membawa berkah".

Perintahkan anak-anak anda bersolat ketika umur tujuh tahun pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika umur mereka 10 tahun. Ramai orang yang menekankan anaknya untuk berpuasa seawal usia 7 tahun tetapi tidak pula menekankan anak-anak solat dengan sempurna ketika umurnya 10 tahun. Sepatutnya ajar anak kita soal iman, diikuti dengan solat dan baru puasa.

Iltizam untuk memperbanyakkan solat sunat seperti sunat qabliyat dah ba'adiyah. Solat sunat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. Barang siapa yang menghidupkan sunat sebelum dan sesudah solat fardhu sesungguhnya mereka sendan membina mahligai disyurga. Kat atas dunia kerja macam nak rak dapat rumah flat ajer, dekat akhirat hanya berbekalkan solat hari-hari anda membina sebuah rumah banglow.

Hidupkan solat dhuha kerana ia adalah Sunnah Rasulullah s.aw. seminimum 2 rakaat dan maksimum 8 rakaat. Solat Dhuha adalah vitamin untuk tubuh, dari Abu Zar r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda
"Maksudnya: hendaklah masing-masing kamu untuk setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang dadanya. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan mencegah dari perbuatan yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua memadailah dengan mengerjakan dua rakaat Dhuha.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA