Throwback Ziarah Thaif, saya memang nak datang kemari syukur Alhamdulillah, tiada dalam itineraries pun. Lebih kurang 67 km dari Makkah, sebahagian sahaja ahli grup yang nak pergi jadi kami menakki coaster sahaja. Alhamdulillah grup kecik perjalanan lebih mudah.
Menghayati sirah perjalanan Baginda Rasulullah untuk dakwah Thaif. Menaikki unta sahaja ke kawasan tanah tinggi yang sejuk. Sampai disini dakwah di tolak. Dibaling batu Hingga berdarah mengalir ke kaki. Hingga malaikat offer nak terbalikkan gunung. Orang berhati mulia menolak tawaran sebaliknya Baginda mendoakan Thaif.Ibrah sirah Nabi, orang dizalimi doanya makbul tetapi Doakan Yang baik sahaja. Rasulullah Doakan keturunan orang Thaif akan jadi orang Islam yang baik.
Bumi Thaif terus subur, sampai disini seolah kita berapa di se buah negara yang lain. Geography dan cuaca Yang berbeza, tasbih atas kebesaran Allah swt.
Nak tengok kaya ke tak pak arab ni siap ada resort dan theme sendiri. Cuma tak boleh berhenti ambik gambar jer.
Perjalanan kami jam 8.30 pagi dari Makkah sampai ke Thaif sebelum pukul 10.00 pagi. Perjalanan sangat selesa Kereta tak banyak jalan luas Tu yang best kat tanah arab Nie. Tak der jamned.
Cuaca berkabus tebal dan hujan gerimis tak nampak jalan tapi driver kami sangat ber pengalaman.
Ziarah Masjid Saidina Abbas di Thoif, waktu Melawat pukul 10.00 pagi. Kat luar ni ada orang menjual dikaki lima harga boleh tawar dan berpatutan boleh beli jualan barang kat sini. Boleh tawar harga memang baik.
Bandar Thaif
Masjid Saidina Abas r,a
Pasar buah Thaif memang sedap yummy. Bawak balik sekotak delima Thaif ke Malaysia harga riyal 25. Memang sweet. Hadiah kat jiran dan adik beradik. Semalam tengok kat R n R kita sebijik Rm20.
Tips pilih delima jangan beli yang merah, kulit cantik tak berapa manis. Beli Yang kulit cerah tak berapa lawa macam saya tapi hhmm manis berseri. Huhu Ada yang muntah baca ayat Aku nih.
Buah strawberry 🍓 macam Camerons jugak lah bawah Turun masam.
Tak lupa kilang air rose, tetamu dijamu dengan teh rose yang aromanya wow harum. Kat sini dapat tengok uniknya cara proses air roses. Sempat beli lotion rose yang terlajak wangi!
Pemprosesan Air Rose
Simpanan Air Rose Asli
Lotion Rose
umrah syukur 2018
hak cipta telekungmusleema
Next destinasi seterusnya di bumi Thaif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan