Khamis, 28 Julai 2016

PETUGAS HAJI - UNSUNG HERO YANG TIDAK DI DENDANG

MADINAH - Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah Malaysia menunaikan Ibadat Haji di Arab Saudi pada tahun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, secara puratanya setiap lapan orang petugas akan menjaga 3,200 jemaah bagi tempoh 45 hari pada musim haji yang akan bermula antara Ogos dan September nanti.
Beliau berkata, 600 petugas itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rombongan Kebajikan seramai 350 petugas dan Rombongan Kesihatan yang terdiri daripada 250 petugas.
"Petugas Haji dari Rombongan Kebajikan adalah anggota TH sendiri, petugas dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pembimbing Ibadat Haji (Pihtas)," katanya kepada pemberita Malaysia mengenai persiapan TH bagi musim haji tahun ini, di sini.
Rombongan Kesihatan pula akan terdiri daripada doktor-doktor pakar dan kakitangan kesihatan, katanya.
Syed Salleh berkata, TH juga mengambil tenaga tambahan daripada kalangan penduduk tempatan sebagai Pembantu Petugas Haji (Patuh), seramai 260 orang. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz4FiYFXq1A 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA