Khamis, 27 Oktober 2016

TAKZIAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah semalam sangat mengejutkan satu Malaysia, masa kejadian tu akak tengah attend kuliah tetiba masuk whatsapp kat gambar-gambar kebakaran ingatkan kawan-kawan forward gambar-gambar lama. Biasalah kan dunia viral asyik copy paste ajer kan.

Tak leh nak fikir macamana kebakaran tu boleh berlaku, takziah kepada semua keluarga mangsa semoga semua orang boleh redha dengan ketentuan Allah swt.  Seramai 6 orang mangsa yang terlibat :-

1.C. Neeramala Devi
2. Choo Lin Fung
3. K. Logeswaran
4. M. Kaliamma
5. Tow Ah Wah
6.  Yusuf Hassan

Kebakaran bermula di wad ICU Hospital Sultanah Aminah seramai tujuh orang pesakit berada di wad berkenaan.  6 orang pesakit terbunuh dalam kebakaran tersebut dan pesakit yang ke tujuh dapat diselamatkan.

Ada 10 orang staff terlibat ketika kejadian, mereka berkerja keras untuk menyelamatkan keadaan tetapi asap terlalu tebal, 3 daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail, 7 lagi hanya cedera ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA