Rabu, 3 Ogos 2016

PELEPASAN ROMBONGAN KEDUA PETUGAS HAJI

Kita nak bagitau Jazakallah tu petugas-petugas haji di Makkah dan Madinah musim haji 2015.  Tahniah atas keikhlasan mereka bertugas tanpa kenal lelah.

Saya thumbs up pada kumpulan medical team Malaysia, petugas-petugas ni sentiasa bersiap siaga di mana sahaja. Di setiap maktab ada klinik dan pharmacy yang beroperasi. Doktor-doktor dan jururawat yang sangat peramah.

Perkhidmatan klinik dan phamacy ni hanya cater untuk pesakit luar sahaja. Untuk penyakit kronik akan di refer ke hospital-hospital di sekitar Makkah dan Madinah.

Pengalaman saya melihat kecekapan petugas-petugas tabung haji mengendalikan pesakit ketika kami dalam perjalanan balik dari melontar di Jamrat.  Ada jemaah haji  yang tiba-tiba tumbang, petugas-petugas medikal ini mengangkat dengan strecther dan berlari-lari anak macam askar. Pakcik tu tak der lah kecik sangat tapi mereka ni sangat pantas.

Buat saya terfikir petugas paramedik tabung haji ni semua dah kena training ketahanan diri ke sebelum datang.

Petugas-petugas haji ini datang dari berbagai badan berkanun saat amanah memainkan peranan masing-masing. Subnahallah dapat datang bertugas dapat juga buat ibadah haji. Kita boleh lihat petugas haji  yang pakai tshirt merah dan tag tabung haji ada dimana-mana di kawasan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi memantau keadaan.

# SEMOGA ALLAH GANJARKAN ANDA SEMUA DENGAN HAJI YANG MABRUR
# SUMBER ASTRO AWANI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA