Musim Haji 2017 @ 1438 Hijrah hampir melabuhkan tirai. Tahniah pada dhuyufur rahman semua. Minggu ini ada yang akan berangkat pulang. Selamat pulang kami ucapkan padan anda semua.
Apabila masuk bulan Muharram akan berduyun-duyun pula jemaah umrah akan tiba ke tanah suci Makkah dan Madinah. Bukan sahaja dari Malaysia malahan penduduk tanah Arab juga akan sampai untuk mengerjakan umrah.
Ada dikalangan sahabat Kak Hajjah sendiri dah menempah agent umrah nak pergi satu keluarga, bawa adik beradik dan anak-anak pergi. Seronok bila kita pergi satu famili buat umrah. Comel-comel jer tengok anak-anak kecil pakai ihram tu.
Pernah pergi umrah pertama tahun 2007 dengan Allahyarham pakcik bawa anak dan cucunya sekali pergi. Badan bulat-bulat bila banyak berjalan mula melecet mulalah kena sewa wheel chair masa tu. Masa tu belum lagi ada renovation besar-besaran rumah tumpangn dengan Masjid dekat jer.
Sekarang dah mudah, anda boleh naik motosikal kat level atas ya sewa jer. Alhamdulillah kemudahan untuk orang yang uzur, orang kurang upaya dan orang-orang tua.
Travel-travel agent yang uruskan umrah pun sudah mula mengadakan kursus kat sana sini. Kalau ada yang masih mencari boleh tengok syarikat-syarikat dibawah ini. Memang sangat banyak travel yang uruskan umrah cuma ada perlu berhati-hati saya cuma senaraikan few names sahaja:-
1. KOPETRO - Anak Syarikat Petronas
2. Pandan Tiram - Cawangan Tiram Travel
3. Andalusia
4. Rayhar
5. Gemilang Travel
6. Juara Travel
7. Tabung Haji Travel
Sila selidik dulu prestasi syarikat umrah yang kita pilih untuk elakkan penipuan. Hujung tahun musim cuti sekolat agak lebih sikitlah kosnya. Setiap apa yang kita infaq untuk Allah swt mesti ada balasannya.
Jangan bimbang setakat ini belum ada dengar lagi gi Umrah musim sejuk tu beku. Dia orang kata nyaman jer.
LIHAT PERSIAPAN KITA PATUT BUAT:-
Pilih fabrik yang sesuai tidak nipis atau tebal sangat untuk umrah. Tak perlu bawa winter coat, mafla, sarung tangan yang tutup semua tu. Jubah atau baju dari kain chiffon tu tak berapa kenalah rasa Kak Hajjah, anda boleh consider fabrik cotton, polyester atau kushboo. Lycra saya tak prefer sangat sebab kena buat longgar dan akan jadi berat bila dipakai.
Untuk koleksi umrah Telekungmusleema kami menggunakan fabrik cotton comb (kain tshirt), koshiboo dan prada king. Linen juga bagus tapi nanti nampak renyuk bila dipakai.
MINI JUBAH |
JUBAH PUTIH HAJI |
2. Tudung Labuh - 2 helai
Tudung Labuh kami mempuyai banyak warna yang sesuai tapi lebih fokus pada hitam dan putih sahaja untuk umrah. Tudung Labuh saiz XL dan 2XL adalah lebih baik ya. Fabrik pula denim, cotton, lycra dan crepe juga sesuai. Lycra dipadankan dengan chiffon memang sangat awesome hasilnya sebab lycra agak melekat dan chiffon berfungsi dan cover dari nampak rapat sangat ke badan.
Tapi orang saiz kecil tak jadi masalah sebab fabrik yang dipakai untuk umrah apa pun kena sahaja dekat badan tu tak menampakkan susuk tubuh mereka.
Tudung sebaiknya berfungsi sebagai tudung dan telekung instant senang nak ziarah kemana-mana terus jer solat. So kami pun buat tudung yang soft awning dan ada dagu.
TUDUNG HITAM MOSS CREPE |
TUDUNG PUTIH BUBBLE CREPE |
3. Telekung - 2 pasang (1 pasang telekung + 1 telekung sahaja)
Telekung dah terlebih banyak pilihan kat pasaran jenama apa nak semua ada. Sekarang ada inovasi telekung yang ada poket senang nak simpang barang-barang kecil. Nak fabrik cotton ada macam-macam cotton jepun, paris, tetron dan ima. Fabrik jersi pun ada, Fabrik denim pun ada. Lycra ada moss crepe anda lycra cotton dan ada lycra yang berat tu.
TELEKUNG COTTON SULAM |
You akan pening memilih sebab terlalu banyak pilihan. Nak yang labuh boleh pilih telekung biasa nak kurang labuh ziarah pun sesuai. Kalau ada telekung ziarah boleh kurangkan bilangan tudung labuh tu.
3. Tudung Lengan atau Tudung Tawaf
Kelebihan tudung ni designnya seperti baju ada tangan dan tutup kepala macam hoodie. Tak perlu pakai sarung lengan sebab dah ada cuff atau getah dihujung lengan tu. Baju ni ada kedut atau plet dekat dada supaya tak menampakkan bentuk dada, potongan macam abaya tapi tak der ketiak dan pendek macam blouse sahaja.
Tunggu kami nak kasi anda offer best untuk tudung lengan nie tau.
4. Baju inner poket - 2 helai
Saya sangat rekomen pakai baju inner poket nie atau baju pagoda cotton Telekung Musleema untuk umrah. Sebab fungsinya boleh menyejukkan badan pada musim panas dan memanaskan badan pada musim sejuk. Sesuai sangatlah untuk umrah musim sejuk. Kita tak letak fan atau heater tapi kami guna fabrik cotton yang berkualiti dan serap peluh.
BAJU PAGODA
Ini bukan wajib atau sunat. Tapi bawaklah sepasang tak mahal pun tapi sangat user friendly masa urusan umrah dan haji anda tu. Stokin tebal supaya anda tahan sejuk sebab aircond dalam Masjid memang kuat. Lagipun kita solat kat sana tak digalakkan guna kain telekung nanti orang pijak.
7. Seluar panjang
Kalau pakai jubah pun kena pakai seluar panjang bawalah apa saja fabric janjinya selesa. Seeloknya berpoket dan berzip ya untuk simpan barang. Jangan bawa seluar tipis nanti tak selesa pulak untuk umrah musim sejuk. Bawaklah yang sederhana tebal dan stretchy untuk mudahkan pergerakan anda,
8. Kain Ehram
Jemaah umrah lelaki paling senang bawa 1 set kain ihram, selipar yang tidak bertutup. Pakaian lain seperti seluar panjang, baju pagoda, baju melayu atau kurta 2 pasang dah mencukupi. Disamping pakaian dalam tu ikut keperluan masing-masing.
Nak Telekungmusleema Produk klik kat Link dibawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan