Dalam buku rawatan jemaah haji ini ada butir-butir peribadi jemaah termasuk alamat di Malaysia dan no. penerbangan. Macam akak dulu KT62. Checklist penyakit-penyakit dan ubatan dan pembedahan yang pernah dilakukan.
Maklumat medical check up yang kita buat sebelum pergi haji juga tertera dalam buku rawatan jemaah haji ini. Data-data kesihatan seperti jenis darah, penyakit jelas tertera disini. Keputusan medical check up akan menentukan layak atau tidak menunaikan haji pada tahun tersebut.
Kod warna bakal haji akan menunjukkan keputusan lulus pemeriksaan atau tidak:-
Hijau - ertinya lulus pemeriksaan
Kuning - berpenyakit tetapi stabil untuk pergi haji
Merah - berisiko tinggi dan memerlukan pengiring yang sihat dan sama jantina
Hitam - Gagal pemeriksaan kesihatan
BUKU RAWATAN JEMAAH HAJI |
Buku rawatan tabung haji nie penting sangat sebab sekiranya anda tetiba sakit pihak hospital boleh tahu dan diagnos anda dengan cepat. Lagi satu dengan buku rawatan jemaah haji nie pihak berkuasa Arab Saudi boleh contact Lembaga Urusan Tabung Haji dengan segera.
.Kita akan selit buku rawatan jemaah haji ditepi poket beg sandang merah tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan