Isnin, 14 Ogos 2017

PANGGILAN HAJI

APA KABOR SEMUA.

Rasa baru jer sambut Hari Raya Aidilfitri, dah nak sambut Hari Raya Aidil Adha pulak.  Lagi dua minggu jer lagikan, anda dah daftar untuk korban ker. Tahun ini kemungkinan besar Kak Hajjah tak join kurban ada beberapa urusan yang tak beres lagi.

Bermakna lagi dua minggu jugak jemaah haji kita akan berwukuf ke Arafah, so sekarang dah mula ramai yang membanjiri tanah suci Makkah.  Jaga kesihatan Kak Hajjah dan Abang Aji sekalian, kalau kurang cergas tu tak payah buat umrah tiap hari.

Semalam Kak Hajjah buka booth kat Masjid Al-Ridzuan Ulu Kelang, alhamdulillah ramai yang hadir ke sana. Rupanya Kak Hajjah patut ada appointment dengan sahabat kenalan masa kursus haji, masyaAllah terlupa lah pulak.

Minta maaf dengan beliau tak dapat jumpa, tapi dia kata tak pa kak saya datang saja tempat akak. Allahu Akbar rupanya dia nak bagitau dia dapat pergi haji tahun dan kami sempat bermaafan. Syukur alhamdulillah, tetapi adik perempuan belian terpaksa tolak tawaran sebab tiada mahram. Sahabat ni akan pergi bersama suaminya.

Tujuan asal kami nak jumpa sebab Kak Hajjah buat pesanan skin balm dan lip balm untuk jemaah haji jadi sahabat ni datang untuk menyampaikan pesanannya. Sebelum balik sempat beliau menyambar tiga pasang stongan pendek

Last week, kami dapat info mak sedara pun akan pergi buat haji pada tahun ini, my auntie pergi dengan packages sebab nak tunggu giliran takut tak sempat nanti. Entah alam barzah yang sampai dulu.

Macam tulah kalau Allah swt nak jemput kita datang untuk pangilan haji dengan berbagai cara dan rezekinya kita datang. Keep on berdoa sahaja kabel yang terbaik hanya dari Allah swt yang makbul.

Selalu Kak Hajjah bagitau kat semua sahabat dan customer selagi last flight belum take off anda masih berpeluang menerima panggilan haji.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA