Ahad, 17 Julai 2016

PERSIAPAN BAKAL HAJI TAHUN 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bila berakhirnya syawal maka bermulalah penerbangan untuk bakal haji dari Malaysia ker tanah suci, bermula seawal 4hb August 2016. 

Pada masa nie bakal haji dah mula menerima surat tawaran masing-masing.  Tarikh penerbangan dan airport berlepas jua diberitahu dalam surat tersebut.  

Pada minggu nie berlangsung sudah kursus haji perdana di Wilayah Persekutuan, bertempat di UAI Gombak. Akak tak masuk untuk sale di haji perdana sebab tak cukup kaki tangan ya.

Memang pun last year sebab akak ni panggil terakhir last minute, kiranya dapat durian runtuh dari Allah swt. Memang akak tak dapat join pun Kursus Haji Perdana nie. So bakal-bakal haji yang menyertai kursus terakhir semoga dapat belajar dengan tekun dan cuba bayangkan situasi di sana nanti.

Dan masa ini kami di TELEKUNGMUSLEEMA  yakin betapa terujanya semua bakal haji untuk menjadi Duyufur Rahman. Perhatian utama yang bakal haji patut ambil kira pada masa ini adalah kesihatan.

1.Kita kongsi sedikit tips untuk bakal haji ada masa 2 -3 minggu untuk buat senaman ringan, berjalan kaki antara 1km - 1.5km setiap pagi.


2.Ubat-ubatan. Jika anda ada prescript ubat-ubat yang tertentu sila dapatkan bekalan dari doktor peribadi anda atau hospital untuk bekalan selama anda di sana ya. Terutama kalau ada ambil ubat saraf. Ini pengalama seorang jemaah kami. Ubat saraf tidak ada dalam senarai di klinik tabung haji ya.  Kalau ada pun mungkin tak sama.

3. Vitamin. bakal haji yang mendaftar dengan tabung haji dapat beg atau pouch yang berisi macam-macam vitamin dan ubat makanlah dari sekarang jangan tunggu hingga sampai di sana. Bawa bekalan vitamin C yang anda biasa makan ya..Dalam pouch tu ada flavettes so tu memang selamat habis akak makan.

vitamin yang dibekalkan oleh tabung haji
4. Lozenges, strepsil, fisherman friends. Ni tambahan yang perlu dibawa oleh bakal haji ya. Dekat Malaysia senang bersepah tu kat petrol station pun ada, kedai runcit, pasaraya ada dan farmasi pun bersepah-sepah kat sana depends on kawasan mana yang bakal haji tinggal ya. Last year saya dapat tempat di abraj janadriyah office tabung haji. So sad menangis nak cari barang-barang ini. Risiko untuk batuk dan selsema adalah 99% jadi bawalah paling command pun hacks.



Masa saya nak berangkat ke Arafah saya dapat batuk dan selsema..Batuk yang kerap sangat jadi cari gula mentol kat sana jual pakai timbang. Kat sini boleh beli 5 biji 30sen or 50 sen. Kat sana main timbang kilo dah tu tak mujarab pulak. Cari HACKS tak jumpa..ada seorang jemaah haji bagi saya 2 - 3 biji hacks ya Allah syukur sesangat legalah batuk ku untuk 1 jam. Bawalah lebih share dengan rakan sebilik anda. Terbaik bawa gula-gula hacks hitam ya.

GULA-GULA HACKS HITAM

5. Syirup - ubat batuk.  Ni satu lagi barang yang sangat berharga ada di Makkah dan Madinah tapi harganya tidaklah murah ya. Bakal haji bawak dari Malaysia simpan dalam luggage sebab liquid tak boleh bawak naik dengan kita.

6. Herba atau home medicine. Rempah ratus kat dapur kita jugak satu alternatif untuk sakit-sakit yang ringan. Asam jawa Adabi jangan lupa ya ambil yang seedless tu untuk kurangkan panas dalam. Halba juga berguna tak payah bawak sampai setengah kilo cariler paket 200 - 300 gm sahaja. Dan apa sahaja yang puan.

Banyak nak cerita to be continued nanti kita share sikit pasal makanan kering dan barang-barang intimate anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA